2 7

1.1K 69 2
                                    

Qhaisara berjalan turun ke tingkat bawah. Kakinya terus melangkah mendekati abang dan kakaknya yang sedang berbual di ruang tamu.

"Baru bangun ke ma'am besar?" Soal Qharif bersama sengihan mengejek. Tangan kecil Qhaisara ditarik supaya gadis itu duduk di atas ribanya.

"Adik bangun awal lagi lah. Cuma perut adik sakit, tu yang malas nak turun tu." Kata Qhaisara perlahan. Qhayyim disebelah mengusap lembut pipi kemerahan milik adiknya.

"Senggugut ke? Ke salah makan?" Qhaisara hanya mengangkat bahu menjawab soalan Amylia. Jari milik Qharif dan Qhayyim dimainkan olehnya.

"Salah makan lah kut. Muntah tak henti-henti dari semalam. Tu baru elok je." Rayyan berkata perlahan. Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Haziem.

"Haa muntah?! Eii adik pregnant erh?" Shahir mengakat keningnya berkali-kali bersama sengihan nakal.

Qhaisara hanya menjeling ke arah Shahir. Leher milik Qharif dipeluk sebelum wajahnya disembamkan pada bahu lelaki itu.

"Eh dia jeling pula. Orang tanya je."

"Mengarut." Kata Qhaisara perlahan namun masih dapat didengari oleh semua.

Mereka yang berada disitu sudah mengerutkan wajah sebelum memandang ke arah Rayyan. Jelas di penglihatan mereka, Rayyan seakan ingin melarikan pandangannya dari mereka.

"Erm korang tak pernah bersama ke?" Soal Qhayyim berhati-hati. Wajah Rayyan dipandang meminta jawapan.

"Enam bulan kahwin tak pernah bersama? Seriously?" Giliran Nabila pula bersuara. Wajah Rayyan dan Qhaisara dipandang silih ganti.

Rayyan menggaru belakang lehernya yang tidak gatal. Bahu diangkat sebelum dia tersenyum nipis.

"Serious lah?! Kau yang taknak atau adik yang taknak?" Qhairil memandang Rayyan, meminta jawapan.

"Ish yang korang sibuk nak tahu kenapa?" Soal Qhaisara yang dari tadi mendiamkan diri. Menyampah pula bila dengar soalan tak semengah dari abang dan kakaknya itu.

"Itu pun nak marah ke?" Soal Qhairil mendatar. Wajah adiknya ditatap tidak puas hati.

"Sibuk je."

"Haa dah tak payah gaduh. Baik tolong kemas rumah. Dah pukul 3 ni. Takut tak sempat pula." Puan Nuraini yang baru sahaja keluar dari dapur memandang satu-persatu wajah anak serta anak saudaranya.

Hari ini keluarga mereka akan mengadakan kenduri doa selamat. Itu yang semua berkumpul di villa milik keluarga mereka. Maklum lah di situ sahaja tempat untuk keluarga mereka berkumpul.

"Adik duduk sini jelah erh. Rehat je. Kitorang nak kemas ruang tamu." Syafiq mengusap lembut kepala milik Qhaisara. Gadis itu pula hanya mengangguk, mengiyakan saja arahan abang sepupunya itu.

゚°☆☆° ゚

"Kau cakap tadi dah ramai? Asal macam aku sorang je baru sampai ni?" Hakimiey melilar memandang sekeliling kawasan villa Shahir sebelum memandang pelik ke arah lelaki itu yang sudah tergelak sakan.

"Kau ni lurus lah. Yang percaya tu kenapa?" Soal Shahir dengan sisa tawanya.

"Hah?"

"Aku saja je cakap macam tu sebab nak kau sampai awal." Hakimiey membuat muka datar. Dasar, terkena dia.

"Hehe dah jangan risau lah. Kawan-kawan baba dengan pakcik aku dah ada dekat dalam. Jom masuk." Hakimiey mengeluh perlahan melihat ke arah Shahir yang sudah berjalan meninggalkannya. Terus saja dia membuntuti langkah lelaki itu masuk ke dalam villa.

"Angah! Tengok achik ni!" Jerit Qhaisara kuat. Terus saja dia duduk diantara Qhayyim dan Rayyan. Qhairil pula sudah tergelak melihat wajah cemberut milik adiknya.

"Sayang jangan lah jerit. Malu lah kat tetamu."

"Entahnya. Dah lah suka mengadu." Qhairil menjelirkan lidahnya ke arah Qhaisara. Terus saja dia mendapat pukulan di bahu oleh Amylia.

"Kau pun sama je achik. Kalau sehari tak kacau adik memang tak sah kan?!" Qhayyim mencerlung tajam wajah milik adik lelakinya. Kalau mengusik adik bongsu mereka tu memang kerja Qhairil sajalah.

"Alah angah ni. Suka sangat backup adik." Qhairil menjeling wajah abang keduanya sebelum pandangannya beralih pada dua orang lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.

"Oit Kimiey! Awal kau sampai!"

Semua yang berada disitu terus menoleh ke arah Shahir dan Hakimiey yang berjalan menuju ke arah mereka. Lelaki itu tersengih sebelum padangannya beralih ke arah seseorang.

"Aku cakap yang orang dah ramai. Terus dia pecut datang sini. Sekali kena tipu hahaha."

"Lain kali jangan percaya sangat dekat dia ni. Menipu orang nombor satu." Tutur Rayyan. Hakimiey menggaru belakang lehernya.

"Angah. Adik nak naik bilik dulu erh. Perut adik macam memulas balik lah." Kata Qhaisara perlahan seakan berbisik dengan abang keduanya.

"Teruk ke sakit tu? Angah tengok muka adik pucat semacam je." Qhayyim pamer riak risau ke arah Qhaisara. Bukan biasa-biasa pucat dia ni.

"Okay je angah. Kalau adik baring nanti dia baik lah." Ujar Qhaisara.

Mendapat sahaja anggukan dari Qhayyim, terus sahaja Qhaisara bangun. Dia perlahan-lahan berjalan menuju ke arah tangga.

"Adik nak pergi mana?" Haziem yang dari tadi mendiamkan diri memandang ke arah Qhayyim.

"Bilik. Perut dia sakit balik."

Hakimiey hanya memandang ke arah tangga. Terbit satu senyuman sinis diwajahnya apabila teringat wajah Qhaisara yang pucat tadi.

'Let's start the game, babygirl.'

*•.¸♡♡¸.•*


Jeng jeng jeng!
Ha siapa Hakimiey sebenarnya?
Kalau rajin esok update lagi. Hekhek
Bye. Muah! <33

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now