2 2

1K 66 11
                                    

"Abang. Tak boleh ke Sara ikut sekali." Qhaisara membuat riak wajah comel di hadapan Rayyan. Lelaki itu pula hanya tersenyum.

Sudah hampir sejam Qhaisara cuba untuk memujuknya. Dan jawapan yang dia berikan tetap sama.

"Tak boleh sayang. Kerja abang yang ni bukan macam yang dekat Sabah haritu. Yang ni lagi sibuk. Lagipun abang pergi dengan achik dan abang Shah."

Qhaisara memuncungkan bibirnya. Majuk kan!

"Kak Bel dan kak Amy pun tak ikut juga. Kitorang pergi bertiga aje. Sara duduk rumah mama erh? Tiga hari je tak lama pun."

Rayyan mengusap lembut kepala Qhaisara. Qhaisara mengangguk perlahan.

"Yelah yelah. Abang ni kedekut lah." Qhaisara menjeling manja suaminya. Kepalanya kembali dilentokkan di atas riba Rayyan.

"Hm iyalah. Kita ni kedekut. Semua yang dia nak kita tak bagi kan. Yelah faham."

Rayyan berkata pasrah. Terletus tawa milik Qhaisara mendengar kata-kata yang terpancul keluar dari mulut suaminya itu. Kepala didongakkan memandang wajah kacak Rayyan yang sudah memuncung.

"Ee tak malu. Dah tua tua pun nak merajuk." Qhaisara tersengih manja apabila mendapat jelingan maut daripada Rayyan. Ish budak kecik ni suka sangat panggil kita orang tua.

"Dah lah. Abang nak pergi kemas barang. Layan Sara ni sampai ke sudah tak habis." Rayyan yang baru sahaja ingin bangun kembali terduduk apabila Qhaisara menolaknya. Wajah cantik Qhaisara ditenung geram.

"Duduk sini diam-diam. Bagi Sara bermanja dengan abang dulu. Tiga hari kut abang nak tinggalkan isteri comel abang ni. Nanti kalau rindu macam mana."

Kata Qhaisara sedikit manja. Cincin perkahwinan yang tersarung cantik di jari Rayyan dimain olehnya.

Rayyan tergelak perlahan. Tangannya naik mengusap lembut rambut panjang milik Qhaisara. Ada ada aje lah budak kecik ni.

"Kenapa makin mengada ni hm?"

"Biarlah. Mengada dengan suami sendiri. Ke abang nak Sara mengada dengan orang lain." Qhaisara menjongketkan keningnya berkali-kali. Sengihan nakal mula terbit di wajah gadis itu.

"Amboi Puan Qhaisara. Dah ada angan-angan nak cari orang lain ke macam mana?"

Qhaisara sengih segaris dan menggeleng. Dia mula bangun dari duduk di atas lantai lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan suaminya.

"Nanti kalau nak keluar dengan kak Bel ke kak Amy ke pergi jelah. Abang izinkan. Tapi kalau dengan lelaki lain tak boleh." Rayyan mengecilkan matanya. Sengaja beriak garang. Badan kecil milik Qhaisara ditarik lembut merapatinya.

"Nak keluar dengan lelaki mana nya abang. Kalau ada pun dengan along atau angah aje lah." Qhaisara membuat muka cemberut. Tak percaya kita ke apa ni?

"Mana tahu kan- aduh!"

"Abang ni tak percayakan Sara ke!" Qhaisara memeluk tubuhnya. Wajah Rayyan dipandang tidak puas hati.

"Gurau je sayang. Jangan lah serious sangat sampai cubit abang. Sakit tau."

"Sorry." Lengan Rayyan yang memerah kerana cubitannya itu dicium sekilas sebelum diusap lembut.

Rayyan menggeleng perlahan kepalanya melihat telatah isterinya. Comel aje. Kan ada juga dia sumbat dalam bagasi bawa sekali pergi kerja nanti.

゚°☆☆° ゚

"Kakak betul ni taknak ikut sekali?" Soal Nabila inginkan kepastian. Wajah kakaknya itu ditatap.

"Iya. Kau orang pergi aje lah berempat. Kakak duduk rumah je dengan mama." Ujar Maisara lembut. Dia malas sebenarnya nak keluar. Lagi-lagi bila keluar dengan 4 ketul ni. Mahunya huru-hara.

