Kaki melangkah masuk ke dalam ruang rumah sakit jiwa itu . Usayd berjalan menuju ke pondok yang dimana Faliq selalu berada . Di tangannya terdapat satu beg kertas yang berisi frame gambar . Usayd mahu hadiahkan frame kepada Faliq .
Usayd berhenti berjalan . Dia melihat pondok yang berada beberapa meter dihadapannya . Mata dikecilkan agar pandangan lebih jelas untuk melihat dari jauh . Satu susuk yang berada di pondok itu menarik perhatiannya .
Usayd meneruskan langkahnya ke arah Faliq . Sampai sahaja di situ , dia terus memberi salam.
" Assalamualaikum "
Faliq mengangkat kepala setelah ucapan salam itu menujah gegendang telingannya.
" Waalaikumsalam " jawab Faliq seraya senyuman. Wajahnya sedikit berkerut. Cuba menganalisis gerangan yang berada di hadapannya .
" Er...ni Usayd kan ? "
Pantas Usayd mengangguk. Dia melabuhkan punggung berhadapan Faliq . Beg kertas yang dibawanya tadi diletakkan atas meja pondok itu .
" Ambil tu . Aku beli untuk hang " kata Usayd seraya memberi beg kertas itu kepada Faliq .
Anak patung beruang dan gambar perkahwinan diletakkan ke tepi . Lantas beg kertas itu diambil . Satu kotak dibawa keluar dari beg kertas itu .
" Apa ni ? " timbul tanda tanya dalam dirinya .
" Frame gambar . Hang boleh letak gambar kahwin tu " bibir menunjuk ke arah gambar yang berada di sebelah Faliq .
Kotak dibuka lalu frame itu dikeluarkan .Kemudian , gambar perkahwinannya di ambil dan dimasukkan ke frame itu .
" Thank you Usayd " ucap Faliq selepas menyelesaikannya . Frame gambar itu diletakkan di atas meja .
Usayd hanya mengangguk .
Suasana kembali sepi . Mereka berdua hanya diam tanpa bersuara . Faliq hanya menatap frame gambar . Usayd pula hanya meliat gerak geri Faliq ketika itu. Tubir mata lelaki itu tiba - tiba kelihatan ada air mata yang mula bertakung . Masih ditahan daripada tumpah menyentuh pipi .
" Usayd " panggil Faliq setelah sekian lama mendiam . Suara itu membuatkan Usayd pangguk kepala memandang Faliq .
" Ya "
" Usayd , bila Mia nak datang sini ? Family aku dengan Dr.Haiqal kata Mia nak datang sini . Hari - hari aku tunggu tapi ....Mia tak datang pun . Mia dah taknak jumpa aku ke ? " perlahan suaranya bertanya . Kedengaran seperti terbuku perasaan rindu di hatinya .
Usayd memecit pelapis dahinya . Buntu dia ketika itu . Apa yang aku nak jawab ni ?
Faliq memandang wajah Usayd . Dia masih menanti jawapan yang bakal keluar dari bibir lelaki itu .
" Nanti Mia datang lah tu " dalihnya , padahal dia tidak tahu pun yang Mia akan datang atau tidak .
" Tapi bila ? " tanya Faliq lagi . Dia ingin tahu .
Aaa sudah ! aku nak jawab apa !?
Lama Usayd berfikir . Sungguh dia buntu !
Seperti ada mentol yang tiba-tiba menyala di buah fikirannya . Usayd sudah tahu apa yang perlu dia katakan .
" Faliq ... hang nak jumpa Mia kan ? " soalan yang ditanya oleh Faliq tidak dijawab tetapi soalan pula yang ditujukan .
Pantas Faliq mengangguk .
" Aku akan cuba bawa Mia datang ni . tapi aku tak janji tau " Usayd membuat keputusan untuk berkata begitu .
" Betul ni ? " teruja suara itu bertanya .
Usayd mengangguk . " Tapi aku tak janji tau " pesannya lagi . Usayd tidak mahu Faliq terlalu berharap yang dia akan bawa Mia berjumpa dengannya tetapi dia akan cuba .
xxxx
Air yang di pesan sudah terhidang di atas meja . Tangan mencapai gelas itu lalu straw dibawa ke mulutnya . Elfira menyedut air yang dipesannya itu . Selepas sahaja tekaknya mula basah , jam tangan ditilik . Pukul 12 tengahari .
