SPECIAL PART [ 1 ]

7.1K 317 33
                                    

" Faliq .... " panggil Mia lembut . Mata masih fokus menonton drama yang ditayangkan di televisyen. 

Tiada sahutan daripada lelaki itu . Sepi . Hanya suara pelakon di dalam televisyen kedengaran.

" Fokus sangat tengok drama sampai tak dengar isteri panggil dekat sebelah ! " Mia mengomel sendiri .  

" Saya dengarlah . Kenapa ? " Faliq mengubah posisi kedudukannya , menghadap si isteri di sebelah. Mata kini tertumpu pada wajah cantik itu .

" Kalaulah kita ada anak nantikan , awak nak letak nama apa ? " tanya Mia tiba-tiba . Entah kenapa soalan ini sering bermain - main di dalam kepalanya , padahal mereka berdua baru sahaja bergelar pasangan suami . Usia perkahwinan pun tidak mencecah dua bulan lagi .

Faliq mengerut kening apabila soalan itu menujah gegendang telinganya . Pelik dia dibuatnya .

" Kenapa tiba - tiba tanya tentang nama anak pula ni ? awak pregnant ke ? " tenang sahaja Faliq bertanya , namun di dalam hati dia sudah berdebar ! Kalaulah betul apa yang dikatakannya , dia bakal bergelar bapa pada usia yang muda .

" Tak adalah . Cuma sahajalah nak tanya sebab saya ada berkenan dengan dua nama ni . Kaiser Muqaddim dan Aisar Mustaqim . Sedapkan ? " tanya Mia kepada Faliq yang masih berada di dunia sendiri . Tidak tumpu pada kata-kata si isteri .

" awak ! " panggilnya sambil menampar lembut paha si suami . Faliq terus mengangguk , " ya sedap nama tu " 

" Nanti kita letakkan nama itu ya , kalau kita ada anak nanti " Faliq tersenyum sambil mengangguk setelah mendengar ujar Mia . Mereka berpandangan seraya senyuman terukir di bibir masing-masing . 

Lapan tahun sudah berlalu . Lapan tahun juga pasangan kembar , Kaiser Muqaddim dan Aisar Mustaqim bergelar yatim piatu sejak lahir . Si ibu tidak sempat mencurahkan kasih sayang serta melihat wajah anak - anak yang dikandungnya selama sembilan bulan . Si bapa pula hanya melihat sempat wajah anak-anaknya melalui telefon serta mengalunkan azan hanya melalui corong telefon.

Getirnya hidup pasangan kembar ini . Kasih sayang daripada kedua-dua ibubapa tidak sempat dirasai . Ejekkan dan caci maki yang dilontarkan oleh rakan sekelas hanya mampu mereka pekakkan telinga sahaja . 

Si abang , Kaiser Muqaddim  berasa seperti kasih sayang yang diberikan oleh kedua-dua ibu bapa saudara mereka bagaikan berbelah bagi oleh dia dan adiknya . Semua seperti berpihak kepada adiknya , Aisar Mustaqim .

Berhenti sahaja kereta di depan pintu pagar , Aisar cepat - cepat membuka pintu kereta . Kaki laju mengatur langkah masuk ke dalam rumah sambil tangan memegang slip keputusan peperiksaan . 

" Umi ! Umi ! " laungnya kuat sambil berlari anak di dalam rumah . Mencari susuk tubuh wanita yang menjaganya dan abangnya sejak kecil lagi setelah kehilangan kedua-dua ibubapanya .

" Ya , umi dekat sini ! " balas Dee ketika berada di dapur . Tangan dilap sebelum bergerak ke ruang tamu .

" Umi tengok ni ! " tangan menghulurkan slip keputusan peperiksaan kepada ibu saudaranya . Terlompat - lompat anak kecil itu . Teruja tidak terkata ! 

" Wah , pandainya anak umi ! dapat nombor satu dalam kelas " ucap Dee sambil mengusap kepala Aisar . Aisar hanya tersenyum melihat uminya. 

" Aisar nak apa ? Nanti umi belikan " soal Dee kepada Aisar . Mahu berikan hadiah kepada Aisar atas pencapaian yang memuaskan itu . Nak bagi seronoklah katakan .

" Ikutlah , Aisar okey je apa - apa yang umi nak beli " balas anak kecil itu . 

Mata Dee memerhati susuk tubuh yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah .

Dia Faliq Rayyan √Where stories live. Discover now