FALIQ menolak kuat pintu wad ICU itu . Kaki mengatur langkah laju ke arah bilik 15A yang merupakan bilik yang diduduki oleh Encik Malik .
Tepat Faliq berhenti di hadapan pintu lalu pintu terus ditarik .
" Mia ! Ayah ! " panggilnya dalam keadaan tercungap - cungap . Membulat matanya melihat ruang bilik itu . Encik Malik tiada di dalam bilik itu .
Jururawat yang tersentak akibat terkejut dengan jeritan Faliq bertanya soalan . Tangannya masih lincah memperbetulkan cadar katil wad itu .
" Ya Encik . Cari siapa ? " kepala diangkat memandang lelaki yang berdiri di pintu .
" Nurse , mana pesakit dalam bilik ni ? " tanya Faliq tergesa - gesa .
" Dia baru je discharge tadi "
" Hah discharge ? bila dia sedar dari koma ?" dia terkejut . Sejak bila ayah sedar ?
" Seminggu lebih dah Encik " jawab jururawat itu .
" Lama dah ke discharge ? " soal Faliq lagi .
" Rasanya dalam setengah jam tadi "
" Okay terima kasih " ucap Faliq lalu badan ditundukkan sedikit .
Jururawat itu mengangguk . Faliq menutup pintu itu semula . Dia berlari menuju ke kereta . Walaupun orang ramai memandangnya , dia hanya membiarkan sahaja . Yang penting dia mahu berjumpa Mia .
Kereta berhenti di hadapan pintu pagar rumah Encik Malik , iaitu rumah keluarga Mia . Faliq keluar dari perut kereta lalu menapak ke arah tepi pagar . Kemudian , jari menekan punat loceng pagar itu .
" Assalamualaikum ! " ucap Faliq dengan lantangnya .
" Assalamualaikum ! " ucapnya lagi tetapi masih tiada sahutan .
Mata meliar - liar memandang kawasan dalam pagar . Kereta Encik Malik ada di bawah bumbung tempat letak kereta . Dahi Faliq sedikit berkerut .
" Kereta ada . Takkan orang tak ada kut ? " Faliq memanjangkan leher kerana mahu melihat kawasan dalam pagar itu .
Tiba - tiba terasa telapak tangan seseorang mendatar pada bahunya . Faliq pusing ke belakang . Dia senyum nipis memandang lelaki tua yang memegang bahunya itu .
" Kamu cari tuan rumah ni ke ? Diorang tak ada dekat rumah , diorang baru je pindah "
" Pindah ? pindah mana pakcik ? "
" Itu pakcik tak tahu . Minta maaf ya nak "
Faliq mengeluh perlahan . Mia pergi bukan seorang diri tetapi bersama ayahnya . Pindah ? Tidak dapat Faliq jangkakan sebegitu sekali . Dia tidak akan putus asa mencari gadis itu .
Badan disandarkan pada kusyen kereta . Dia mengeluh kepenatan . Sudah puas dia mencari Mia . Hospital , rumah keluarga Mia , rumah mereka dan juga butik . Namun dia tidak temui . Yang paling mengejutkan ialah butik milik Mia sudah pun dijual . Bila ditanya kepada pekerja Mia kenapa butik itu dijual , mereka hanya menjawab tidak tahu . Semuanya seperti tiba - tiba .
" Kau dekat mana Mia ? Puas aku cari kau ....tapi kau tak ada " kata Faliq berbaur kesedihan . Kesilapannya dahulu membuatkan dia merana hari ini .
Faliq menundukkan kepala tatkala air mata menitis di atas ribanya . Kerap dia menangis mengenangkan Mia yang pergi dari sisinya .
Tangan menghentak stereng kereta berkali -kali. Kemudian , rambut dikusutkan .
" ARGHHHHH KENAPA AKU BODOH SANGAT DULU ! " jeritnya serta tangisan .
Tangan mencengkam rambut dengan kuat . " KENAPA ! KENAPA ! hisk ... hiks kenapa aku buat dekat Mia macam tu " perlahan - lahan tangan yang mencengkam rambut diturunkan . Dia cuba mengaturkan nafas .
YOU ARE READING
Dia Faliq Rayyan √
Romance[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara mereka semakin megah tetapi kerana satu tragedi , terhapus segala - galanya . " Awak kejam , Faliq...