Celik sahaja mata , Faliq terus memandang syiling putih wad hospital itu . Dia pusing ke kanan dan ke kiri memandang sekeliling . Semua ahli keluarganya, sahabat baiknya serta Doktor Haiqal berada di situ. Menantikan dia sedar.
Alat penafasan yang menekup hidung dan mulutnya ditarik ke bawah supaya dia mudah untuk bercakap .
" Mama ....papa ... " panggil Faliq perlahan .
Mereka terus menoleh ke arah Faliq . Encik Farid dan Puan Hazmah bangkit lalu mendekati Faliq .
" Faliq..." Puan Hazmah mengusap ubun-ubun anak sulungnya itu . Wajah Faliq yang sedikit pucat itu dikucup lembut .
" Mama ... Papa... sakit ... " adunya . Jelas kekerutan pada dahi Faliq . Sakit pada bekas tikaman itu tidak mampu diugkapkan . Teramatlah sakit .
" Mama tahu Faliq sakit ... tapi Faliq kena terus kuat " Puan Hazmah memberi kata semangat buat Faliq .
Dari tadi mereka semua tidak berhenti berdoa agar Faliq tetap kuat dan bertahan dengan kesakitannya itu . Kata doktor yang merawat Faliq , harap untuk Faliq bertahan amatlah tepis . Dia kehilangan banyak darah , bekas tikaman itu juga agak dalam .
Amsyar dan Amalina cuba menghubungi Mia untuk memaklumkan tentang hal ini . Mereka tahu bahawa hari ini Faliq akan bertemu Mia .
Sudah beberapa kali mereka cuba menghubungi Mia , namun tiada satu panggilan pun dijawab . Begitu juga dengan Doktor Haiqal , dia cuba menghubungi Usayd , juga tiada satu panggilan pun dijawab .
Doktor Haiqal memandang Amsyar dan Amalina lalu dia menggelengkan kepala .
Seketika , Amsyar dan Amalina sedikit mengeluh . Hampa mereka ketika itu .
" Am , Lina ... tak perlu call Mia . Aku taknak dia risau pasal aku " pesannya
xxxx
Usayd yang baru sedar dari lenanya terus berlari keluar dari bilik wad . Dia mahu mencari Mia .
Beberapa orang jururawat sedang mengejarnya dari belakang .
" Encik ! Encik ! " jerit jururawat itu agar Usayd berhentikan langkahnya .
Serta merta Usayd berhentikan lariannya . Kemudian dia pusing ke belakang melihat 2 orang jururawat sedang mendekatinya .
" Kenapa Encik lari ? Encik tahu tak encik ni baru je sedar " kata seorang jururawat sambil tercungap - cungap .
" Saya- saya.. " terus gagap Usayd ketika itu .
" Encik cari wife encik ke ? Puan Mia ? " soal jururawat perempuan itu .
" Er...dia bukan wife saya , kami kawan je . " jujur Usayd .
" Macam mana keadaan dia sekarang ? " soal Usayd lagi. Sungguh berdebar dia ketika itu.
Kelihatan air muka wanita itu sedikit berubah . Makin bertambah kerisauan di hatinya.
" Doktor mengesahkan yang Puan Mia koma dan sekarang ini dia cuma bergantung pada alat bantuan pernafasan sahaja. " tutur jururawat itu .
Terus terkaku Usayd mendengar berita yang disampaikan oleh jururawat perempuan itu.
" Anak - anak dia macam mana ? " soal Usayd lagi.
" Alhamdulillah , kedua - dua bayi lelaki Puan Mia selamat . Kami terpaksa emergency czer tadi " terang jururawat itu.
Hatinya berasa sedikit lega selepas mendengar khabar baik itu .
" Cik boleh bawa saya ke bilik wad Puan Mia ? " berbasa - basi Usayd bertanya .
" Ya boleh "
Usayd mengikut langkah jururawat itu . Mereka kini memasuki ruang icu .
Jururawat itu memberhentikan langkahnya di hadapan muka pintu wad no 17 .
" Ini bilik Puan Mia "
Usayd mengangguk " terima kasih " ucapnya .
Jururawat itu balas dengan senyuman lalu dia berlalu pergi dari situ .
Usayd menarik nafas dalam sebelum dia menolak pintu itu . Mata dipejam sebentar . Dia cuba untuk kuatkan diri .
