3 1

1.6K 57 1
                                    

PANG

"Dasar munafik!"

Tercelik luas mata Qhaisara. Terus sahaja dia bangun dari pembaringan. Dada dipegang apabila degupan jantungnya berdegup kencang seolah-olah dia baru sahaja habis dari acara marathon.

"Allahuakbar." Qhaisara meraup kasar mukanya. Mata yang terasa panas dikelipkan beberapa kali. Ya Allah apa maksud mimpi tu?

"Sayang, kenapa?" Soal Rayyan dengan suara seraknya. Dia tersedar dari tidur pun apabila terdengar bunyi seperti seseorang menangis.

"T-takde apa." Suara Qhaisara perlahan menerpa masuk ke dalam pendengaran Rayyan. Qhaisara cuba mengatur nafasnya kembali. Terasa sesak di dadanya ketika itu.

"Are you serious? Muka sayang nampak pucat ni." Qhaisara menggeleng perlahan. Air mata dikesat kasar.

Rayyan yang melihat itu terus menarik badan kecil isterinya masuk ke dalam dakapannya. Badan Qhaisara diusap lembut olehnya sebelum ubun-ubun gadis itu dicium.

"Cuba cerita dekat abang. Jangan buat diam macam ni. Ni kenapa laju sangat? Nightmare?" Rayyan mengusap lembut dada Qhaisara. Menenangkan gadis itu apabila dia dapat merasakan degupan jantung Qhaisara ketika memeluk tubuh kecil gadis itu.

Qhaisara diam untuk seketika sebelum dia membuka mulut. Menceritakan apa yang baru sahaja dia mimpi tadi kepada Rayyan. Rayyan pula tekun mendengar cerita dari Qhaisara. Peluh yang membasahi dahi gadis itu diusap dengan tangannya.

"Sayang takut mimpi tu betul?" Qhaisara menatap wajah Rayyan. Kepala diangguk perlahan.

"Kalau abang betul-betul curang, sayang buat apa?" Soal Rayyan lembut. Sengaja ingin menguji isterinya itu.

"A-abang betul-betul ke ada perempuan lain?" Rayyan tergelak perlahan melihat mata Qhaisara yang sudah berkaca. Pantas dia memeluk badan kecil itu.

"Tak lah. Kan abang dah cakap abang sayang Sara sorang je. Abang tak pernah fikir pun nak cari orang lain."

"Betul ni?" Rayyan cium sekilas dahi Qhaisara sebelum mengangguk.

"Iya sayang." Tangan Qhaisara naik memeluk pinggang Rayyan. Muka disembamkan pada bahu lelaki itu.

"Sayang." Qhaisara menggumam kecil bagi menyahut panggilan dari suaminya. Kepala diangkat sebelum memandang Rayyan dengan mata bulatnya.

Rayyan yang melihat perlakuan isterinya itu terus sahaja gelak. Pipi Qhaisara digomol perlahan tanda geram. Comel sangat sayang oi!

"Abang minta maaf tau kalau beberapa minggu ni abang abaikan sayang. Abang ada banyak sangat kerja sekarang ni."

"Takpe. Sara faham dan percayakan abang." Ucap Qhaisara, kedengaran lembut di tubir telinga Rayyan.

"Thank you, sayang." Rayyan menolak perlahan badan kecil Qhaisara. Wajah kemerahan gadis itu ditatap sebelum dia tersenyum.

"Dah sambung tidur. Baru pukul 3.30 ni." Rayyan membaringkan badan Qhaisara. Comforter ditarik sehingga paras dada gadis itu.

"Tidur." Rayyan berkata perlahan. Pipi Qhaisara diusap sebelum dia melabuhkan bibirnya disitu. Qhaisara senyum nipis sebelum menutup matanya.

゚°☆☆° ゚

"Uit bang!" Rayyan menoleh je belakang apabila bahunya dicuit oleh seseorang. Kening dijongketkan kepada adiknya yang sudah mengambil tempat disebelahnya.

"Kau okay tak ni bang? Aku tengok macam ada masalah je."

"Aku okay je lah. Cuma tulah stress sikit sebab kerja banyak sangat kat office tu." Haziem mengangguk kepalanya. Dia menatap wajah abangnya dari sisi. Nak tanya ke tak erh?

"Apa?" Soal Rayyan. Kepala dipusingkan memandang adiknya.

"Hah?"

"Aku tahu kau nak tanya something kan? Apa dia?" Haziem menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh nampak sangat ke aku nak tanya ni.

"Semalam adik ada cakap yang kau selalu balik lambat seminggu dua ni." Rayyan hanya diam mendengar ulahan adiknya itu. Matanya hanya tekun memandang ke arah taman bunga mini milik ibunya.

"Setahu Ajiem, kau selalu balik on time, bang. Tapi asal semalam adik cakap kau pukul 8 atau 9 malam baru sampai rumah? Kau ada perempuan lain erh?" Soal Haziem namun soalan terakhirnya itu diperlahankan. Takut yang lain dengar.

"Kau jangan nak mengarut erh. Dengar dekat Sara tu mahu merajuk dengan aku nanti." Rayyan menjeling tajam adiknya yang sudah tersengih. Sesuka hati je nak fitnah orang.

"Habistu? Kau pergi mana."

"Ish ada lah kerja aku. Tapi sumpah takde kena mengena dengan perempuan lain erh. Kau jangan nak salah faham pula." Tekan Rayyan. Bukan boleh percaya budak ni, karang ada dia jaja cerita tak betul.

"Kerja apa? Boleh percaya ke kau ni, bang?" Haziem memincingkan matanya. Tangan diletakkan di dagu seperti gaya detective. Rayyan pula sudah memandangnya menyampah. Ya Allah adik siapa ni. Sibuk betul.

"Kerja apa tu aku tak boleh bagitahu. Tapi kalau kau tak percaya juga, kau boleh pergi tanya Qhairil atau Shahir."

"Ish yelah yelah. Korang tiga ni ada je rahsia kan." Haziem menjeling abangnya. Tidak puas hati dengan jawapan yang diterimanya.

"Suka hati lah. Kau nak sibuk sangat kenapa hah? Tu pergi layan anak sana. Bapak apa lah kau ni Jiem, buat anak pandai tapi bila anak nangis tak pandai nak jaga." Tukas Rayyan. Badan adiknya itu ditolak perlahan.

"Eh biarlah. At least aku dah jadi bapak. Kau?" Rayyan menjeling Haziem. Selipar yang dipakai olehnya diambil sebelum dibaling tepat mengena belakang badan lelaki itu. Terus dia hamburkan tawa apabila melihat wajah cemberut adiknya.

"Cetan lah kau ni bang. Aku sumbat lampin kotor Hafiz dalam mulut kau nanti kan. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah." Mendatar suara Haziem ketika itu. Rayyan yang masih duduk di kerusi taman mini itu sudah pun memasang riak wajah mengejek. Eleh macam lah berani.

"Serious aku benci kau bang!" Kata Haziem dingin sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.

"I hate you too, brother!" Jerit Rayyan kuat. Suka pula mengusik adiknya itu. Bukan apa, lelaki itu senang sangat koyak. Makin seronok lah dia. Nanti tengok lah, ada yang mengadu dekat mummy mereka.

"Dasar anak manja."

*•.¸♡♡¸.•*

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now