"Dik." Qhaisara memalingkan kepala memandang Haziem yang sudah duduk disebelahnya. Sebelah keningnya diangkat menandakan 'apa' pada lelaki itu.
Haziem menjuihkan bibirnya ke arah Rayyan yang fokus pada telefon bimbitnya. Lelaki itu elok duduk di meja makan seorang diri.
"Kenapa tu? Nampak badmood je. Adik dengan abang Ayyan ada gaduh ke?" Soal Haziem berhati-hati.
Qhaisara melihat Rayyan sekilas sebelum pandangannya beralih kepada Haziem kembali.
"Takde lah. Kitorang okay je. Abang Ayyan stress sebab kerja banyak kut. Lately ni pun abang macam busy je. Selalu sangat balik lambat."
Haziem yang mendengar itu menayangkan muka pelik. Balik lambat? Setahu dia abangnya itu selalu balik on time.
"Selalu abang Ayyan balik pukul berapa, dik?" Soal Haziem lagi.
"Pukul 8 atau 9 malam macam tu. Kenapa?" Qhaisara menikam lembut anak mata milik Haziem. Haziem pula hanya menggelengkan kepalanya.
"Takde apa lah dik."
"Iya ke?" Qhaisara mengecilkan matanya. Dapat dia rasakan seolah lelaki itu menyembunyikan sesuatu daripadanya.
"Iya lah dik." Haziem menayangkan wajah toya membuatkan Qhaisara tergelak perlahan. Tangan naik menolak pipi milik lelaki di hadapannya itu.
"Buruk lah abang Ajiem buat muka macam tu." Kata Qhaisara diselangi tawanya. Haziem pula sudah cemberut. Berani dia cakap aku buruk!
"Eh sorry sikit eh. Abang handsome okay!" Haziem berkata sedikit kuat. Acah bangga dengan dirinya. Rayyan hanya memerhati sahaja adik serta isterinya itu dari jauh.
"Handsome lagi suami adik." Haziem menjeling Qhaisara yang menjelirkan lidah ke arahnya. Kecil-kecil taknak ke alam barzah, dah besar tahu menyakitkan hati orang je.
"Apa-apa jelah korang dua ni. Bercakap macam nak berperang. Sampai ke dapur dengar." Shahida yang baru sahaja keluar dari dapur mula melabuhkan punggungnya di hadapan Qhaisara dan Haziem.
"Abang Ajiem ni hah kak- aduh!"
Kuat bunyi tawa milik Haziem apabila bantal yang dia baling kepada Qhaisara kena tepat pada wajah gadis itu. Terus cemberut wajah milik gadis itu.
"Ish malas lah layan abang Ajiem. Menyampah!" Qhaisara terus sahaja bangun dari duduk. Bantal yang Haziem baling kepadanya dibaling kembali ke arah lelaki itu namun sempat dieelak. Bergema tawa lelaki itu di ruang itu.
Qhaisara mendengus perlahan sebelum bergerak naik ke tingkat atas. Baik dia duduk dalam bilik je dari layan adik iparnya yang perangai kalah orang utan tu.
"Koyak lah tu!" Jerit Haziem kuat. Shahida yang dihadapannya sudah menggelengkan kepala. Dah jadi bapak orang pun perangai tak semengah.
゚°☆☆° ゚
Rayyan yang baru sahaja keluar dari tandas hanya memerhati Qhaisara yang termenung di atas katil. Terus sahaja dia berjalan ke arah katil mendekati isterinya.
Rayyan naik ke atas katil sebelum bersila berhadapan dengan Qhaisara sehingga lutut mereka berlaga sesama sendiri.
Qhaisara senyum nipis apabila melihat Rayyan yang merenung lembut wajahnya. Tangan kasar milik lelaki itu ditarik sebelum digenggam olehnya.
"Jauh termenung. Ada masalah ke?" Soalan Rayyan hanya dibiarkan tidak terjawab. Mata Qhaisara sibuk menjelajah ke seluruh wajah kacak milik Rayyan.
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...