3 9

2.1K 73 0
                                    

CUP

CUP

Rayyan mencium seluruh wajah isterinya sebelum berhenti pada bibir gadis itu. Terkekek suka Qhaisara diperlakukan sebegitu. Leher milik Rayyan dipeluk erat olehnya.

Rayyan tersengih memandang wajah manis Qhaisara sebelum dia mencium pipi gadis itu bertalu-talu.

"Abang, stop it." Dada Rayyan ditolak lembut apabila bahang pada wajahnya kian terasa. Dia cebikkan bibir apabila Rayyan tidak mendengar arahannya. Makin dicium adalah.

"Thank you sayang!" Qhaisara menarik senyum sebelum wajahnya disembamkan pada bahu Rayyan. Kedudukannya sekarang berada atas riba suaminya. Kaki elok berlingkar pada pinggang lelaki itu.

"Abang suka?" Soal Qhaisara. Pantas Rayyan mengangguk sebelum badan gadis itu dipeluk erat. Tidak henti dia mengucapkan syukur selepas sahaja doktor mengesahkan bahawa isterinya itu sedang hamil.

Paling tidak sangka, muntah serta pening yang dialami selama ini sebenarnya alahan orang mengandung. Tapi yang dapatnya dia dan bukan Qhaisara.

"Lama abang tunggu saat ni tau." Rayyan berkata teruja. Qhaisara mengangkat kepala memandang wajah bercahaya suaminya. Terus bibir dilabuhkan pada kedua belah pipi lelaki itu.

"8 months to go, sayang. And soon kita bakal jadi papa dan mama."

Qhaisara hanya tersenyum melihat keterujaan suaminya. Dia tahu yang Rayyan sudah lama menginginkan anak, namun lelaki itu hanya diamkam diri sahaja. Mungkin kerana faktor dia sentiasa mengelak ketika ingin bersama.

Rambut Rayyan yang sedikit serabai dibetulkan. Pipi lelaki itu diusap sayang. Suka dia lihat suaminya itu gembira.

"Happy tu happy juga, ubat jangan lupa makan tau. Badan abang panas lagi." Ujar Qhaisara. Terus mati senyuman Rayyan tadi. Mata tajam memandang Qhaisara sebelum bibir dicebikkan.

"Sayang ni. Tak payah lah mention ubat. Tak suka lah."

"Oh tak suka ya. Time kita demam dulu kemain dia paksa, siap ugut lagi bila nak suruh makan ubat. Sampai turn dia-"

CUP

"Abang!" Qhaisara mengemam bibirnya. Ei suka sangat cium orang.

"Sayang ni suka bebel lah."

"Sara cakap benda betul tau! Tak kira, lepasni makan ubat!" Qhaisara bersuara tegas. Baru sahaja dia ingin bangun, namun Rayyan lebih pantas menghalang. Rangkulan pada pinggang gadis itu dieeratkan.

"Sayang marah abang ke?" Soal Rayyan manja. Bibir dicebikkan. Qhaisara menggelengkan kepala melihat gelagat suaminya.

Ha ni dah kenapa? Perubahan emosi ke? Siapa yang mengandung sekarang ni?

Tangan Qhaisara naik mengusap pipi Rayyan. Wajah sedikit pucat suaminya itu ditatap sayang. Untung dia dapat suami seperti Rayyan. Walaupun kadang-kadang annoying.

"Sara tak marah abang. Sara cuma nak abang makan ubat je. Sara nak abang cepat sihat. Tak suka lah tengok abang asyik sakit je." Giliran Qhaisara pula mencebik.

"Kalau abang sakit macam ni, siapa nak jaga Sara?" Rayyan mencium bibir muncung Qhaisara sebelum dia tersenyum.

"Iya lah. Nanti abang makan ubat ya. Dah tak nak muncung muncung lagi." Qhaisara angguk.

