1 5

1.1K 67 2
                                    

"Suka sangat duduk kat luar malam-malam macam ni. Tak sejuk ke?"

Rayyan berjalan mendekati Qhaisara yang sedang elok duduk di meja batu di halaman rumah keluarganya.

Punggung dilabuhkan di sebelah Qhaisara sebelum tangannya naik memeluk bahu gadis itu.

"Sikit. Tapi best lah." Ujar Qhaisara. Kepala dilentokkan ke bahu Rayyan.

"Buat apa sorang-sorang dekat luar ni? Orang lain semua duduk dalam tau."

"Saja je. Nak hirup udara segar waktu malam." Rayyan tergelak sedikit. Macam-macam lah budak kecik ni.

"Hirup udara segar ke nak skodeng anak lelaki jiran hm?" Soal Rayyan bernada mengusik.

"Seriously abang?"

"Gurau aje sayang." Rayyan tergelak. Kepala milik isterinya itu diusap lembut. Nak bermanja juga, selalu asyik gaduh aje.

"Dah kenapa abang sweet sangat malam ni?" Qhaisara mengangkat kepala memandang wajah kacak milik suaminya. Wajah pelik ditayangkan kepada lelaki itu.

"Eh suka hati arh. Nak bermanja dengan bini sendiri pun tak boleh ke? Cari awek lain kan ada yang marah nanti."

Qhaisara memasang wajah cemberut. Tempah kubur nampak.

"Pergi lah kalau rasa nak kena kerat 18 dengan abang-abang Sara. Macam lah abang tak kenal diorang tu macam mana." Ujar Qhaisara bersama senyuman sinisnya.

Ceh ada hati nak cari awek lain. Belum sempat nak ngorat, dah kena belasah dengan along, angah dengan achik.

"Hehe tak tak." Rayyan sengih. Pelukan pada bahu Qhaisara dieeratkan. Qhaisara juga turut melingkarkan tangannya pada pinggang Rayyan, memeluk jejaka itu.

"Sejuk lah sayang." Kata Rayyan perlahan.

"Sejuk sikit pun tak boleh tahan."

"Eleh dia boleh lah tahan. Dah kulit macam badak- auch." Berkerut-kerut wajah milik Rayyan, menahan dari sakit dicubit Qhaisara. Aduh kena sepit ketam lagi.

"Abang ni kalau tak cari gaduh dengan Sara memang tak sah kan!"

"Banyak gaduh lah elok, dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita." Rayyan tersengih macam kerang busuk.

"Sama je macam along. Ish sudah lah jom masuk. Kan ada pula orang tu demam sebab kena angin malam."

Rayyan tergelak perlahan. Dia mula bangun dari duduknya. Tangan milik Qhaisara digenggam kemas lalu menarik gadis itu masuk ke dalam rumah.

゚°☆☆° ゚

"Ma! Sunyi je rumah. Mana semua orang?"

Soal Qhaisara. Dia mula duduk di kerusi yang tersedia di dapur, berhadapan dengan Puan Linda.

"Along sekeluarga dah balik dah. Papa dengan Ayyan keluar tadi. Entah kemana lah diorang pergi."

"Ish along ni balik macam tu je. Tak tunggu pun adik!" Qhaisara bersuara tidak puas hati. Pipi dikembungkan tanda geram.

"Siapa suruh bangun lewat. Dah jadi isteri orang pun perangai tak berubah. Hari-hari ke macam ni?"

Puan Linda memberhentikan kerjanya. Wajah anak bongsunya itu ditatap.

"Mana ada ma. Selalu adik bangun awal siapkan baju abang Ayyan. Harini je lewat sebab cuti hehe." Qhaisara mengangkat simbol peace. Takut juga kalau Puan Linda marah nanti.

"Ada-ada aje kamu ni." Puan Linda menggelengkan kepalanya. Terus dia menyambung kerjanya yang terhenti tadi.

Qhaisara pula hanya memerhati tingkah laku ibunya itu. Sesekali tanganya bergerak memasukkan makanan ke dalam mulut. Lapar nyah.

"Ma."

Puan Linda menggumam perlahan namun matanha masih tidak memandang wajah Qhaisara.

"Ajar adik masak boleh?" Pinta Qhaisara. Terus Puan Linda mengangkat kepala. Wajah teruja dia tunjukkan pada anak gadisnya itu.

"Betul ni?" Soal Puan Linda inginkan kepastian.

"Iyalah ma. Adik kan dah jadi isteri orang, kena lah pandai buat kerja macam ni. Taknak lah asyik harapkan abang Ayyan je masak." Puan Linda hanya mengangguk.

"Lagipun kalau abang Ayyan kerja, nanti susahlah adik nak makan kalau lapar hehe." Sambung Qhaisara lagi.

"Baguslah kalau adik fikir macam tu. Memang lah tak ada mana-mana hadis cakap semua benda tu isteri aje kena buat, tapi sebagai isteri adik kena lah jaga makan pakai suami. Itu lebih baik."

Tutur Puan Linda panjang lebar. Qhaisara yang berada di hadapannya itu hanya menganggukkan kepala sahaja.

Mama bila dah buka mulut memang tak boleh menyampuk lah. Biar aje lah dia habiskan ayat dia tu dulu.

"Ha nah. Belajar potong sayur ni dulu. Buat benda basic dulu baru boleh buat kerja lain."

"Kena start sekarang erh?"

"Sekarang lah." Papan pemotong dan besen yang dipenuhi sayur ditolak ke arah Qhaisara. Terus gadis itu mengeluh.

"Ish mama ni. Tak menyempat langsung." Qhaisara memuncungkan bibirnya. Terus pisau diambil. Susah kalau ada cikgu yang terlebih rajin ni. Harini minta nak belajar, harini juga dia buka kelas.

*•.¸♡♡¸.•*

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now