1 4

1.1K 75 7
                                    

"Abang!"

Panggil Qhaisara apabila melihat kelibat suaminya itu keluar dari tandas.

Rayyan yang lagi sibuk mengemaskan tali bathrobe nya mengangkat kepala memandang ke arah Qhaisara yang sedang elok duduk bersila di atas katil mereka.

"Kenapa sayang?" Rayyan berjalan mendekati Qhaisara. Punggung dilabuhkan bersebelahan gadis kecil itu.

"Ish tak payah lah bersayang-sayang bagai. Malu lah."

Senyuman ditahan. Wajah ditundukkan sedikit apabila terasa bahang menguasai pipi. Tidak mahu ditunjukkan kepada lelaki yang berada di hadapannya itu.

Rasanya aircond dah kuat, kenapa rasa panas juga erh?

"Mengada." Pipi milik gadis itu dicubit lembut. Qhaisara tersengih sedikit.

"Kenapa panggil abang ni hm?"

"Esok sebelum abang pergi kerja kan, boleh tak hantar Sara pergi rumah mama?" Soal Qhaisara. Wajah suaminya ditatap penuh minat.

"Pergi rumah mama?" Rayyan menyoal kembali membuatkan gadis di hadapannya itu mencebik.

"Bosan lah duduk rumah sorang-sorang. Abang tu balik lambat sangat. Sara ni sampai tak tahu nak buat apa dah kat rumah. Kejap kemas ruang tamu, kejap kemas dapur, kejap kemas bilik, kejap-"

Kata-kata Qhaisara terhenti apabila Rayyan menutup mulutnya. Matanya mencerlung wajah gadis itu.

"Dah habis membebel?" Qhaisara senyum sedikit. Tangan Rayyan yang berada dimulutnya itu diturunkan lalu digenggam.

"Boleh tak abang?"

"Iyalah. Kalau tak bagi kan ada orang tu nangis macam mati laki pula."

Rayyan membuat riak mengejek. Lagi-lagi apabila wajah milik Qhaisara sudah berubah cemberut. Hampir sahaja dia hamburkan ketawanya namun ditahan.

"Aduh aduh sakitlah." Adu Rayyan apabila tangannya dicubit Qhaisara. Waduh padu betul. Confirm lebam nanti.

"Padan muka."

゚°☆☆° ゚

"Eh adik? Bila sampai?" Qharif berjalan mendekati Qhaisara yang fokus bermain dengan telefonnya. Terus dia melabuhkan duduk bersebelahan gadis itu.

"Tahun lepas lagi. Kenapa long?" Jawab Qhaisara bersahaja.

Tanpa amaran terus sahaja pipi kemerahan gadis itu dicubit kuat oleh Qharif. Geram. Ya Allah makin menjadi-jadi perangai dia erh sejak kahwin ni.

"Along!!" Teriak Qhaisara kuat. Bergema satu rumah banglo itu dengan suara nyaring gadis itu.

"Adik perlahankan sikit suara tu. Ariq dengan Ariena tidur lagi." Tegur Puan Linda.

Sakit juga telinga dia dengar jeritan maha dasyat anak bongsunya itu. Ada juga dia sumbat kuali masuk mulut gadis itu nanti.

"Along ni ma."

"Merengek macam budak kecik." Qharif bernada sarkastik. Mengada betul budak ni. Adik siapa lah.

"Along lah jahat. Sakit tahu tak pipi adik! Angah pun tak pernah cubit adik macam ni." Qhaisara mencerlung tajam wajah Qharif.

Qharif pula sudah memasang wajah menyampah. Sikit-sikit angah. Budak ni dah lupa ke dia ada tiga orang abang. Kenapa angah je yang selalu dia sebut.

"Itu angah. Ni along. Lain lah."

"Memang lain. Angah sayang adik. Along dengan achik tak! Selalu sangat buli adik." Pipi dikembungkan. Memang betul pun, angah je selalu baik dengan dia. Lagi dua tu asyik membuli je kerja.

"Angah guna cara lembut untuk tunjuk kasih sayang dia dekat adik. Along dengan achik pula guna cara kasar. Cara kasar tu lagi elok tau. Boleh merapatkan lagi hubungan adik-beradik kita."

"Arh banyak lah merapatkan hubungan." Qhaisara menjeling abangnya itu. Mata kembali menatap telefonnya.

"Apa mimpi balik ni? Gaduh dengan Ayyan ke?"

"Tak adalah. Adik bosan lah duduk rumah sorang-sorang. Itu yang suruh abang Ayyan hantar adik kat sini. At least boleh lah gaduh dengan along."

Qharif tergelak sedikit. Ada-ada aje adiknya yang sorang ini.

"Selalu adik bermanja dengan angah kan? Harini bermanja dengan along pula. Tadi cakap along tak sayang adik kan. Ha meh along tunjuk kasih sayang kat adik busuk along ni."

Badan Qhaisara ditarik masuk kedalam dakapannya.

"Dia yang busuk lepastu cakap orang!"

Qhaisara berkata perlahan. Kepala disandarkan pada dada tegap Qharif.

"Adik."

Qhaisara menggumam perlahan.

"Love you." Qhaisara tergelak sedikit.

"I hate you too."

Ucap Qhaisara diselangi tawanya. Kepala diangkat untuk memandang wajah milik abangnya.

"Gurau je. Adik pun sayang along juga." Pipi milik Qharif dicium sekilas sebelum kepalanya kembali disandarkan pada dada abangnya.

"Jealous kak Fiqa kalau nampak nanti hahaha."

*•.¸♡♡¸.•*

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now