Sampai sahaja mereka di Sipadan Water Village, terus Qhaisara berlari ke arah laut biru kehijauan itu. Teruja sangat. Beg pakaian pun belum sempat diorang letak di bilik resort yang ditempah oleh Rayyan.
Memang sengaja Rayyan menempah resort disana. Dia mahu memujuk hati Qhaisara. Lagi pun tempat itu cantik. Alang-alang tu boleh juga dia menenangkan fikiran.
Disana juga terdapat pelbagai kemudahan seperti bilik yang luas dan bersih, restaurant yang mempunyai pelbagai makanan yang sedap dan pelbagai lagi. Pemandangan disana juga sangat indah.
Rayyan hanya tersenyum tatkala melihat gelagat tidak matang Qhaisara yang sedang syok bermain dengan air laut. Macam budak-budak aje.
"Cute." Gumamnya perlahan.
Dia berjalan mendekati gadis itu. Tangan kecil Qhaisara ditarik lembut apabila melihat gadis itu seakan mahu jatuh ke dalam air.
"Careful, sayang." Ucap Rayyan lembut. Qhaisara pula hanya tersengih. Pinggang lelaki itu dipeluk erat olehnya.
"Thankyou abang! Sebab bawa Sara datang sini." Qhaisara mendongakkan kepala memandang wajah kacak Rayyan. Senyuman semanis gula dia berikan kepada suaminya.
"Anggap jela ni ganti untuk honeymoon kita erh." Qhaisara pantas mengangguk.
"Tak dapat main salji, main air laut pun jadi lah abang." Rayyan tergelak sedikit. Pinggang ramping Qhaisara dirangkulnya.
"Kita masuk bilik dulu. Rehat-rehat. Petang sikit kita datang balik, okay?" Qhaisara angguk.
Mereka berada di situ selama tiga hari, jadi masih panjang masa untuk bermain dengan air laut dan menjalankan aktiviti lain yang terdapat di pulau itu.
Tangan kecil Qhaisara digenggam oleh Rayyan sebelum dia membawa gadis kesayangannya itu ke tempat yang menempatkan bagasi mereka.
"Tunggu sini kejap erh. Abang nak pergi ambil kunci bilik." Mendapat sahaja anggukan dari Qhaisara terus Rayyan bergerak ke kaunter yang berada tidak jauh dari mereka.
Qhaisara hanya memerhati sahaja Rayyan berurusan dengan penjaga kaunter itu. Sesekali matanya melilar ke arah seluruh kawasan itu, memandang keindahan yang terdapat pada tempat itu.
゚°☆☆° ゚
KLAK
"Oh my- abang!" Qhaisara sedikit ternganga melihat ruangan bilik itu. Cantik. Katilnya juga menghadap ke arah pulau.
Qhaisara terus bergerak mendekati sliding door yang menjadi pemisah antara ruangan bilik mereka dengan balkoni.
Sliding door itu dibuka sebelum dia bergerak keluar dari bilik. Pulau yang terbentang luas itu dipandang penuh minat. Tenang. Dibiarkan sahaja wajahnya ditampar lembut oleh angin.
Rayyan senyum nipis melihat senyuman yang tidak pudar dari wajah cantik isterinya. Bagasi miliknya dan Qhaisara diletakkan di tepi katil sebelum dia bergerak mendekati gadis itu.
"Suka?" Qhaisara memusingkan kepala ke kanan, memandang ke arah Rayyan yang berdiri di sebelahnya.
Tanpa amaran tubuh tegap lelaki itu dipeluk erat olehnya. Terkejut Rayyan namun untuk seketika sebelum bibirnya menguntumkan senyuman manis. Tubuh kecil Qhaisara turut dipeluk olehnya. Kepala gadis itu dikucup sekilas.
"Suka sangat! Terima kasih abang." Gumam Qhaisara dalam pelukan hangat Rayyan. Wajahnya disembamkan pada dada lelaki itu.
"Anything for you, sayang. Tengok Sara bahagia, abang pun bahagia juga." Rayyan mengusap lembut belakang badan Qhaisara.
Qhaisara menongkatkan dagunya pada dada Rayyan. Wajah lelaki itu ditenung olehnya.
"You know what, I'm so lucky to have you as my husband." Ujar Qhaisara perlahan. Pelukan pada pinggang Rayyan dieratkan.
"Tak sayang. Abang yang bertuah sebab dapat jadi suami kepada Tengku Aryana Qhaisara."
Rayyan mengusap lembut pipi kemerahan Qhaisara. Sempat dia melabuhkan ciumannya pada pipi gadis itu.
"I'm the most luckiest man in this world to have such a caring, loving beautiful and cute girl like you to call my own, my angel and my Jannah." Ucap Rayyan lembut.
Air mata yang mengalir di pipi mulus Qhaisara diusap dengan ibu jarinya. Senyuman tidak lekang dari bibir lelaki itu.
"Sweet lah abang ni." Qhaisara kembali menyembamkan mukanya di dada Rayyan. Rayyan pula sudah tergelak melihat perlakuan isterinya itu.
"Stop jadi comel, sayang. Nak kena gigit ke?" Soal Rayyan.
"Qhaisara tergelak kecil. Dia mengangkat wajahnya. Leher Rayyan dirangkul dan ditarik agar wajah Rayyan separas dengan wajahnya.
"I love you." Bisik Qhaisara perlahan sebelum bibirnya mendarat pada pipi lelaki yang halal baginya.
"I love you too, my little angel."
゚°☆☆° ゚
"Puas hati?" Soal Rayyan. Badannya dibaringkan disebelah Qhaisara.
Qhaisara hanya menggumam perlahan. Penat masih bersisa. Dari pagi sehingga petang mereka menjalankan aktiviti yang ada di pulau itu. Berhenti pun sekejap aje, itu pun untuk solat. Lepastu sambung lagi.
"Penat..." Meleret suara Qhaisara mengadu pada Rayyan. Rayyan tergelak. Itulah, siapa suruh main air tak ingat dunia sayang oi. Sampai kita panggil pun dia tak layan. Haih nasib sayang.
Rayyan menarik lembut lengan Qhaisara supaya dekat dengannya.
"Sini." Qhaisara hanya turutkan sahaja. Tak larat nak bantah. Yang dia tahu sekarang, dia nak tidur.
Rayyan meletakkan kepala Qhaisara di atas lengannya, membiarkan gadis itu tidur beralaskan lengannya. Badan kecil Qhaisara dipeluknya erat.
"Your remedy."
Rayyan tergelak perlahan apabila melihat wajah blur Qhaisara. Bibir gadis itu dicium sekilas. Geram tengok wajah blur isterinya. Comel kau tahu.
"Abang nak charge tenaga Sara." Ujar Rayyan. Qhaisara tergelak kecil. Tangannya perlahan-lahan melingkar di pinggang Rayyan sebelum wajahnya disembamkan pada dada tegap lelaki itu.
"Tidur erh. Esok kita nak balik dah." Rayyan menepuk perlahan belakang badan Qhaisara sambil bibirnya mengalunkan alunan zikir, mendodoikan gadis kesayangannya itu. Selimut ditarik untuk menutupi badan Qhaisara.
Selang beberapa minit, telinganya menangkap bunyi dengkuran halus milik Qhaisara. Rayyan senyum nipis. Dahi licin Qhaisara dicium sekilas.
"Sleep tight, babygirl."
*•.¸♡♡¸.•*
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...