1 2

1.1K 80 9
                                    

"Qhaisara cepat sikit. Ya Allah buat apa lama sangat tu?" Rayyan mengetuk pintu tandas berkali-kali. Tidak tahan untuk menunaikan hajat. Sudah setengah jam Qhaisara dalam tandas tak keluar-keluar. Entah apa dia buat pun tak tahu.

Pintu tandas dibuka dari dalam, terjengol kepala Qhaisara namun badan masih lagi disembunyikan di belakang pintu.

"Dah siap? Ha tepi sikit. Abang tak tahan dah ni." Rayyan cuba menolak pintu tandas itu namun dihalang oleh Qhaisara.

"Tak tahan sangat erh?"

"Ish Sara sekarang bukan masa untuk soal jawab tau. Cepat lah keluar." Rayyan menekan perutnya. Ya Allah betul-betul tak tahan ni. Menyesal pula makan banyak tadi. Opah lah ni yang salah, masak sedap sangat.

"Abang pergi tandas bawah boleh? Hehe Sara ada emergency case lah."

"Oh alang-alang nak turun tu, suruh kak Fiqa naik boleh? Cakap Sara panggil." Sambung Qhaisara. Rayyan memandang pelik wajah milik isterinya itu. Dah kenapa budak kecik ni?

"Sara period. Lupa nak erm...bawa pad. Tolong erh." Qhaisara memasang wajah berharap.

"Lah asal tak bagitau awal-awal. Kejap abang panggilkan." Rayyan terus melangkah laju keluar dari bilik.

"Haih kesian betul, nak tunaikan hajat pun kena delay hahahah." Qhaisara tergelak sedikit. Comel aje abang Ayyan ni. Bertuah betul siapa yang dapat kahwin dengan dia kan.

゚°☆☆° ゚

"Betul ni okay?" Rayyan meletakkan hot pack di atas perut Qhaisara. Badan milik gadis itu diselimutkan hingga paras dada.

"Erm. First day selalunya sakit biasa je. Abang tak payah lah risau sangat." Qhaisara membetulkan posisi tidurnya.

"Kalau sakit teruk bagitau abang tau." Qhaisara hanya menganggukkan kepalanya.

"Dah tidur. Bagi hilang sakit tu." Rayyan mengusap lembut kepala Qhaisara.

"Tak boleh tidur lah." Qhaisara mencebik.

Tok! Tok!

Rayyan memandang Qhaisara sekilas sebelum dia bangun dan bergerak ke arah pintu bilik.

"Eh kak Fiqa, kenapa ni?"

"Ni teh madu. Bagi adik minum erh. Nanti tak ada lah senggugut dia tu kuat sangat."

Cawan yang berisi teh madu suam dihulurkan. Terus sahaja cawan itu bertukar tangan.

"Thanks kak." Rayyan senyum sikit kearah Syafiqa.

"Okay. Oh ya kalau adik cakap perut dia sakit teruk nanti Ayyan sapukan je minyak panas. Biasanya mama buat macam tu. Lepastu tahan lah."

Rayyan hanya mengangguk mendengar pesanan dari kakak sepupu merangkap kakak iparnya itu. Qhaisara di belakang hanya menjadi penonton. Malas nak masuk campur.

"Ish kak Fiqa ni pesan macam Ayyan ni tak tahu apa-apa je. Bulan lepas pun Ayyan je tau jaga Sara time dia period."

"Hahah iyalah. Kak Fiqa minta diri dulu." Hilang sahaja kelibat Syafiqa, terus Rayyan menutup pintu dan bergerak ke arah katil.

"Nah minum. Lepastu tidur okay." Cawan yang berisi teh madu tadi disuakan kearah Qhaisara, menyuruh gadis itu untuk minum.

"Tidur." Qhaisara mencebik lagi sebelum mengangguk. Senggugut je kut, tapi dilayan macam sakit kronik. Menci!

Rayyan membaringkan tubuh kecil Qhaisara. Bibirnya perlahan mengalunkan alunan zikir. Seperti mendodoikan gadis itu.

Selang beberapa minit, telinga Rayyan dapat menangkap bunyi dengkuran halus milik isterinya. Ha tidur pun. Ingatkan nak berjaga sampai pagi esok.

゚°☆☆° ゚

"Nak ikut juga!" Qhaisara memeluk tubuhnya. Pandangan tidak puas hati diberikan kepada kesemua abang dan kakaknya.

"Duduk rumah je dik. Tadi cakap sakit perut kan." Syafiq berkata lembut. Tak boleh kasar-kasar. Kan ada yang nangis nanti.

"Nanti menyusahkan. Adik kalau senggugut bukannya biasa-biasa." Qhaisara mencerlung tajam wajah Qhairil. Menyusahkan dia cakap? Dasar abang pungut.

Qhaisara pantas berjalan mendekati suaminya. Tangan suaminya diraih lalu dipeluk erat.

"Abang please~ nak ikut juga!"

"Duduk rumah je lah. Rehat dulu. Alah kitorang pergi pekan je pun. Kejap je." Kepala gadis itu diusap lembut. Makin memuncung bibir Qhaisara. Ish ingatkan buat macam tu dia ubah fikiran.

"Adik teman aki dengan opah dekat rumah erh? Kak Zara dengan kak Mai tak ikut juga. Kitorang bukan tinggalkan adik sorang-sorang pun." Qhayyim cuba memujuk.

Dari tadi lagi diorang nak keluar cari apa yang ada di pekan, tapi terbantut lepas Qhaisara merengek nak ikut juga. Kalau sihat tak apa lah juga, orang bawa. Ni dengan muka pun pucat tapi still mengada claim diri tu sihat. Podah.

"Ish ya lah. Pergi lah. Tak payah balik terus pun takpe!"

Qhaisara terus sahaja beredar dari situ. Kaki dihentak kuat tanda protes. Ish benci betul. Sudah lah emosi tengah tak stabil ni, lepastu diorang pula kejam tak bagi ikut.

"Ayok adik merajuk. Nanti pandai-pandai la ya korang pujuk. Aku tak masuk campur tadi."

Qharif senyum mengejek. Ariq yang berada di dukungannya dibetulkan sebelum dia menarik tangan Syafiqa untuk beredar dari situ.

"Ajiem pun sama."

"Abang Fiq, Abang Yim, Qhairil dengan Rayyan je erh. Kitorang pun tak." Keempat-empat lelaki itu memandang sesama sendiri.

"Bini kau. Kau lah pujuk. Aku malas. Cau lu." Qhairil terus berjalan meninggalkan ruang tamu rumah datuknya.

"Woi bini aku tu adik kau lah stupid!" Rayyan memandang kelibat Qhairil dengan riak tidak puas hati. Amboi jadi macam tu terus tak mengaku adik. Dasar jantan tak guna. Baling dalam perigi aki kan sia-sia je hidup kau.

"Sudah-sudah. Jom lah gerak. Kan ramai orang kat pekan tu."

Kesemua mereka mula bergerak meninggalkan ruang tamu. Masing-masing mula berjalan kearah kereta. Arh kongsi-kongsi jelah kereta. Nanti kan sesak jalan kat pekan tu dengan kereta diorang je. Apa ingat ni kenduri?

Musim cuti. Confirm lah ramai yang balik kampung termasuk diorang. Kalau dah ramai orang tu mesti lah dekat pekan tu jem teruk. Parking nanti pun belum tentu senang nak dapat. Haih Qhaisara punya pasal, kami yang merana nak kena cari parking.

*•.¸♡♡¸.•*

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now