Dia Faliq Rayyan || 10

13.2K 750 75
                                    

Sudah sebulan mereka berumah tangga , hubungan mereka berdua juga semakin rapat. Faliq pun sudah mula berubah sedikit demi sedikit . Dia tidak ponteng kelas lagi selepas hari Mia menarik telinganya di perpustakaan sekolah . Tapi bergaduh tu masih sama . Hidup mereka dua bahagia tiada gangguan siapa-siapa . Sofea juga tidak mesej Faliq . Tetapi ada satu perkara yang membuatkan Mia rasa pelik . Setiap hari satu mesej akan dia terima dari nombor yang tidak dikenali . Ayat yang ditulis sama sahaja setiap hari " jangan rapat dengan Faliq Rayyan " dan dihujung ayat terdapat huruf 'S' . Mia tertanya - tanya siapakah 'S' dan kenapa dia melarangnya untuk rapat dengan Faliq . Sedang mereka makan bersama-sama, satu soalan terlintas di fikiran Mia.

" Faliq " kepala diangkat memandang Faliq di hadapan

" hmm "

" awak kenal tak 'S' ? " soal Mia . Faliq berkerut dahi

" S ? " mata yang sedang memandang pinggan terus memandang Mia di hadapan.

" haah 'S' . sebab... " telefon di keluarkan dari poket seluar . Mesej itu dibuka dan ditunjuk kepada Faliq. Lama Faliq melihat mesej itu .

S ? siapa dia . tak kan Sofea kot . Nama Sofea Adriana terlintas di fikirannya

" Mia , aku rasa aku tahu siapa dia " mata Mia memandang tepat anak mata Faliq.

" siapa ? "

" Sofea Adriana "

" Sofea Adriana yang kelas sekali dengan Am tu ka . tak kan dia kot . Nampak baik je dia tu " Mia tidak yakin apa yang Faliq katakan . Sofea yang menghantar mesej itu kepadanya ? . Ye la , Sofea nampak baik ,cantik. Tak kan lah dia yang buat.

" baik kau kata . perangai dia tu perghh gila and gedik . Dah ada boyfriend pun still nak kat aku . Dia dengan boyfriend dia tu perangai sama ja 2 kali 5 . Aku pun tak tahu dengan Aryan tu , macam mana lah dia boleh pilih sofea " balas Faliq lalu melangkah pergi ke singki untuk membasuh tangan lalu dia pergi semua ke meja makan .

" Pastu awak pun nak kat dia jugak ke ? " Faliq berjalan pergi ke sebelah Mia yang berada di meja makan. Faliq menyamakan ketinggiannya dengan Mia lalu matanya terus memandang tepat pada wajah cantik isterinya . Bau perfume yang digunakan Faliq , menusuk masuk ke hidung Mia . Wangi . Jantung Mia berdebar hebat . Mata Faliq tidak terlepas memandang wajah Mia lalu dia tersenyum .

" Buat apa aku nak kat dia . Aku kan dah ada bini aku yang cantik ni, Mia Qalisha binti Malik Iskandar " tangan Faliq membetulkan rambut Mia lalu satu ciuman di pipi diberikan . Faliq memang seorang dingin , tapi kalau bersama Mia senyuman selalu terukir di bibirnya. Cair Mia dibuatnya.

" kau makan dulu , aku nak keluar jap . Nak beli apa-apa tak ? " Mia hanya menggeleng . " okay " . sebelum melangkah keluar dari rumah , Faliq menoleh belakang memandang Mia . " aku balik lambat sikit , kau duduk rumah elok-elok . Kunci pintu semua " pesan Faliq kepada Mia yang masih berada di meja makan.

" kenapa balik lambat kan dah malam ? "

" aku ada hal " Faliq berpatah balik pergi ke Mia yang berada di meja makan lalu dia memeluk Mia dengan erat . Mia terkaku. Satu ayat yang tidak pernah Faliq ungkapkan kepada Mia akhirnya keluar juga dari mulutnya " aku sayang kau Mia . kalau apa-apa jadi kat aku ,kau jangan sedih tau " lalu rambut Mia diusap lembut .

kalau apa-apa jadi kat aku ,kau jangan sedih tau ? hah? . Apa dia cakap , aku tak paham.

" apa awak cakap ni Faliq " pelik Mia ketika itu

" tak ada apa lah . aku pergi dulu " Faliq melangkah keluar dari rumah mereka . Bunyi enjin motorsikal kedengar lalu bunyi itu hilang.