Elfira mendengus geram . Sudah hampir 30 minit dia menunggu lelaki itu sampai . Janji kata pukul 11.30 tapi sampai sekarang batang hidup pun tak nampak . Janji melayu !
" Lambat lah mamat ni " air disedut hingga separuh gelas lalu dia memeluk tubuh . Penat tunggu lelaki itu datang .
TING !
Loceng yang terdapat pada pintu masuk kafe tersebut berbunyi , menandakan ada pelanggan memasuki ke dalam kafe itu .
Elfira pusing ke belakang memandang ke arah pintu masuk kafe itu . Seorang lelaki berpakaian serba hitam serta mask yang melitupi separuh wajah itu melangkah masuk lalu menapak ke arah Elfira . Kerusi ditarik , kemudian dia melabuhkan punggung .
" Asal you lambat ? lama tau i tunggu " Elfira mendecit geram . Suara seakan menahan kemarahan.
" Alaa kau ni aku lambat kejap je " balas lelaki itu tanpa berbasa - basi .
Tiba - tiba dia berasa tidak senang duduk . Terasa seperti ada yang sedang memerhatikannya . Jejaka itu pusing kepala ke kiri dan ke kanan memandang sekelilingnya . Memang betul , pelanggan di dalam cafe itu sedang memandangnya . Majoritinya ialah perempuan . Kemungkinan warna anak mata birunya itu mengundang pandangan ramai .
Jejaka itu menundukkan kepalanya sedikit . Tidak mahu mereka memandangnya lagi .
Elfira cepat - cepat mengambil cermin mata hitam di dalam begnya lalu diberikan kepada jejaka itu .
Dia mengambil cermin mata hitam yang diberikan oleh Elfira itu lalu dipakai . Situasi di situ mula kembali normal , tiada lagi yang memandangnya .
" Ada apa you nak jumpa i ni ? "
" Aku nak bagitahu kau ni ... " kedengaran seperti ada benda mustahak yang ingin lelaki itu ceritakan .
Elfira cuma memasang telinga . Mendengar apa yang lelaki itu mahu beritahunya .
" Aku dah tahu Mia dekat mana " bangga lelaki itu berkata .
" so ? kenapa bagitahu i ? "
" aku bagitahu kau sebab aku nak kau fokus kepada Faliq . Buat macam apa aku suruh " tegas lelaki itu .
" Kalau tak berjaya macam mana ? " soal Elfira .
" Kalau tak berjaya , kita buat cara kotor lah . Yang penting aku dapat Mia . " tekadnya . Tak kesah bagaimana pun caranya , yang penting dia dapat apa yang dia inginkan .
Menyampah Elfira selepas mendengar lelaki itu berkata sebegitu .
" Apa yang ada dekat Mia tu sampai you dengan Faliq tergila - gila sangat dekat dia ? " sikit - sikit Mia , menyampah dibuatnya . Naik muak bila asyik sembang pasal Mia !
" Mia ni sempurna kau tahu tak ? Baik , cantik , sopan santun . Tapi sayang dia jatuh dalam tangan si gila tu . Jadi aku nak bahagiakan dia , bagi dia happy . Aku taknak tengok dia terseksa bila dia hidup dengan si gila tu . "
Elfira menjeling sekilas . Perempuan tu memang dilayak layan macam tu je !
" Lagipun Mia ni , dia tak perangai setan macam kau . Kalau dia macam tu , aku pun taknak ! " pedas lelaki itu berkata - kata .
Elfira mengetap kuat rahangnya . Sakit hati bila lelaki itu berkata begitu . Dada mula berombak menahan kemarahan .
Kita lihat siapa yang akan dapat Mia dulu ! Aku takkan lepaskan kau macam tu je Mia !
To be continued
YOU ARE READING
Dia Faliq Rayyan √
Romance[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara mereka semakin megah tetapi kerana satu tragedi , terhapus segala - galanya . " Awak kejam , Faliq...