"Adik! Meh sini." Qhaisara perlahan-lahan berjalan mendekati abang serta sepupunya. Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Syafiqa. Kepalanya dilentokkan di bahu gadis yang bergelar kakak ipar kepada gadis kecil itu.
"Adik okay tak ni? Kepala pening?" Soal Syafiqa lembut. Kepala Qhaisara yang berada di bahunya diusap lembut.
"Sikit."
"Ish adik ni kan. Tahu tak adik buat kitorang risau gila tadi. Tiba-tiba aje Ida call kak Bel cakap yang adik pengsan. Nasib tak kena jantung kak Bel ni tau."
Qhaisara hanya senyum nipis mendengar bebelan dari Nabila itu. Haih tak pasal-pasal dia dah menyusahkan kakak-kakaknya itu.
"Over lah kau ni Bel." Maisara menjeling manja adiknya. Drama queen tak habis-habis.
"Sorry kak. Adik pun tak tahu lah kenapa kepala adik tiba-tiba je boleh sakit."
"Adik ni kan. Haih nasib tak jadi apa-apa tau." Qharif menggeleng sedikit kepalanya. Suka sangat buat orang risau budak kecik ni.
"Nanti makan ubat tau. Badan dah panas ni. Macam nak demam je."
"Adik okay lah kak Fiqa. Sikit je ni. Tak perlu pun makan ubat bagai tu." Tangan Syafiqa yang bermain di dahinya itu diambil dan digenggam erat.
Sesungguhnya takut yang dia rasai tadi masih lagi bersisa dalam dirinya, namun dia terpaksa sembunyikan perasaan itu. Tidak mahu ahli keluarganya yang lain tahu.
"Tak payah mengada budak kecik. Okay apanya. Muka tu nampak jelas pucat. Makan ubat sebelum suami adik sendiri yang paksa nanti." Qhayyim mencerlung tajam wajah adik perempuannya itu.
Degil! Bila suruh makan ubat je mesti ada alasan dia untuk mengelak.
"Adik okay lah. Lagipun abang Ayyan balik esok kan. Bukannya dia tahu pun adik tak sihat." Qhaisara berkata perlahan. Tangannya bermain dengan jari-jari milik Syafiqa.
"Diorang dah otw balik lah. Tadi kak Bel call abang Ayyan bagitau yang adik pengsan."
"Huh?! Alah kak Bel ni kecoh lah.." Qhaisara merengek perlahan.
Mati lah dia nanti. Ini kalau Rayyan dah tahu, confirm nanti teruk dia kena bebel. Macam lah dia tak tahu tahap kerisauan suaminya itu macam mana.
"Biar aje abang Ayyan tahu. Nanti senang sikit adik nak makan ubat kan." Haziem tergelak besar apabila mendapat jelingan maut dari Qhaisara.
Suka betul dia tengok muka tidak puas hati kakak iparnya itu.
"Jangan sampai abang Ajiem dulu yang makan kaki adik." Qhaisara berkata sarkastik. Terletus tawa semua yang berada di situ. Alahai marah pun comel budak ni.
"Dah pergi makan sana. Lepastu makan ubat."
"Tapi-"
"Angah taknak dengar apa-apa bantahan ya, Tengku Aryana Qhaisara."
Qhaisara memuncungkan bibirnya. Ish menyampah lah. Dia demam sikit je. Bukannya demam sampai nak bawa dia ketemu ilahi. Itu pun kena makan ubat ke?
"Tengok lah macam mana. Kalau ada mood adik makan."
Qhaisara terus bangun dan berlalu ke dapur, meninggalkan abang serta kakak nya di ruang tamu.
"Makan ubat pun kena ikut mood ke nyah?"
゚°☆☆° ゚
"Dah tahu tak sihat, kenapa gatal juga nak keluar hm? Kalau jadi apa-apa tadi macam mana? Nasib lah Ida jumpa Sara dekat situ. Kalau tak entah apa lah jadi dekat Sara tau."
"Sudah lah tempat tu tak ramai orang. Berapa kali abang nak pesan, kalau jalan sorang-sorang tu, jalan dekat kawasan ramai orang."
Qhaisara hanya menunduk menekur lantai. Redha sahaja kena bebel dengan encik suami. Ni pun dah hampir tiga puluh minit dia kena tazkirah dengan Rayyan.
Tahu lah risau. Tapi perlu ke bebel panjang lebar macam tu. Bukannya melekat pun dalam kepala. Umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
"Mana lah Sara tahu nak pengsan time tu-"
"Ha menjawab!" Rayyan bercekak pinggang di hadapan Qhaisara yang sedang menunduk. Hujung baju gadis itu digentel lembut. Tahulah Rayyan yang Qhaisara dalam keadaan takut sekarang.
Dia senyum segaris sebelum berjalan menghampiri isterinya. Kepala gadis itu diusap.
"Abang tak marah lah. Abang risau aje. Kalau jadi benda yang bukan-bukan macam mana hm?"
Usai berkata begitu, terus sahaja air mata Qhaisara mengalir laju di pipi mulus miliknya. Bibirnya tersebik-sebik di hadapan Rayyan.
Rayyan tergelak kecil sebelum dia menarik badan gadis itu masuk ke dalam pelukannya. Cengeng betul.
"Shh. Taknak lah nangis. Sorry okay. Abang bebel ni sebab abang risau kan Sara. Lepasni janji dengan abang yang Sara kena hati-hati. Boleh sayang?"
Qhaisara hanya diam di dalam pelukan Rayyan. Wajahnya elok disembamkan pada dada tegap Rayyan. Sempat dia mengambil kesempatan untuk menghidu bau badan milik suaminya.
"Dah bisu ke lepas kena bebel dengan abang?"
Senyap. Tiada balasan.
"Sara?"
Diam.
"Aryana Qhaisara. Abang panggil ni." Panggil Rayyan sedikit tegas. Merajuk pula ke budak ni?
"Sayang!"
"Hm."
Gumam Qhaisara perlahan. Tangannya naik memeluk kemas pinggang Rayyan. Rindu. Dua hari dia tidur tanpa bantal peluk dia. Sekarang biarlah dia lepaskan rindu sepuasnya. Mengada betul.
Badan Rayyan masih setia dihidu olehnya. Wangi dan menenangkan. Hilang terus rasa sakit kepala dia tadi.
"Dah puas hidu bau abang?" Soal Rayyan diselangi tawa.
"Tak! Rindu~" Qhaisara merengek manja.
"I miss you too, sayang." Rambut lurus milik Qhaisara diusap. Haih makin lama makin manja budak kecik ni.
*•.¸♡♡¸.•*
Pendek dan hambar. Ya saya tahu.
Bersyukur lah saya masih ada kerajinan untuk update. Kalau ikut kan nak hiatus je sampai adik saya habis spm. Tapi tak apa lah. Bulan 2 nanti saya start hiatus. Insya Allah saya akan update lagi beberapa chap kalau ada masa lapang. Semoga anda semua diberikan kesabaran yang tebal setebal kamus dewan lah ya.😁❤️
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...