3 5

2.1K 71 7
                                    

Dua tahun yang lalu...

"Qhai! Nak hujan ni. Bawa lah payung." Faqeha berjalan laju ke arah Qhaisara yang sudah siap memakai kasut untuk ke kolej. Wajah gadis kecil itu direnung olehnya.

"Alah tak hujan pun lah. Semalam pun macam ni juga kan?" Ujar Qhaisara selamba. Faqeha mengeluh kecil. Kalau dah nama Tengku Aryana Qhaisara, memang keras kepala lah orangnya.

"Suka hati kau lah. Nanti kalau hujan pandai-pandai lah ya fikir cara nak balik." Qhaisara tergelak sedikit melihat wajah muram milik rakannya itu. Terus dia mengangguk dan bangun.

"Iya Qeha. Jangan risau okay. Aku yakin lah tak hujan."

"Ya lah ya lah. Dah pergi cepat. Nanti kau lambat lagi. Tak pasal-pasal mengamuk singa tu." Faqeha terus menolak badan kecil Qhaisara keluar dari rumah.

"Kau ni tak habis-habis panggil Madam Jane tu singa." Qhaisara menggeleng sedikit sebelum melangkah keluar.

"Aku pergi dulu. Jangan rindu pula ya!"

"Takde masa lah nak rindu kau!"

゚°☆☆° ゚

"Ish mana Qhai ni! Dah pukul 5. Takkan tak habis lagi kelas." Faqeha berjalan ulang-alik di hadapan pintu biliknya. Dari tadi menunggu Qhaisara, namun bayang gadis itu langsung tidak kelihatan.

Sepatutnya kelas gadis itu sudah tamat sejam yang lepas. Namun batang hidung gadis itu masih belum kelihatan dari tadi.

"Tulah aku suruh bawa payung taknak. Degil! Ish ni mesti tersekat dekat kolej."

Faqeha menoleh ke arah jam yang berada di atas meja belajarnya sebelum mencapai tudung sarung.

Payung besar yang berada di sebelah rak kasut diambil sebelum dia bergerak keluar dan mengunci pintu bilik yang dihuninya bersama Qhaisara.

"Siap lah kau kalau aku tahu kau memang tersekat. Memang aku tunjal-tunjal dahi minah sorang tu." Bebel Faqeha seorang diri. Dia terus membuka langkah menuju ke kolej.

゚°☆☆° ゚

"Qhaisara!"

"Q-Qeha." Membulat mata gadis itu setelah melihat keadaan Qhaisara. Pantas kakinya bergerak mendekati Qhaisara yang terbaring lemah.

"S-siapa buat kau macam ni Qhai!" Badan Qhaisara yang terdedah itu ditutup dengan tudung milik gadis itu. Wajah Qhaisara yang sembab dipandang.

"A-aku kena rogol Q-Qeha." Pucat. Wajah milik Qhaisara sangat pucat. Badan milik gadis itu juga menggigil hebat.

"Ya Allah Qhai." Faqeha pantas menarik badan kecil Qhaisara masuk ke dalam pelukannya, menenangkan gadis itu. Belakang badan Qhaisara diusap lembut. Air matanya juga turut mengalir dengan laju selepas melihat keadaan kawan baiknya itu.

"Kita buat laporan polis." Qhaisara menggeleng laju. Badan Faqeha ditolak lembut.

"J-jangan Qeha. A-aku taknak keluarga aku tahu."

"Qhai! Kau kena rogol! Benda ni bukan boleh dibuat main. Kalau perogol tu buat benda sama lagi dekat kau macam mana hah?!"

Ton suara Faqeha naik seoktaf. Geram dengan sikap degil rakannya itu.

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now