Dia Faliq Rayyan || 16

10.9K 727 58
                                    

Pintu rumah ditolak , kaki kanan melangkah masuk ke dalam rumah itu . 

" Faliq " Mia dari tingkat atas berlari turun ke bawah selepas mendengar pintu dibuka .

Pintu ditutup semula . Faliq mula mengatur langkah ke bilik tanpa mengendahkan panggilan Mia . Kakinya terhenti sebelum dia memijak anak tangga pertama . Mia dihadapannya .

Tangan kanan Faliq disentuh Mia .

" Awak pergi mana semalam ? Kenapa tak balik ? saya risau tahu tak " suara Mia berbaur kerisauan .

Tangan Mia ditepis kasar .Raut wajah Mia terus berubah . " Boleh tepi tak ? aku nak naik atas " Faliq memulakan langkahnya semula tetapi terhenti lagi kerana Mia memegang tangannya .

" Saya tanya ni Faliq ... semalam awak pergi mana ? kenapa tak balik ? " soalan yang sama Mia tanyakan .

Wajah Faliq terus bertukar dingin . Gambar yang dihantar itu masih bermain di mindanya . Faliq cuba mengawal diri . Cuba menahan marahnya .

" Boleh alih tangan kau , aku nak naik atas " Tangan Mia di tangan kanannya dialihkan . Kaki mengatur langkah lalu menuju ke bilik di tingkat atas .

" Faliq ! saya tanya ni jawab lah . Yang awak nak elak - elak ni dah kenapa ?! " suara Mia meninggi . Tidak puas hati kerana Faliq tidak menjawab pertanyaannya .

Langkah Faliq terus mati dihadapan pintu bilik . Badan dipusing ke belakang berhadapan Mia .

" Kau tengking aku dah kenapa ? Tak paham bahasa ke apa ?! Lantak aku lah nak jawab soalan kau ke tak . Ni aku nak tanya kau pulak . Petang semalam kau pergi mana ? aku balik rumah kau tak ada . Kau pergi mana petang semalam Mia ?! " jerkah Faliq , tidak mampu lagi mengawal kemarahnya . Terhinjut bahu Mia , terkejut .

Mia tergamam akan soalan yang Faliq tanyakan . Tidak tahu hendak menjawab apa .

" WEH PEREMPUAN , AKU TANYA PETANG SEMALAM KAU PERGI MANA ? DENGAN JANTAN MANA KAU KELUAR SEMALAM ? " bergema suara Faliq didalam rumah itu .

" s-saya sa-saya .... " tergagap - gagap Mia mahu menjawab . Selama mereka berkahwin , Mia tidak pernah melihat Faliq marah begitu sekali . 

" apa saya saya !? cepat lah jawab ! "

" dia kawan saya "

" Kalau kawan dia takkan buat macam itu . Siap peluk bagai . Kau tu isteri aku Mia . Takkan aku nak diam aje tengok lelaki lain peluk bini aku "

" Mana ada sampai berpeluk Faliq . Kami berborak sekejap je "

" Kau tak payah tipu aku Mia ! "

" Bila masa saya tipu awak . Awak jangan main tuduh sahaja , Faliq ! "

Suara pasangan itu masing-masing meninggi . Dua - dua tidak puas hati antara satu sama lain .

" Bukti semua dah ada depan mata . Tak payah lah kau nak elak - elak "

" Saya tak elak apa - apa pun . Saya cakap saya tak tipu , tak tipu la . Yang awak susah sangat nak percaya ni kenapa ?! " Mia menengki Faliq yang berdiri dihadapannya . Hati dah tak dapat menahan perangai Faliq yang menuduhnya berpelukan dengan Aaron di taman semalam .

" Kau jangan kurang ajar Mia ! Silap haribulan tangan ni sampai dekat muka kau " Faliq mengangkat tangan kanannya . Panahan matanya yang tajam memandang Mia.

Hati Mia bagaikan disiat dengan kata - kata Faliq . Sanggupkah Faliq naik tangan kepadanya ?

Telefon pintar di dalam poket seluar dikeluarkan . Gallery ditekan . Beberapa gambar dicari .

" Ini apa ? " soal Faliq mendatar . Skrin telefon pintarnya ditalakan ke arah Mia .

Terkejut Mia melihat gambar itu . Gambar Aaron memegang pinggangnya .

" Asal diam ? rahsia dah kantoi ? "

" Wait Faliq . Saya boleh explain . sebenarnya - "

" Dah lah Mia . Aku malas nak dengar . "

" Kalau awak tak dengar , awak akan tuduh saya lagi "

" Bukan menuduh , benda dah betul . Tak kan nak main - main pulak "

" Masa Tu saya nak terjatuh .  Dia tolong saya . kalau tak mungkin saya dah jatuh tersembam . " penerangan Mia tentang gambar itu.

" Tolong ke ambil kesempatan ? Boleh percaya ke dengan kau . Entah - entah benda lain pun kau dah buat belakang aku " cara Faliq seakan menyindir Mia .

Tangan Mia laju menghinggap di pipi Faliq .
Dada Mia mula berombak kuat . Nafas naik turun dengan laju . Marah.  Dia takkan membuat begitu . Dalam hatinya hanya ada Faliq sahaja . Aaron sudah lama dilupakan .

Faliq mendengus geram . Denyutan pada kesan penampar terasa di pipi .  Telefon pintar di masukkan kedalam poket semula.  Rambut isterinya direntap kasar . Ditarik dan diheret masuk ke dalam bilik .

" Faliq , lepaslah ! Sakit " Mia meronta kesakitan  . Tangan terkapai - kapai cuba melepaskan rambutnya yang ditarik kuat . Peritnya usah dikata . Bergenang air mata menahan kesakitan .

Rambut Mia dilepaskan . Baru sahaja Mia mahu menarik nafas lega , tubuhnya pula ditolak ke belakang jatuh di atas katil . Terlentang dia dibuatnya.

Faliq mengambil tali pinggang yang disangkut di belakang pintu . Marahnya tidak dapat dikawal lagi . Wajah Mia sudah pucat .

" Maafkan saya , Faliq . Saya takkan buat lagi . Tapi sumpah saya tak Ada hubungan apa - apa dengan lelaki Tu . Percayalah . Kami cuma kawan " rayu Mia bersungguh - sungguh .

" Kau ingat aku nak percayakan kau ! "

Mata Faliq merah merenung wajah Mia yang sedang ketakutan di atas katil . Sebaik sahaja tangan Faliq diangkat , Mia cepat- cepat memejamkan mata .

Zap ! Zap ! raungan dan tangisan Mia langsung Faliq tidak endahkan . Tangan makin melibas tubuh Mia dengan tali pinggang .

Pintu bilik dihempas kuat . Faliq sudah keluar dari bilik itu . Mia terbaring lemah di atas katil . Tidak mampu lagi menahan kesakitan . Tubuhnya pedih , bekas pukulan tali pinggang di tubuhnya dan di tangan dilihat . Merah. Disentuh , amatlah pedih .

Air mata dikesat . Cuba untuk kuatkan diri . Dia bangun lalu menyandar pada katil . Sungguh tidak percaya dengan apa yang terjadi kepadanya . Faliq yang dia kenal bukan begitu. Faliq yang dia kenal sebelum ini seorang yang penyayang , tidak pernah langsung menaikkan tangan kepadanya.

" Awak dayus  Faliq .... awak kejam ... " suara Mia bergetar . Dia takut , takut dengan lelaki yang bergelar suaminya .

To be continued

Dia Faliq Rayyan √Where stories live. Discover now