Bunyi jam loceng menyedarkan Qhaisara dari tidur. Dia bangun lalu mematikan jam yang berada di meja bersebelahan dengannya.
Rayyan yang masih lena dipandang. Sesekali bibirnya naik mengukirkan senyuman. Pipi milik lelaki itu diusap lembut.
Tangannya naik pula ke kening milik Rayyan. Belum sempat dia menyentuh kening Rayyan, tangan kecilnya itu digenggam lembut.
"Dah puas tengok muka abang?" Soal Rayyan. Matanya dibuka merenung wajah cantik Qhaisara. Terbit senyuman di bibir lelaki itu.
"S-Sara kacau abang tidur ke? S-sorry." Rayyan gelak perlahan.
"Tak adalah." Tangan kecil Qhaisara disatukan dengan tangan kasarnya. Kekura tangan gadis itu diusap lembut.
"Abang dah nak Subuh ni. Sara mandi dulu erh."
"Pergi jela." Rayyan berkata dengan mata tertutup.
"Tangan Sara." Qhaisara menggoncang perlahan tangannya yang berada dalam genggaman Rayyan. Rayyan tergelak sedikit sebelum melepaskan tangan kecil itu.
"Sorry babygirl."
"Hm. Abang tidur la dulu. Nanti Sara dah siap Sara kejutkan." Rayyan mengangguk. Hilang sahaja kelibat Qhaisara, terus dia menyambung tidurnya. Penat semalam masih tidak hilang.
゚°☆☆° ゚
"Papa!" Qhaisara duduk disebelah Tuan Radzif. Terus badan milik lelaki berusia itu dipeluk erat olehnya.
"Iya sayang. Kenapa ni?" Tuan Radzif mengusap lembut belakang badan milik Qhaisara.
"Pa~ boleh tak papa bagitau abang Ayyan yang adik taknak pindah." Tutur Qhaisara manja. Tangannya bermain-main dengan jari milik Tuan Radzif.
"Lah kenapa pula taknak pindah?" Soal Tuan Rafiqi yang berada bersebelahan dua beranak itu. Sesekali dia mencubit pipi anak buahnya itu.
"Adik taknak tinggalkan papa dengan mama berdua je. Nanti papa dengan mama sunyi macam mana? Lagi-lagi bila papa kerja. Mesti mama tinggal sorang-sorang."
Qhaisara memuncungkan bibirnya. Muka sedih ditayangkan kepada Tuan Radzif. Berharap ayahnya itu cair.
"Mana boleh macam tu adik. Adik kan sekarang dah jadi tanggungjawab Ayyan. Adik kena la ikut dia." Pesan Tuan Radzif. Kepala Qhaisara yang berlapikkan tudung itu diusap lembut.
"Kenapa adik tak bagitau Ayyan sendiri?"
"Taknak la daddy. Tak berani." Qhaisara tersengih ke arah Tuan Razhan.
"Alah adik biar la papa dengan mama luangkan masa berdua pula. Selalu adik yang kacau kan. Mana tahu nanti adik dapat adik baru." Tuan Redza berkata bersama tawanya. Sengaja ingin mengusik gadis kecil itu.
"Boleh ke?" Tuan Radzif menundukkan kepala, memandang wajah anak bongsunya.
"No!!" Bangkang Qhaisara. Pelukannya pada Tuan Radzif dieeratkan. Muka disebamkan di dada milik ayahnya.
"Dah kenapa adik tu, pa?" Soal Qhayyim yang baru tiba di ruang tamu bersama yang lain. Matanya tertumpu ke arah Qhaisara.
"Suruh papa dia pujuk Ayyan, taknak pindah. Taknak tinggalkan papa dengan mama katanya." Terang Tuan Rafiqi.
"Takut dapat adik baru."
"Paklong!!" Qhaisara mencebik.
"Ada-ada aje la budak kecik ni. Rumah Ayyan bukannya jauh sangat pun. Nak datang hari-hari pun boleh."
"Tah. Mengada." Qhairil menjeling Qhaisara yang masih memeluk badan Tuan Radzif. Jealous lah tu.
"Ikut je la erh." Belakang badan dan kepala Qhaisara diusap lembut. Gadis itu hanya angguk.
"Pa." Panggilnya perlahan.
"Iya sayang papa. Apa lagi?"
"Adik taknak adik baru tau!" Keras kedengaran suara milik Qhaisara ketika itu.
Mendengar ayat yang terpancul keluar dari mulut Qhaisara itu, terus pecah ketawa semua yang berada di ruang tamu itu.
"Adik adik. Dah jadi isteri orang dah tu. Cuba buang sikit perangai manja tu." Qhayyim menggelengkan kepalanya. Ada-ada saja perangai adik dia ni.
゚°☆☆° ゚
"Kenapa tak bagitau abang sendiri yang Sara taknak pindah?" Wajah Qhaisara ditenung Rayyan.
"A-abang marah ke?" Soal Qhaisara takut-takut.
"Tak adalah. Abang tanya aje."
"Hehe. Sara tak berani la nak bagitau abang. Takut abang marah." Bibir bawah digigitnya. Jari terlunjuk dilaga-lagakan. Sengaja beriak comel di hadapan lelaki itu.
"Abang tak marah pun lah. Tapi abang tak boleh ikut permintaan Sara tu. Kita kan dah kahwin. Abang pun dah cukup mampu nak tanggung Sara. Takkan la nak berharap dekat parents lagi." Tutur Rayyan lembut. Tangan gadis itu diraih lalu digenggam.
"Herm iyala abang. Sara ikut je." Bibir dicebikkan.
"Sara."
"Hm."
"Stop jadi comel boleh tak? Geram je abang nak gomol-gomol pipi Sara ni." Pipi kemerahan gadis itu ditekup. Tergelak Qhaisara dengan tingkah laku Rayyan itu.
"Abang stop it! Abang!"
"Okay okay. Siapa suruh comel sangat."
"So Aryana Qhaisara. Jadi la ni kita pindah?" Soal Rayyan mahukan kepastian.
"Ya abang. Tapi boleh tak kita tinggal sini lagi dua tiga hari?" Wajah comel ditayangkan.
"Tak boleh."
"Ala abang please~" Rengek Qhaisara manja. Tangan Rayyan digoncang.
"Hm boleh. Tapi dengan satu syarat."
"Apa?"
"Kiss abang dulu." Rayyan menayangkan pipi kanannya ke arah Qhaisara. Senyuman nakal diberikan kepada gadis itu.
"Ish mengada la orang tua ni!" Qhaisara memuncung. Ambil kesempatan pula dia ni.
"Kalau taknak takpe. Esok kita pindah." Rayyan berura-ura ingin bangun dari duduknya. Namun pantas Qhaisara menarik tangannya, menyuruhnya duduk kembali.
"Ish yela yela." Pipi Rayyan ditekup dengan tangan kecilnya. Terus bibirnya mendarat pada pipi kanan lelaki itu.
"Thanks sayang." Dahi Qhaisara dicium lembut. Terus membahang wajah gadis itu.
"Eee abang ni!!"
*•.¸♡♡¸.•*
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...