BUK!
BUK!
"Woi! Kut ya pun marah, jangan lah sampai sakitkan diri sendiri!" Shahir menarik kasar lengan kekar Rayyan, menjauhkan lelaki itu dari terus menumbuk punching bag yang berada di hadapannya. Matanya sempat menjeling tangan Rayyan yang sudah kemerahan akibat tumbukan yang kuat.
"Kau berdua buat apa dekat sini?" Rayyan tajam memandang kedua sepupunya yang berdiri di hadapannya.
Sekarang dia hanya perlukan masa untuk bersendirian sahaja. Tidak mahu sesiapa kacau waktu dia. Hati dia masih sakit apabila mengenangkan perkara yang dilihatnya tadi.
"Apa guna kitorang ni jadi sepupu merangkap kawan baik kau kalau kitorang takde waktu kau susah." Ujar Shahir. Qhairil disebelahnya hanya diam. Tidak mahu masuk campur.
Rayyan mengeluh perlahan sebelum duduk di bangku yang sudah tersedia di dalam gym itu. Wajahnya diraup kasar. Kepala serabut memikirkan masalah yang dihadapinya tika itu.
"Sabar lah Ayyan. Kita bincang elok-elok." Shahir masih lagi cuba memujuk. Bahu Rayyan yang terdedah itu ditepuk lembut, menyalurkan semangat kepada lelaki itu.
"Kau kenapa diam je? Rasa bersalah? Ke kau nak marah aku sebab tinggalkan adik kau macam tu je." Soal Rayyan apabila perasan Qhairil hanya diam sedari tadi.
"Tak. Aku cuma tak tahu nak cakap apa. Gambar tu..."
"Antara percaya atau tidak?" Qhairil mengangguk perlahan. Dia masih terkejut melihat gambar tidak senonoh antara Qhaisara serta Hakimiey.
Keadaan sunyi diantara mereka buat seketika. Masih mencerna segala perkara yang berlaku tadi.
"Macam mana keadaan rumah lepas aku pergi tadi?"
"Papa halau adik. Dia marah sangat sampai tak nak tengok muka adik." Ujar Qhairil sedikit kecewa.
Lagi kecewa apabila mereka langsung tidak menolong atau menghalang Qhaisara waktu itu.
"Habistu?"
"Adik keluar rumah and tak tahu pergi mana. Dia keluar dalam hujan tadi."
"What?!" Rayyan memandang tidak percaya kedua sepupunya itu. Balik dalam hujan? Jalan kaki?
"Aku balik rumah dulu." Rayyan terus bergerak ke arah loker yang disediakan buat pengunjung gym itu. T-shirt disarungkan di badannya semula sebelum dia mengambil segala barangannya. Selepas memastikan kesemua sudah diambil, terus dia berlari keluar dari gym itu.
Qhairil dan Shahir hanya memerhati tingkah laku sepupu mereka itu. Senyuman nipis terpancar pada wajah kedua mereka.
"Tahu pula dia nak risau."
"Dah sayang bro."
゚°☆☆° ゚
"Jadi diorang dah tahu?" Soal Faqeha lembut. Bahu Qhaisara diusap lembut olehnya. Cuba untuk menenangkan kawan baiknya itu.
Qhaisara menggeleng perlahan kepalanya. Wajah milik Faqeha ditatap sayu olehnya. Air mata yang tadi sudah kering kini kembali bertakung di tubir matanya.
"M-macam mana aku nak explain. Muka a-aku pun diorang taknak t-tengok." Tersedu-sedan Qhaisara menceritakan hal itu.
Faqeha mengeluh perlahan sebelum menarik tubuh genit Qhaisara masuk ke dalam dakapannya. Selesa dengan keadaan itu membuatkan air mata Qhaisara semakin laju turun dari tubir matanya.
Zafran yang baru sahaja keluar dari dapur hanya memandang simpati ke arah Qhaisara yang berada dalam dakapan isterinya. Cawan yang berisikan air coklat panas diletakkan di atas meja berhadapan kedua gadis itu.
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...