Dia Faliq Rayyan || 14

10.9K 623 31
                                    

Memandangkan petang selepas balik sekolah dia free , Mia memberitahu Aaron untuk menetapkan tempat untuk mereka berjumpa . Aaron bercadang ke taman riadah , dan Mia hanya bersetuju . 

Mia melangkah masuk ke dalam rumah , sunyi . Faliq masih berada di sekolah , katanya nak jumpa Cikgu Sabri . Disebabkan itu , Mia balik sendiri , bolehlah pergi jumpa Aaron sekejap .

Siap menukar baju , Mia terus keluar dari rumah . Pintu semua dikunci . Mia menaiki basikal untuk pergi ke taman riadah , kalau jalan kaki lambat sampai . Lagipun dia sudah lama tidak mengayuh basikal . 

Mia menunggu Aaron di satu pondok rehat yang terdapat di taman itu . Tidak lama kemudian , susuk tubuh Aaron kelihatan dari jauh . Sedang menapak ke arah pondok itu.

Aaron berlabuh punggung di sebelah Mia . Senyum manis ditayangkan sebelum memulakan bicara.

" Hi , assalamualaikum Mia . Lama tak jumpa " Aaron memulakan berbualan mereka. Dari tadi mereka berdua hanya diam .

" Waaalaikumsalam Aaron , itu la lama tak jumpa . Awak sihat ? "

" Alhamdulliah , sihat . by the way Mia... congratulations " ucap Aaron sambil senyum lebar .

Mia pandang Aaron dengan hairan . Tak paham apa yang lelaki ucapkan . congratulations ?

" hah ? congratulations ? " soal Mia hairan .

" Ya la congratulations untuk awak . Awak kan dah kahwin "

Mia terkejut . Tak sangka yang Aaron tahu tentang perkahwinannya . Tapi siapa yang beritahu ?

" hmm thank you " Mia senyum tawar . Rasa bersalah pulak tak beritahu tentang perkahwinannya dan Faliq kepada Aaron .

" Sorry Aaron sebab saya tak bagitahu awak . Tapi ...awak tahu dari mana ? Hawa bagitahu ke ? " sebut pasal Hawa ... lama betul tak jumpa dia . sambung Mia di dalam hati .

" It's okay Mia . Yang penting awak bahagia dengan husband awak . Saya tahu dari mana ? hmmmm ada lah rahsia " Aaron sengih

" Berahsia pulak dia ni " balas Mia tidak puas hati.

" Awak boleh rahsiakan pasal perkahwinan awak , tak kan saya tak boleh " kata Aaron sebelum ketawa kecil .

Mia mendengus geram

Mereka berbual dengan rancak . Gelak tawa. lama juga mereka berbual . Macam cerita yang diceritakan .

Sebelum asar , Mia sampai dihadapan rumah . Motor Faliq masih tiada . Maknanya Faliq belum pulang .

Usai makan malam seorang diri , Mia berehat di sofa ruang tamu sebentar . Menunggu Faliq balik . Jam dinding dikerling sekali , hampir pukul 9 malam .

" Pergi mana lah si Faliq ni " gumam Mia  sendiri . Telefon tak diangkat , mesej satu tick sahaja . Tanya Amsyar , dia kata tak tahu .

Tombol pintu dipulas lalu buka . Susuk tubuh Faliq muncul di sebalik daun pintu .

" Faliq , awak pergi mana ? Kenapa balik lambat sangat ? " soal Mia selepas Faliq melangkah masuk ke dalam rumah.

Faliq hanya diam . Tiada jawapan . Kaki pantas mengatur langkah ke atas . Mia pandang Faliq hairan.

Tidak lama kemudian , Faliq turun ke bawah semula sambil membawa beg galas . Dia sedikit pun tidak memandang Mia .

Mia bangun lalu menghampiri Faliq yang sedang menapak ke arah pintu . Mia menarik tali beg galas Faliq . Langkah Faliq terus berhenti.

" Awak nak pergi mana lagi ? Dah lewat ni . Siap bawak beg bagai ni. " kata Mia sambil memegang lengan Faliq.

Faliq menepis tangan Mia . Beg galas direntap kuat sehingga tali beg terlepas dari tangan Mia . Matanya merah sambil memandang tajam kepada Mia . Mia telan liur sekali.

Faliq diam.membisu . Dia meneruskan langkahnya ke arah pintu namun terhenti lagi . Mia memegang lengannya lagi.

" Awak nak pergi mana ? " soal Mia lagi. Suara sedikit tinggi.

Faliq menepis kasar tangan Mia pada lengannya.

" KAU TAK PAYAH MASUK CAMPUR DALAM HAL AKU ! " jerkah Faliq lalu menolak bahu Mia kasar .

Terhinjut bahu Mia , terkejut akan kekasaran Faliq.

Daun pintu dibuka lalu dihempas kuat . Susuk tubuh Faliq hilang disebalik pintu.

" A-apa apa....salah aku ? " Air mata mula bertakung . Buat kali pertama dia melihat Faliq begitu.

xxxx

" You dah send dekat dia ? " soal Aryan  sebelum meneguk satu kali air milo panas.

" Dah " jawab Sofea ringkas . Mata memandang pada skrin iPhonenya.

" Habistu dia jawab apa ? " Aryan menghampiri Sofea yang sedang baring di atas katil. Dia menjatuhkan badannya di sebelah Sofea.

" Dia seen je . Sekarang ni mesti diorang tengah gaduh besar kan hahahaha " Sofea ketawa besar di hujung ayat. Muka Aryan ditatap lama.

" Thank you tau sebab tolong I . tapi macam mana awak dapat eh ? "

" Ada lah mana boleh bagitahu " pipi Sofea diusap lembut .

" Yang penting kita dah berjaya , kan you ? "

Lantas Sofea angguk . Mengeyakan apa yang Aryan katakan .

" But I....nak upah " Aryan senyum misteri . Disebalik percakapannya ada maksud tersirat.

-

To be continued

Dia Faliq Rayyan √Where stories live. Discover now