"Okay lah kalau macam tu. Kita orang gerak dulu tau. Assalamualaikum."

Nabila, Amylia, Shahida dan Qhaisara mula bergerak keluar dari rumah agam milik Tuan Radzif dan menuju ke arah kereta BMW milik Nabila.

"Dah minta izin suami ke semua ni?" Soal Amylia bersama senyuman senget. Wajah Shahida dan Qhaisara yang berada di tempat duduk belakang dipandang.

"Dah kak."

"Kalau dah bagus. Jadi apa lagi. Jom lah kita shopping habiskan duit suami!" Amylia menggelengkan kepalanya mendengar kata-kata Nabila. Itu aje lah yang engko tahu Jenab.

Nabila tersengih sedikit menampakkan barisan giginya ke arah Amylia sebelum memulakan pemanduannya. Kereta BMW miliknya mula bergerak membelah jalan menuju ke pusat membeli belah.

゚°☆☆° ゚

"Kak Bel ni memang betul-betul habiskan duit suami ke apa?" Soal Shahida sebaik sahaja dia dan Qhaisara berjalan mendekati Nabila dan Amylia yang sedang minum di salah sebuah restaurant yang terdapat dalam mall itu.

"Suami dah bagi greenlight. Jadi kita kena lah gunakan dengan baik."

"Bab shopping nombor 1 kan kak Bel ni." Qhaisara membuat muka cemberut.

Kalau keluar shopping dengan kakaknya yang ini, berjam-jam lah jawabnya. Dia umpama kau masuk watson lepastu tak jumpa pintu keluar. Ha macam tu kalau keluar shopping dengan seorang Tengku Ariyana Nabila.

"Ni kak. Ida nak pergi tandas kejap dengan adik. Tolong tengok kan barang kita orang jap."

"Iya lah. Kak Amy dengan kak Bel tunggu sini jela ya." Shahida mengangguk sebelum menarik tangan Qhaisara mengikutinya.

"Kak Ida. Adik tunggu akak dekat kedai depan tu erh. Nak tengok-tengok barang sikit." Pamit Qhaisara.

"Okay. Jangan pergi jauh sangat tau. Nanti senang kak Ida nak cari."

"Okay boss. Dah pergi sana. Kan nanti terkuncil dekat sini." Qhaisara menolak lembut badan Shahida sambil tertawa perlahan. Shahida pula sudah memasang wajah cemberut. Dasar adik.

Melihat sahaja Shahida sudah menuju ke tandas, terus sahaja kaki Qhaisara melangkah ke arah kedai yang menjual pelbagai jenis cenderamata.

Keychain yang tergantung kemas di tempatnya itu dibelek satu persatu.

"R.A." Qhaisara tersenyum manis apabila melihat ke arah satu keychain yang terukir cantik huruf R dan A. Rayyan dan Aryana.

Beberapa keychain yang dipilihnya itu terus dibawa ke kaunter untuk membuat bayaran. Selesai sahaja membayar, terus kakinya melangkah keluar dari kedai itu.

Kaki dihayunkan untuk ke tandas. Mencari kelibat kakak sepupunya. Namun hanya untuk beberapa langkah sahaja Qhaisara bergerak sebelum badannya menjadi kaku.

Wajah lelaki yang tersenyum sinis dihadapannya dipandang takut-takut.

"Miss me, sayang?"

Jantung milik Qhaisara berdegup laju apabila melihat lelaki itu mula berjalan merapatinya. Matanya yang kabur disebabkan oleh air mata tidak dihiraukan. Dalam fikirannya sekarang hanya memikirkan cara untuk melarikan diri dari lelaki itu.

"I dah lama cari you, Qhai."

"J-jangan dekat, Daniel." Qhaisara berkata perlahan. Dadanya tiba-tiba sahaja menjadi sesak tatkala tangan lelaki itu mengusap lembut pipinya.

"I akan datang balik untuk dapatkan you, Qhai. Just wait and see."

Itu sahaja kata-kata yang Qhaisara dengar buat kali terakhir sebelum duniaanya berubah menjadi gelap.

*•.¸♡♡¸.•*

Maaf ya anak-anak sekalian sebab update lewat dari biasa. Seketul saya yang comel ini terlalu sibuk dan kekeringan idea sekarang ni. Ni pun saya dah perah otak macam kain buruk dah nak update. Maaf kalau hambar ya. Jangan lupa votes dan komen. Loviu<33

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now