Hari yang dinanti-nanti. Hari bahagia buat sepasang mempelai yang bakal diijabkabulkan.
Rayyan yang duduk berhadapan Tuan Radzif itu kelihatan segak dengan baju melayu putih dan bersamping songket bersulam emas.
"Pengantin perempuannya mana?" Imam Ahmad mula bersuara. Dia melihat ke arah Tuan Radzif dan Puan Linda silih ganti.
"Ha tu dah turun."
Kesemua mata mula beralih ke arah pintu masuk dewan, melihat ke arah Qhaisara yang mengenakan baju kurung moden sedondon dengan Rayyan.
"Lawa la adik harini." Qhairil bersuara perlahan namun masih dapat didengari oleh Rayyan yang berada di hadapannya.
Perlahan-lahan bibir jejaka itu naik. Sungguh tidak sangka gadis yang bakal dia kahwini itu kelihatan sungguh cantik. Solekan yang dikenakan juga tidak lah terlalu tebal dek kerana wajah milik gadis bernama Qhaisara memang asli cantik.
"Boleh kita mulakan?" Rayyan mengangguk sedikit. Tangannya mula bersatu dengan tangan Tuan Radzif.
"Tengku Rayyan Haqiem bin Tengku Razhan..."
"Saya.."
"Aku nikahkan dikau dengan puteriku, Tengku Aryana Qhaisara binti Tengku Radzif dengan mas kahwinnya RM1000 tunai."
Rayyan menarik nafas lalu dihembus perlahan. Tangan kasar milih Tuan Radzif digenggam erat.
"Aku terima nikahnya, Tengku Aryana Qhaisara binti Tengku Radzif dengan mas kahwinnya RM1000 tunai."
"Sah?"
"Sah!"
Dengan sekali lafaz sahaja, Qhaisara sudah sah menjadi isteri kepada Rayyan. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.
"Alhamdulillah. Bismillah." Kesemua yang berada di situ mula menadah tangan, membaca doa kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Ahmad.
Selepas mengaminkan doa, Rayyan meminta diri untuk menunaikan solat sunat di hujung sebelah kiri dewan itu.
"Tahniah anak mama. Dah jadi isteri orang dah. Moga anak mama ni jadi isteri yang solehah, dengar cakap Ayyan. Jangan lawan cakap dia. Syurga adik sekarang dengan Ayyan tau." Puan Linda memesan sebelum tubuh kecil anak perempuannya itu dipeluk.
"Insya Allah, ma."
"Uwuu congrats adik akak. Lepasni kita boleh la pergi dating ramai-ramai." Nabila senyum senget ke arah Qhaisara.
"Ish kesitu pula kau ni Bel." Amylia menjeling manja kawan baiknya. Memang itu saja la yang dia fikir kan.
Selesai sahaja menunaikan solat sunat, Rayyan mula bergerak ke arah keberadaan ibunya atau lebih tepat lagi ke arah keberadaan Qhaisara untuk sesi pembatalan wuduk.
Dia mengukir senyuman manis kepada gadis itu sebelum melabuhkan punggungnya bersebelahan Qhaisara.
Cincin di ambil lalu disarungkan pada jari manis Qhaisara. Qhaisara juga melakukan perkara yang sama.
"Adik, salam Ayyan." Pn Linda menepuk lembut bahu anak gadisnya.
Rayyan mula menghulurkan tangannya kepada Qhaisara. Perlahan-lahan Qhaisara capai lalu mencium tangan suaminya itu.
Rayyan mengangkat sedikit dagu Qhaisara. Dahi licin milik Qhaisara dikucup lembut olehnya.
"Thank you Sara." Senyuman manis dihadiahkan kepada Qhaisara. Gembira hatinya apabila gadis yang dicintai sudah sah menjadi miliknya.
゚°☆☆° ゚
"Congrats Qhaisara! Uwaa tak percayaa aku kawan baik aku ni dah kahwin." Tubuh kecil Qhaisara dipeluk erat oleh Faqeha.
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...