0 9

1.3K 76 3
                                    

"Ayyan!" Rayyan mengangkat kepala, memandang gerangan yang memanggil namanya.

"Ril? Shah? Buat apa kat sini?" Rayyan mengangkat sebelah kening.

"Amboi. Tak boleh ke kitorang datang lepak sini?" Shahir memandang Rayyan. Dia sempat memberikan jelingan kepada sepupunya itu.

"Aku tanya je nyah."

"Wafiey cakap kau tak ada apa-apa appointment lepasni. Lunch sama-sama jom. Lepastu kita pergi site. Tinjau kawasan." Qhairil menjongket keningnya berkali-kali.

"Erm boleh la. Jap aku nak kemas barang." Kertas-kertas kerja yang bersepah di atas meja dikemaskan oleh Rayyan. Dia mengambil telefonnya lalu di masukkan ke dalam kocek.

"Kalau nak pergi site, tak balik la office lepasni kan?" Shahir memandang kedua sepupunya.

"Haah. Lagipun aku memang free harini. Itu yang aku ajak kau ngn Ayyan lepak. Bosan tho. Menyesal pula aku masuk office harini."

Rungut Qhairil. Kalau dia tahu la tak ada appointment harini, baik dia duduk rumah je. Main dengan anak ke, bawa anak jalan-jalan ke.

Ketiga-tiga mereka berjalan beriringan keluar dari office milik Rayyan.

"Weh minggu depan balik kampung jom. Dah lama sangat kita tak balik kan. Asyik aki dengan opah je datang sini. Rindu la suasana kampung."

Shahir memberi cadangan. Sejak masing-masing sibuk bekerja, mereka makin jarang pulang ke kampung. Kalau balik pun hanya beberapa orang sahaja.

"Boleh juga. Nanti bincang dengan yang lain jom. Balik ramai-ramai. Kalau kita-kita je macam tak best pula." Rayyan mencelah.

"Okay boleh. Nanti aku bagitau dalam group chat kita. Aku tak kira, aku nak semua ikut. Kalau tak aku pancung kepala sekor-sekor."

"Ceh kau Ril. Cakap je lebih." Shahir menjeling Qhairil yang berdiri bersebelahan dengannya. Cakap besar. Kena jeling dengan Qharif pun kecut.

"Diam arh kau. Tumbuk kang."

"Sudah-sudah. Jom duduk. Cepat kita makan, cepat kita gerak pergi site." Rayyan menarik tangan sepupunya untuk duduk di hujung cafe itu. Kalau diabiarkan, sampai cafe tutup pun tak habis tu.

"Cepat gerak pergi site, cepat kita balik. Cepat la aku boleh jumpa anak bini aku." Shahir berkata teruja.

Rayyan dan Qhairil hanya menggelengkan kepala mereka melihat telatah Shahir. Umur sama tapi perangai ya Allah, jauh betul beza. Shahir ni tak padan dengan bapak orang, tapi perangai macam budak-budak. Qhairil pula kejap okay kejap macam orang kurang siuman. Risau kadang-kadang.

"Macam budak-budak. Petang nanti kau pergi tak rumah Paklang?" Soal Qhairil. Wajah Shahir ditatap olehnya.

"Pergilah. Dah semua ada kat sana. Kalau tak pergi kang ada kena pancung dengan mak-mak kita tu." Shahir berkata selamba. Sudah masak dengan perangai mak-mak mereka tu. Kalau ada yang kurang time keluarga berkumpul, ha siapkan telinga. Confirm bebel panjang lebar.

"Dah dah. Jom order. Harini Shah belanja." Selamba Rayyan berkata. Terus dia bangun dan berjalan ke arah kaunter diikuti dengan Qhairil.

"Mantop. Aku nak order makanan paling mahal."

"Woi woi tak payah nak mengada." Shahir terus mengejar langkah kedua sepupunya. Bukan boleh percaya mamat dua ekor ni.

゚°☆☆° ゚

"Semua dah sampai ke?" Rayyan memandang kesemua kereta yang diparkir di hadapan rumah keluarganya.

"Tu la abang, tadi Sara suruh gerak awal abang taknak. Nak tidur dulu la apa la." Bebel Qhaisara. Tangan disilangkan di dada. Naik geram pula dia bila ingatkan kejadian di rumah tadi. Suruh orang bersiap awal, sekali dia pula boleh tidur berdengkur dalam bilik.

Rayyan menoleh sekilas ke arah Qhaisara. Tangannya naik mencubit pipi kemerahan milik gadis itu.

"Tak payah nak membebel la makcik Sara oi. Ya abang tahu salah abang. Halah halah cium kan." Rayyan menjeling manja isterinya itu. Qhaisara disebelah sudah pasang riak tidak puas hati. Amboi panggil makcik erh.

"Apa abang panggil Sara? Makcik? Hello Sara muda lagi okay. Lain la abang, dah tua."

"Hello~ kita beza 5 tahun je tau. Tak ada maknanya abang dah tua." Rayyan beriak gedik. Meniru gaya isteri kecilnya itu bercakap.

"Ish menyampah la dengan abang ni. Dah lah Sara turun dulu. Malas layan abang." Pintu belah penumpang dibuka. Terus Qhaisara keluar meninggalkan Rayyan yang sudah tergelak besar di dalam kereta. Suka la tu dapat ejek Qhaisara.

゚°☆☆° ゚

"Sumpah tho. Siapa tak cuti minggu depan memang aku smackdown dia sampai jumpa ajal masing-masing." Shahir memeluk tubuh. Matanya dikecilkan memandang satu-persatu wajah sepupu-sepupunya.

"Iya Shah. Kitorang cuti. Puas hati?" Qhayyim memasang riak menyampah. Dari tadi duk ulang ayat sama. Nasiblah dia seorang penyabar, kalau tidak memang dah bisu adik sepupunya yang seorang ni kena dengan dia.

"Macam tu la. Kita surprise kan aki dengan opah dekat kampung okay?"

"Uwaa tak sabar la. Dah lama tak balik kampung!" Nabila menjerit teruja. Rindu pula dia dengan suasana kampung, rindu nak mandi sungai, main dekat sawah. Tempat di mana mereka semua membesar.

"Laki bini sama je perangai." Syafiq menggelengkan kepala. Penat melayan telatah dua ketul manusia ni. Layan anak dengan anak buah pun tak macam ni.

*•.¸♡♡¸.•*

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now