3 8

2.1K 74 0
                                    

Empat bulan kemudian...

Rayyan menolak kasar pintu pejabat Shahir. Kakinya terus melangkah mendekati sofa yang tersedia dalam ruangan itu sebelum dia merebahkan diri di situ.

Qhairil, Shahir dan Haziem memandang pelik Rayyan yang sudah berbaring di atas sofa dengan matanya yang tertutup. Terus mereka bertiga mendekati tempat itu.

"Kau kenapa Ayyan? Dari bilik meeting tadi aku tengok kau ni tak bermaya."

"Haah lah bang. Muka kau pun pucat tu." Rayyan hanya diam, tidak menjawab mahupun membalas apa-apa.

Shahir yang duduk berdekatan dengan Rayyan terus bangun mendekati lelaki itu. Tangannya diletakkan di atas dahi Rayyan, merasa suhu lelaki itu.

"Kau demam ni Ayyan. Panas gila badan kau ni." Shahir memaparkan wajah risau.

"Aku okay lah. Kepala aku je pening sikit." Ujar Rayyan perlahan. Tangan naik mengurut pelipisnya apabila terasa sakit di bahagian itu. Matanya dipejam rapat, memaksa diri untuk tidur.

"Kau stress kut Ayyan." Tebak Qhairil.

"Takde maknanya lah stress. Faktor cuaca je ni." Qhairil menggulingkan bebola matanya. Ada je jawapan dia.

"Aku nak tidur kejap, nanti kejutkan boleh?"

"Tak payah tidur sini. Jom Ajiem bawa pergi klinik sebelum hantar balik." Haziem menawarkan diri. Dia mula mendekati abangnya.

"Tak payah lah. Aku malas nak pergi klinik." Kata Rayyan.

"Degil lah kau ni." Marah Shahir.

"Dah jom lah." Rayyan cuba bangun. Namun belum sempat dia berdiri tegak, tubuhnya jatuh kedepan. Mujur sahaja Shahir dan Haziem sempat menyambutnya.

"Kau betul ke okay ni?" Soal Qhairil bernada risau. Wajah Rayyan yang pucat ditatap. Risau betul lihat keadaan lelaki itu.

Rayyan hanya menggumam perlahan. Dia hanya membiarkan Haziem dan Shahir memapah dirinya keluar dari situ.

゚°☆☆° ゚

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Qhaisara mendekati pintu.

"Allahuakbar. Kenapa dengan abang Ayyan ni?" Soal Qhaisara risau. Tangan sebelah kiri Rayyan diletakkan di atas bahunya, membantu Haziem memapah suaminya.

Kedua mereka terus berjalan ke arah sofa. Usai meletakkan Rayyan disitu, terus Qhaisara memandang Haziem, meminta jawapan.

"Abang Ayyan pening. Badan dia pun panas tu. Nanti adik suruh dia makan ubat tau. Nak bawa pergi klinik, dia pula taknak." Qhaisara mengeluh perlahan sebelum mengangguk.

"Kenapa?"

"Kenapa apa?"

"Adik mengeluh?" Haziem mengangkat sebelah keningnya.

"Abang Ayyan ni lah. Degil! Adik memang tak bagi dia pergi kerja tadi, tapi ikutkan juga keras kepala dia tu!" Rayyan hanya mendengar bebelan isterinya itu. Nak menjawab tapi tak larat.

"Dari pagi ke abang tak sihat?" Qhaisara angguk. Haziem menggeleng kepalanya. Abangnya dipandang tajam.

"Eh dah lah. Abang Ajiem balik dulu tau. Nanti apa-apa call je."

"Okay."

゚°☆☆° ゚

"Uwerk!"

Qhaisara mengeluh perlahan memandang Rayyan yang terbongkok-bongkok di hadapan singki, memuntahkan segala isi perutnya.

Kaki melangkah mendekati suaminya. Belakang leher lelaki itu diurut lembut, menghilangkan rasa mual.

"Jom lah kita pergi klinik. Dah 3 hari tau abang asyik muntah macam ni. Demam abang pun tak kebah-kebah lagi." Ujar Qhaisara risau.

Rayyan menggeleng. Badan Qhaisara dipeluk sebelum dia menyembamkan mukanya pada ceruk leher gadis itu.

"Penat..." Meleret suara serak milik Rayyan mengutarkan ayat itu. Qhaisara senyum nipis. Rambut suaminya diusap.

"Kita pergi klinik, okay?" Lembut suara Qhaisara memujuk suaminya. Badan tegap Rayyan ditolak perlahan. Wajah pucat lelaki itu ditatap.

"Jom bersiap." Tangan Rayyan ditarik mengikutinya naik ke bilik.

Sampai sahaja dibilik, Rayyan didudukkan di birai katil sebelum dia bergerak untuk masuk ke dalam wardrobe. Sehelai t-shirt berwarna kelabu serta seluar slack hitam milik Rayyan diambil.

"Tukar baju ni. Sara nak mandi kejap tau. Sara minta tolong achik hantarkan kita."

"Abang taknak pergi klinik. Tak payah lah susahkan achik." Qhaisara yang berada di hadapan pintu tandas itu bergerak mendekati Rayyan. Rambut Rayyan yang sedikit serabai dibetulkan.

Rayyan menarik pinggang Qhaisara mendekatinya. Pinggang ramping isterinya dipeluk sebelum mukanya disembam pada dada gadis itu.

"Mana boleh macam ni, abang. Abang tu dari semalam demam. Muntah lagi. Sara risau lah." Qhaisara mengelus lembut rambut Rayyan. Kesian pula melihat keadaan suaminya.

"Haritu abang marah Sara kan sebab degil taknak pergi klinik. Abang nak Sara buat macam tu juga ke." Soal Qhaisara sedikit tegas.

Rayyan yang mendengar amaran isterinya itu terus mengangkat kepala. Wajah gadis itu ditatap sebelum dia tergelak kecil.

"Kenapa gelak!?"

"Macam lah abang takut kalau muka macam ni marah abang." Selamba Rayyan berkata. Wajah kembali disembamkan pada dada gadis itu. Pelukan diperkemaskan.

"Sayang makin gemuk lah." Kata Rayyan lagi. Terus membulat mata Qhaisara mendengar kata-kata yang tidak bertapis suaminya. Terus bahu lelaki itu ditampar kuat.

"Sayang... Sakitlah." Rengek Rayyan manja.

"Abang tu yang cari pasal dulu!"

"Abang cakap benda betul lah. Sayang makin berisi."

"Ish suka hati abang lah. Dah tepi. Sara nak mandi sebelum achik sampai. Biar dia jelah paksa abang nanti." Qhaisara menolak perlahan tangan Rayyan yang memeluknya. Sakit hati apabila suaminya berkata begitu.

Dapat sahaja melepaskan diri, terus Qhaisara berjalan laju masuk ke tandas. Pintu dihempas kuat tanda geram.

"Jangan lupa tukar baju tu!" Jerit Qhaisara kuat dari dalam tandas. Rayyan menggeleng kepala sebelum tergelak. Alahai comel aje dia marah.

Tanpa membuang masa, terus sahaja dia menukar baju sebelum berbaring di atas katil. Baik dia tidur sekejap sementara menunggu gadis kesayangannya itu siap mandi.

*•.¸♡♡¸.•*

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now