"Jom naik atas. Mandi lepastu rehat tau. Makan malam nanti Sara order grab jelah erh?" Qhaisara tersengih dengan muka tidak bersalah.

Dia bukannya malas, tapi dia tidak larat untuk memasak. Kalau masak pun apa je dia tahu. Nasi goreng, nasi goreng dan nasi goreng. Yang pelik pelik memang fail teruk.

"Takpe abang masak kejap lagi. Sekarang jom naik!" Badan kecil Qhaisara dicempung olehnya. Qhaisara tersengih suka apabila dirinya didukung oleh Rayyan. Macam tahu-tahu aje dia malas nak berjalan.

Wajah disembamkan pada leher suaminya. Haruman maskulis lelaki itu dihidu. Mengambil kesempatan dalam kesempitan.

"I love you, Tengku Rayyan Haqiem."

゚°☆☆° ゚

"Ha Ayyan. Okay tak tu?" Soal Puan Fatimah selepas melihat cucunya itu duduk dikerusi. Wajah pucat tidak bermaya lelaki itu ditatap.

Rayyan mengangguk lemah sebelum kepalanya dilentokkan pada bahu Qhaisara. Mata ditutup rapat, cuba untuk menghilangkan pening yang dirasai tika itu.

Qhaisara disebelah tersenyum nipis sebelum tangan naik mengurut kepala lelaki itu. Dari semalam asyik muntah aje. Mesti suaminya itu penat.

"Adik yang pregnant, kau pula yang melebih." Ujar Qhairil. Dia tergelak perlahan melihat keadaan Rayyan. Kesian betul.

"Apa yang Ayyan rasa ni sikit je tau kalau nak dibandingkan dengan sakit yang adik rasa untuk lahirkan anak dia nanti." Ujar Puan Amina kepada anak saudaranya itu.

"Betul tu. At least dia dapat rasa sakit tu walaupun sikit." Terdiam semua lelaki disitu. Qhayyim pula hanya tersenyum nipis melihat sepupu-sepupu lelakinya itu.

"Lagipun orang tua-tua ada cakap, kalau suami yang dapat alahan time isteri mengandung, maknanya si suami betul-betul sayangkan isteri dia. Betul tak opah." Sampuk Shahida. Wajah Puan Fatimah ditatap meminta jawapan.

"Sayang tu sayang juga. Tapi seksa nak kema hadap." Rayyan berkata dengan suara seraknya. Kepala sudah diletakkan di atas riba Qhaisara, menyuruh gadis itu untuk memicit kepalanya yang kian sakit.

"Alah okay lah tu. Kalau adik dapat lagi lah seksa."

"Tapi Ayyan punya ni nampak lah teruk sikit. Tak macam abang Yim dulu." Qhayyim bersuara selepas lama dia mendiamkan diri.

"Angah tu alahan lebih kepada nak marah orang je." Cantas Qhairil, terus mendapat jelingan dari abang keduanya itu. Dia tersengih tidak bersalah.

Qhaisara tergelak perlahan mendengar ulahan dari abang serta kakaknya. Kepala ditundukkan melihat Rayyan yang sudah tertidur di atas ribanya. Tersenyum nipis terbit pada wajah gadis itu apabila melihat wajah polos suaminya waktu itu.

Rambut Rayyan diraup sebelum pipi suaminya itu diusap. Baru sekarang suaminya itu dapat tidur lena. Kalau nak dibandingkan dengan semalam, asyik ulang-alik ke tandas semata-mata untuk membuang isi perutnya.

"Rest well, abang." Bisik Qhaisara perlahan, cukup untuk dirinya sahaja dengar.

*•.¸♡♡¸.•*

Hai. Thankyou untuk 4k readers. Thankyou juga kepada yang setia tunggu story entah apa apa dari saya. Btw story ni ada satu chapter lagi ya. Dah nak habis dah. Saya tahu macam tiber tapi takpelah HAHAHA.

Enjoy reading kesayangan saya. Loviuuu <33

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now