"Tak rasa banyak sangat ke, abang?" Qhaisara memandang beg kertas yang dijinjing oleh Rayyan.
Boleh dikatakan tiga buah kedai juga diorang masuk hanya untuk beli baju sejuk tebal.
"Bukan ke orang tu cakap kena beli banyak baju sejuk ke? Yelah suami dia ni kan tak boleh tahan sejuk. Lain lah dia tu kulit macam beruang kutub."
Qhaisara tergelak sedikit. Amboi berdas-das dia bagi erh.
"Sara main-main ajelah abang. Yang abang pergi beli betul-betul tu kenapa?"
"Biarlah. Lagipun kat sana dah salji, sayang. Abang takut Sara yang tak tahan sejuk nanti." Kata Rayyan. Pipi Qhaisara dicubit sedikit.
"Pandai abang pilih waktu untuk honeymoon. Sara dah lama tau teringin nak main salji." Ujar Qhaisara teruja. Namun keterujaannya masih dikawal, risau melompat dalam shopping mall ni. Buat malu aje nanti orang tengok.
"Mesti lah. Tengok suami siapa." Rayyan berkata bangga.
"Suami Sara yang comel!" Sara menjerit kecil. Terletus tawa Rayyan. Nasib mereka sekarang berada di tempat awam, kalau tak memang dia dah terkam gadis di hadapannya itu. Comel!
Rayyan berjalan mendekati tubuh milik Qhaisara. Bibirnya didekatkan dengan telinga milik isterinya.
"Iya iya sayang abang ni comel. Behaved sikit sebelum abang gigit Sara kat sini." Bisik Rayyan.
"Ish gatal!"
"Garu lah. Ke nak abang tolong hm?" Rayyan senyum mengejek. Lagi galak dia menyakat Qhaisara apabila melihat bibir gadis itu sudah mencebik.
"Alolo mulut macam donald duck."
"Abang!" Qhaisara jeling Rayyan yang sudah buat muka tidak bersalah. Acah innocent lah mamat ni.
"Ish sudah lah. Jom pergi makan. Lapar lah." Lengan sasa Rayyan dipeluk erat oleh Qhaisara. Terus badan lelaki itu ditarik menuju ke restaurant yang terdapat berdekatan mereka.
"Sayang nak makan apa?"
"Apa-apa je. Yang penting bukan kerusi dengan meja." Qhaisara membuat muka selamba. Terus dia berjalan meninggalkan Rayyan yang sudah tergelak di belakang.
"Amboi dia balas balik." Rayyan menggeleng sedikit. Dia pantas mengejar langkah isterinya yang semakin menjauh. Haih ghisau betul kalau budak kecik ni merajuk.
゚°☆☆° ゚
"Sayang." Rayyan mengusap lembut kepala Qhaisara yang berada di atas ribanya. Wajah gadis itu ditatap penuh minat.
"Hm."
"Are you happy with me?" Soal Rayyan. Qhaisara membuka matanya. Wajah kacak milik Rayyan dipandang dari bawah.
"What do you mean, abang?" Soal Qhaisara kembali. Dia ingin bangun, namun badannya ditahan oleh Rayyan.
"Jangan bangun. Tidur je." Ucap Rayyan lembut. Rambut lurus Qhaisara dielus olehnya.
"Abang. Jawab lah. Apa maksud soalan abang tu?" Rayyan senyum sedikit. Pipi kemerahan Qhaisara dicubit lembut.
"Sara bahagia tak dengan abang?" Qhaisara mengeluh perlahan. Rayyan menunduk memandang wajah Qhaisara. Pelik apabila gadis itu tiba-tiba mengeluh.
"Abang ni sama aje macam aki. Haritu pun aki tanya soalan. Ha lepasni siapa pula nak tanya." Bibir dicebikkan. Terus terletus tawa milik Rayyan.
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...