2 1

1K 68 12
                                    

"Lambat lah kau ni Shah!" Qhairil mendengus geram. Shahir yang baru sahaja melabuhkan punggung berhadapan dengannya dipandang tidak puas hati.

"Sorry lah bro. Ian demam. Kau faham lah perangai anak aku tu setiap kali demam macam mana."

Qhairil mengangguk perlahan. Nasib alasan masuk akal. Rayyan yang lagi fokus bermain dengan telefon dipandang.

"Woi!"

"Kau pehal Ril? Terjerit-jerit." Rayyan mengecilkan matanya, tajam pandangan yang dia berikan kepada sepupu merangkap abang iparnya itu.

"Kau ni dari tadi aku tengok dengan telefon je. Aku cakap tadi kau dengar tak?" Soal Qhairil dan mendapat gelengan daripada Rayyan.

"Tapi yang aku tahu kau merepek."

"Dasar jantan tak guna." Qhairil memincingkan matanya je arah Rayyan. Ikutkan hati nak je dia tumbuk-tumbuk muka lelaki di sebelahnya itu.

"Ian demam? Teruk ke?" Pandangan Rayyan beralih kepada Shahir yang dari tadi menjadi pemerhati pergaduhannya dan Qhairil.

"Tak ada lah teruk sangat. Tapi biasalah budak-budak. Susah sikit nak makan ubat tu." Rayyan mengangguk.

TOK TOK

"Masuk!" Laung Qhairil. Pintu bilik pejabatnya dibuka sebelum seorang lelaki bertubuh tegap masuk dan berdiri di hadapan mereka bertiga.

"Tengku, wakil pelabur dari syarikat Zendy Holdings dah sampai."

"Suruh dia masuk." Lelaki itu menunduk sedikit sebelum meminta diri untuk keluar. Selang beberapa saat, pintu bilik itu kembali di buka.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam- Hakimiey?" Lelaki itu terkebil-kebil seketika sebelum tersenyum. Dia berjalan mendekati tiga lelaki yang sudah berdiri itu.

"Rayyan. Jumpa lagi kita." Hakimiey menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Rayyan. Tangannya dihulurkan pula kepada Qhairil dan Shahir.

"Weh Miey! Lama siot tak jumpa kau. Sihat tak?" Shahir menepuk separa kuat bahu Hakimiey.

"Alhamdulillah, sihat je. Tak terlintas pula aku yang ni syarikat kau orang bertiga. Kecil betul kan dunia ni." Hakimiey tergelak perlahan.

"Kami bergabung syarikat. Alah macam kau tak tahu kan kitorang bertiga ni macam mana." Ujar Qhairil diselangi tawanya dan mendapat anggukan dari kedua-dua sepupunya.

"Macam kentut dengan tahi." Ujar Shahir selamba dan mendapat pukulan di bahunya.

"Jijik lah kau ni Shah." Rayyan menjeling sepupunya itu. Tak senonoh betul mamat ni.

"Eh sudahlah. Aku nak ambilkan file kerja. Kejap erh." Qhairil bangun dari duduk sebelum bergerak mendekati meja kerjanya yang berselerak dengan kertas-kertas kerjanya.

゚°☆☆° ゚

"Assalamualaikum." Rayyan melihat sekeliling rumah. Aik sunyi je. Mana pula isteri dia pergi ni. Selalu kalau dia balik kerja pasti ada saja gadis itu untuk menyambutnya.

Kunci kereta dan kunci rumah diletakkan dalam bakul kecil yang disediakan di atas meja berdekatan pintu masuk rumah.

"Abang!" Langkah Rayyan untuk ke ruang tamu terhenti apabila mendengar jeritan nyaring milik Qhaisara dari dapur. Terus lelaki itu mencapak briefcase nya ke sofa sebelum berlari ke ruangan dapur.

"Sayang?!" Rayyan yang tadinya cemas memandang pelik ke arah Qhaisara yang sudah terduduk di atas kabinet dapur. Langkahnya dibuka untuk mendekati gadis itu.

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now