Faliq duduk diam di sofa. Tangan kemas memeluk frame gambar perkahwinannya dengan Mia . Tidak sesaat pun dia melepaskan frame itu . Kemana - mana sahaja frame itu mesti bersamanya .
Hari demi hari , keadaan Faliq semakin bertambah teruk . Dia tidak dapat mengawal emosinya . Adakala dia menangis , adakala dia diam sahaja . Ada juga dia ketawa secara tiba - tiba . Kadang - kadang dia mengamuk tidak tentu pasal . Ini membuatkan Amalina dan Amsyar semakin risau tentang masalah kesihatan sahabat karib mereka itu .
Memang mereka ingin ceritakan masalah ini kepada Puan Hazmah , mama Faliq . Tetapi dia tidak mahu mendengar tentang Faliq lagi . Amarahnya kepada Faliq masih tidak pudar. Hanya Dee dan Faiq yang tahu tentang masalah ini .
Dalam masa yang sama , mereka cuba untuk menjejaki Mia . Namun tidak berjaya .
Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi , Amsyar mengajak Faliq untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu . Ini semua merupakan cadangan Encik Omar , bapa Amsyar .
" Takkan kita nak biar Faliq macam ni je ? " Amsyar memulakan bicara setelah seketika mereka berdiam.
" Biar je lah . Siapa suruh dia buat macam tu dekat Mia . Sekarang tanggung lah nasib sendiri " kata Faiq lalu dia menyilang tangan ke dada .
" Apa kau ni ? Faliq ni abang kau Faiq " marah Amalina . Yang tadi sedang duduk , terus dia berdiri .
" Memanglah dia abang aku tapi apa yang dia buat dekat Mia , aku tak boleh terima . Mia dah lari baru dia nak menyesal . Tak ada guna dah "
" KAU BOLEH TAK BAGI FALIQ STRESS LAGI ! CUKUP - CUKUPLAH . MEMANG DIA SALAH DULU ! " jerkah Amalina . Dia cuba mengawal kemarahannya maklumlah sekarang berada di rumah Amsyar .
" YA AKU TAHU AKU SALAH . AKU PUKUL MIA , DERA MIA ! AKU DAYUS ! " Faliq tiba - tiba bersuara . Tangan diangkat mengetuk kepala sendiri dengan kuat berkali - kali . Tangan lagi sebelah masih lagi memegang frame gambar.
Encik Omar terus menarik tangan Faliq daripada mencederakan diri . Faliq mahu menarik tangannya semula , tetapi kemas Encik Omar memegang tangannya.
" FALIQ ! STOP! " Encik Omar memberi amaran . Dia tidak sanggup melihat Faliq jadi begini . Faliq sudah dianggap sebagai anak sendiri . Encik Omar mahu Faliq sihat seperti dulu .
Faliq menurunkan tangannya lalu dia pusing memandang Encik Omar yang duduk di sebelahnya .
" Baba , bila Mia nak balik ? " soalan itu ditanyakan lagi . Panggilan Baba pula sudah menjadi kebiasaannya dari kecil lagi .
" Er ... " teragak - agak Encik Omar mahu menjawab . Soalan itu memang selalu ditanyakan oleh Faliq , kadang - kadang Encik Omar terpaksa menipu . Adakala juga dia hanya diam tidak menjawab soalan itu .
" BILA MIA NAK BALIK ? BILA MIA NAK BALIK ? WOI FALIQ , MIA TAKKAN BALIK ! DIA TAKKAN DATANG JUMPA KAU LAGI ! DIA BENCI KAU TAHU TAK ! " jerkah Faiq secara tiba-tiba. Dia mendengus geram . Nafas kasarnya kedengaran .
" TAK ! TAK ! MIA TAK BENCIKAN AKU ! DIA SAYANGKAN AKU ! DIA SAYANGKAN AKU ! " jeritnya berserta tangisan . laju air mata mengalir di pipi.
" FAIQ ! " suara Encik Omar meninggi . Tepat mata memandang wajah Faiq . Serius maut wajahnya ketika itu .
Faiq terus diam . Dia tarik muka tanda tidak puas hati .
" Baba , Am rasa ...apa kata kita bawa Faliq pergi hospital je ? " Amsyar yang tadi hanya duduk mendiam tiba - tiba memberi cadangan .
Tidak sempat Encik Omar menjawab , Faiq terus memintas .
" Aku tak setuju " kasar cara Faiq menjawab .
" Kenapa Faiq tak setuju ? " soal Encik Omar .
" Uncle tak rasa macam membazir duit ke ? Buat penat doktor dekat situ je . Faliq ni bukan teruk mana pun . Entah - entah dia berlakon jadi gila je "
" Tak payah bawa pergi hospital lah . Suruh dia lupakan Mia , selesai masalah . " sambung Faiq lagi .
" Kamu cakap senang lah Faiq . Cuba bayangkan kamu ada dekat tempat Faliq sekarang . Nak lupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita bukan senang tau. "
Faiq hanya diam . Dia jeling sekilas ke arah Faliq yang duduk di sebelah Encik Omar .
" Faiq...sekarang ni please ikut cadangan Am . Kita bawa Faliq pergi hospital atau rumah sakit jiwa . Biar doktor dekat sana rawat dia . " Encik Omar memberi kata putus .
" Lina setuju "
Mereka bertiga sebulat suara bersetuju untuk membawa Faliq ke hospital atau rumah sakit jiwa . InsyaAllah ini dapat memulihkan gangguan mental Faliq .
" Ikut uncle lah . Faiq taknak kata apa - apa . Tapi satu je nak bagitahu , keluarga kitaorang dah tak nak ambil tahu pasal Faliq . Uncle uruskan je lah dia " akhirnya Faiq mengalah . Ikut sahaja cadangan Encik Omar dan Amsyar .
Encik Omar mengangguk . Walaupun keluarga mereka tidak tahu ambil tahu pasal Faliq lagi , tapi Encik Omar akan beritahu juga kepada Encik Farid .
xxxx
" Baba , Faliq taknak duduk sini . Faliq nak balik " rengeknya seperti budak kecil .
" Faliq kena duduk sini . Faliq nak sihat kan ? " Encik Omar cuba memujuk . Kini mereka berada di sebuah rumah sakit jiwa .
" Haah Faliq . Kalau kau duduk sini , kau boleh sihat macam dulu " kata Amsyar pula .
" Betul tu " Amalina turut memujuk Faliq .
" Tapi Faliq nak balik . Faliq nak jumpa Mia ." Faliq memeluk kemas frame gambar perkahwinannya .
Encik Omar mengurut pelapis dahinya . Aduh...macam ni ?
Amalina dan Amsyar juga turut buntu .
" Faliq ... kalau Faliq sihat macam dulu ....baru Mia balik sini jumpa Faliq . " Encik Omar terpaksa menipu lalu dia menghembuskan nafas yang berat . Tidak sanggup menipu lelaki itu .
" Betul ke ni ? " Faliq terus teruja ketika itu . Faliq tersenyum lebar .
Perlahan - lahan Encik Omar mengangguk . Dia senyum paksa lalu mengusap belakang tubuh Faliq . Wajah Faliq masih tidak lekang dengan senyuman . Amat teruja dia ketika itu . Tidak sabar mahu berjumpa Mia bila dia sihat nanti .
Maafkan baba sebab terpaksa tipu Faliq .
To be continued
YOU ARE READING
Dia Faliq Rayyan √
Romance[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara mereka semakin megah tetapi kerana satu tragedi , terhapus segala - galanya . " Awak kejam , Faliq...