Mia masih pelik dengan Faliq . " tiba - tiba cakap sayang aku . kalau apa-apa jadi kat dia jangan sedih ? kenapa Faliq lain sangat harini " bisik hati Mia

Jam pada telefonnya sudah menunjukkan tepat pukul 11:30 malam tetapi Faliq masih tidak pulang . Gelisah Mia ketika itu . Hatinya tidak tenteram , asyik memikirkan Faliq sahaja daripada tadi .Telefon Faliq tak dianggkat , mesej tak baca . kehulu kehilir Mia di dalam rumah. Tiba-tiba pintu rumah diketuk kuat.

" Mia ! Mia ! bukak pintu . Cepat ! " cepat - cepat Mia menyambar tudung lalu disarung .

bukan suara Faliq ni . Macam suara Amsyar

Buka sahaja pintu memang betul yang mengetuk pintu ialah Amsyar. Tercungap-cungap Amsyar seperti baru habis lari marathon .

" kenapa ni Am . penat semacam je ni " soal Mia hairan

" Fa-faliq , di-dia dia " tergagap - gagap Amsyar untuk menghabiskan ayatnya.

Mia berasa tidak sedap hati . " kenapa dengan Faliq ? "

" Faliq ada kat hospital sekarang . " air muka Mia terus berubah . Hospital?

" Jom pergi hospital " Amsyar terus berlari ke arah motorsikal milik Faliq . Mia mengunci pintu lalu mengikut Amsyar dari belakang .

Ni motor Faliq . Kenapa Am naik motor dia .

" Cepat lah Mia "

" ya ya . jalan "

Mereka meletakkan motorsikal di tempat parkir ,lalu terus berlari masuk ke dalam hospital. Mia tidak berhenti berdoa agar tidak apa-apa yang berlaku kepada suaminya. Amsyar berhenti di hadapan satu bilik , Mia hanya mengikut sahaja. Ada 3 orang perempuan yang turut berada disitu .

Sofea Adriana dengan geng dia ? buat apa diorang kat sini ?

Sofea memandang tajam mata Mia . Sakit hatinya melihat Mia berada di situ juga. " kenapa perempuan ni ada kat sini jugak , kacau betul lah " bisik hati Sofea .

" Kita tunggu kat sini " kata Amsyar lalu melabuhkan punggung di sebuah kerusi . Mia menganguk sahaja lalu duduk di sebelah Amsyar . Mata Sofea tidak lekang memandang Mia .

Dah kenapa dengan dia , asyik pandang aku ja . Telefon di dalam poket di keluarkan lalu membuka aplikasi . Nama Amsyar di cari.

ME

Kenapa diorang ada kat sini jugak ? Macam mana diorang tahu Faliq ada kat hospital

Amsyar

Aku tak tahu , lagi pun diorang yang call aku bagitahu yang Faliq ada kat hospital

Mia hanya seen mesej itu , lalu Amsyar di pandang . Amsyar hanya mengangkat kedua - dua belah bahu tanda tidak tahu . Hampir sejam mereka menunggu , Sofea dan gengnya turut berada di situ . Jelingan tajam Sofea diberikan kepada Mia. Seorang doktor keluar dari bilik itu . Mereka semua serta merta berdiri .

" ada ahli keluarga Faliq Rayyan kat sini ? "

Belum sempat Sofea menjawab , Amsyar memintas " saya kawan dia " kata Amsyar sambil mengangkat tangan. Sofea berdecit geram

" kamu boleh masuk tengok dia "

" Terima kasih , Doktor " ucap Mia dengan seikhlas hati . Doktor itu membalas dengan anggukkan dan senyuman. Lama jugak Amsyar masuk melawat Faliq di dalam wad . Pintu bilik di buka , Amsyar melangkah keluar lalu pergi ke Mia

" Mia , Faliq nak jumpa kau "

Baru sahaja Mia hendak mulakan langkah , dia di panggil oleh Sofea . Langkahnya terhenti

" Weyh perempuan , asal kau rapat sangat dengan Faliq hah ! kalau ada Faliq mesti ada kau , kat sekolah pun sama . Kau tak tahu ke yang aku ni girlfriend dia " kata Sofea dengan suara yang tinggi. Amat geram dia melihat Faliq bersama Mia.

Mia ketawa kecil " Kenapa tak boleh ke saya nak rapat dengan Faliq ? Bukan hak awak nak halang saya . Apa awak cakap tadi ,girlfriend ? " Mia sengih lalu berjalan ke arah pintu wad Faliq . Sebelum melangkah masuk , sempat  dia menoleh memandang Sofea .

" For your information , Faliq Rayyan is my husband "

To be continued

Dia Faliq Rayyan √Where stories live. Discover now