P R O L O G

4.4K 149 12
                                    

"Berhenti la kejap. Bagi aku balik dulu. Nanti sambung la lebat balik."

Qhaisara mengeluh lalu mendongakkan kepalanya memandang langit yang sudah bertukar gelap pada waktu itu. Bunyi guruh yang bersambung-sambung itu seperti memberitahu bahawa hujan tidak akan berhenti dalam masa terdekat. Sudah sejam dia terperangkap di bangunan usang berdekatan kolej nya itu dek kerana hujan terlalu lebat.

"Padan la muka kau, Qhaisara. Tadi Qeha suruh bawa payung kau tolak. Haa sekarang mereput la kau dekat sini sorang-sorang." Bebel Qhaisara seorang diri.

"Hi. Tak balik lagi ke?" Qhaisara memusingkan kepalanya memandang lelaki yang baru sahaja menegurnya. Dia tersenyum sedikit sebelum menggelengkan kepalanya.

Qhaisara menjarakkan sedikit dirinya dengan lelaki itu. Tidak selesa duduk berdekatan dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Sudah la lelaki itu memakai serba hitam. Gerun pula dia.

"Kenapa jauh-jauh ni? Meh dekat sini. Nanti kena hujan tu." Qhaisara mengundur sedikit selepas melihat lelaki itu cuba untuk menyentuhnya.

"T-tak apa. Sa-saya minta diri dulu ye. Assalamualaikum."

Tergagap-gagap suara milik Qhaisara. Jantungnya ketika itu berdegup dengan laju. Perasaan takut mula menyelubunginya tatkala lelaki itu tiba-tiba sahaja mencengkam tangannya.

"Tergesa-gesa sangat kenapa ni? Hujan lebat lagi kan. Sabar la. Teman saya kat sini." Lelaki itu menarik kuat tangan Qhaisara mendekatinya.

"Lepas la! Kau kenapa?!"

"Jangan la marah. Sentuh sikit je." Tangan lelaki itu mula menyentuh pipi gebu Qhaisara.

Qhaisara yang merasa kurang selesa itu pantas menendang private part lelaki itu. Apabila dapat melepaskan diri dari cengkaman lelaki itu, pantas dia melarikan diri.

"Sial!" Jerit lelaki itu. Terus dia bangun mengejar Qhaisara.

"Lepas la! Tolong! Tolong- eumhh."

"Kau jerit pon takkan ada sape yang dengar. Semua dah balik." Lelaki itu tergelak sinis. Dia terus menarik Qhaisara masuk ke dalam bangunan usang itu.

"Jangan risau. Aku buat slow-slow okay?"

"Eumh!" Muka Qhaisara ketika itu sudah lencun dengan air mata. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.

PANG!

"Diam!" Tengking lelaki itu. Dia perlahan-lahan menanggalkan tudung milik Qhaisara.

"L-let me go!" Rintih Qhaisara.

Kedua belah tangannya dicengkam kuat lelaki itu. Tenaganya juga sudah berkurang. Matanya tiba-tiba sahaja menjadi kuyu.

"Enjoy my dear" Lelaki itu tersenyum sinis melihat gadis yang digilai nya itu sudah lemah. Dia membuka mask yang dipakainya.

"Da-Daniel"

Tutur Qhaisara perlahan sebelum pandangannya berubah gelap.

*•.¸♡♡¸.•*

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now