Perlahan-lahan pintu itu ditolak . Buka sahaja pintu itu , mata terus memandang ke arah wanita yang sedang terbaring di atas katil . Bersirat dengan wayar - wayar .
Tit...tit...tit...
Bunyi mesin pernafasan itu menujah gegendang telingannya.
Usayd hanya berdiri di muka pintu . Kaki yang berpijak pada lantai terus terasa lemah . Jantungnya bagaikan terhenti apabila melihat keadaan Mia.
xxxx
Sedang mereka duduk di dalam wad itu , tiba - tiba pintu ditolak . Kelihatan dua orang anggota polis lalu mereka melangkah masuk .
" Assalamualaikum" ucap mereka berdua .
Mereka semua menjawab salam .
" Saya inspektor Kamal . Saya merupakan anggota yang urusan kes Encik Faliq " tuturnya .
" Ada apa Encik datang sini ? Tadi dah ada yang datang minta keterangan daripada anak saya " kata Encik Farid .
" Ya saya tahu . Saya datang ni sebab nak bagitahu yang kami sudah berjaya menangkap suspek. Kemungkinan Encik Faliq kenal dia "
Masing-masing kepala pusing ke arah Faliq . Tidak lama kemudian , Faliq mengangguk . Dia kenal siapa lelaki yang cuba membunuhnya itu .
" Siapa inspektor ? " tanya Doktor Haiqal .
Inspektor Kamal tarik nafas dalam sebelum menyambung percakapannya .
" Aryan Daniel "
Mata Amsyar , Amalina dan Dee terus membulat tatkala mendengar nama itu keluar dari mulut Inspektor Kamal.
" A-aryan ? " tersekat suara Amsyar bertanya .
" Ya Aryan Daniel , saya dapat maklumat yang suspek merupakan rakan satu sekolah dengan Encik Faliq . "
Mereka yang mengenali Aryan terus mengangguk .
Aryan Daniel merupakan musuh Faliq dikala zaman persekolahan dulu . Tamat sahaja zaman persekolahan, Faliq langsung tidak bertemu dengan lelaki itu . Entah bagaimana lelaki itu tiba-tiba muncul sekarang .
Kata Inspektor Kamal , Aryan pernah ditangkap sebelum ini di atas tuduhan melakukan kekasaran terhadap isteri dan anaknya tetapi dia dilepaskan kerana tiada bukti yang kukuh daripada isterinya , Sofea Adriana .
" Lagi satu , kami juga dapat menangkap rakan subahat suspek. Hal ini kami dimaklumkan oleh pengawai polis di Kedah "
" Siapa encik ? " soal Encik Farid pula.
" Tengku Elfira Medina , suspek ditangkap atas kesalahan cubaan membunuh isteri Encik Faliq , Mia Qalisha " bicara inpekter itu .
Faliq mengetap bibirnya , air mata mula bertakung di tubir mata .
" Isteri saya macam mana sekarang ? Dia selamat ? " bergetar suara Faliq bertanya . Hati mula dilanda rasa sebak .
Inspektor Kamal sedikit tertunduk lalu dia panggungkan kepala semula. " Isteri encik sekarang berada di hospital dan dia masih belum sedarkan diri . Dan kami dapat maklumat dari seorang lagi mangsa , yang Puan Mia selamat melahirkan bayi kembar lelaki "
Akhirnya , air mata yang bertakung di tubir mata jatuh mengalir ke pipi .
Tidak lama kemudian , dua orang anggota polis itu meminta diri pergi dari situ .
" Mama... Faliq dah jadi daddy . Mama dengan papa pun dah dapat cucu " kata Faliq sambil tersenyum . Air mata masih mengalir di pipi.
" Doktor Haiqal...boleh saya pergi jumpa Mia ? " soalnya berbaur sebak. Dia mahu bertemu Mia . Dia mahu berjumpa dengan bidadarinya.
Teragak - agak Doktor Haiqal menggeleng . " Tak boleh Faliq . Kamu tu sakit lagi "
" Kalau macam tu .... tolong bagi Mia dengar suara saya "
To be continued
YOU ARE READING
Dia Faliq Rayyan √
Romance[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara mereka semakin megah tetapi kerana satu tragedi , terhapus segala - galanya . " Awak kejam , Faliq...