8 bulan kemudian...
"Mama." Qhaisara perlahan-lahan berjalan masuk ke dapur. Perutnya yang membulat itu diusap lembut. Kandungannya kini sudah berusia 9 bulan. Tunggu masa sahaja untuk anaknya lahir.
"Ya Allah adik. Kenapa masuk dapur ni? Kan mama dah pesan duduk je kat sofa tu. Kalau nak apa-apa panggil. Kalau jatuh macam mana hah?" Bebel Puan Linda. Tangan anak bongsunya ditarik untuk duduk di kerusi yang tersedia di kitchen island.
"Adik dah panggil lah. Mama tak dengar." Qhaisara mencebik. Tangannya setia mengusap perut bulatnya.
"Nak apa ni?" Soal Puan Linda. Dia kembali melakukan kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.
"Lapar." Ujar Qhaisara manja. Belakang tubuh Puan Linda ditatap. Berharap mamanya itu kesian kepadanya.
Puan Linda memusingkan badan menghadap anak bongsunya itu. Senyuman terukir buat gadis itu.
"Baru je kejap tadi makan, dah lapar balik?" Qhaisara angguk perlahan. Sengihan ditunjukkan.
Sejak dia mengandung ni, 24 jam asyik lapar aje. Kalau boleh setiap saat mulutnya itu ingin mengunyah sesuatu. Takpe, lepas bersalin nanti dia diet balik.
"Jap ya. Sikit lagi nak masak ni. Pergi tunggu dekat depan sana. Nanti dah siap mama bawa keluar." Qhaisara pantas mengangguk. Terus dia berjalan terkedek-kedek keluar dari dapur.
Puan Linda hanya menggelengkan kepala memandang anak gadisnya itu. Nasib sayang, kalau tak dah lama buat tak layan.
゚°☆☆° ゚
"Lenguh lagi?" Soal Rayyan. Tangan tidak berhenti mengurut kaki isterinya yang sedikit bengkak.
"Sikit." Ujar Qhaisara.
Rayyan tanpa banyak soal terus melumurkan sedikit minyak panas pada telapak tangannya sebelum bertindak untuk mengurut kaki Qhaisara. Qhaisara pula hanya tersenyum melihat suaminya. Sweet!
"Adik harini banyak sangat jalan. Itu yang lenguh kaki dia tu." Lapor Syafiqa. Wajah cemberut adiknya ditatap sekejap sebelum dia tergelak.
"Mana ada."
"Ramai saksi tau adik." Ujar Qharif pula. Dia melabuhkan punggung bersebelahan dengan isterinya.
"Along ni tak sporting langsung. Backup lah adik." Qhaisara tarik muncung panjang. Terus terletus tawa semua yang berada di situ.
"Bila due adik?" Soal Maisara. Wajah Qhaisara dan Rayyan dipandang meminta jawapan.
"Lagi 4 hari." Jawab Rayyan. Qhaisara angguk perlahan. Muka yang sedikit berkerut cuba ditahannya.
"Tak lama dah lah. Nak jadi bapak orang dah kau Ayyan. Tak sangka aku. Kejap je masa berlalu, rasa macam baru semalam kau lahir- aduh." Qhairil menggosok belakang kepalanya yang baru sahaja dipukul. Wajah milik Qharif ditatap tidak puas hati.
"Kau kenapa, along?!"
"Kau tu merepek apa. Kesian Adelia ada bapak bangang macam kau ni." Ujar Qharif selamba. Terus sahaja dia mendapat jelingan maut dari adik nya itu.
"Lagi kesian anak-anak kau dapat bapak perangai tak semengah macam kau." Qhairil membidas.
"Tak semengah apa? Perangai aku lagi elok dari kau tau."
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...