1 8

1K 65 8
                                    

"Sara" Rayyan menjengulkan kepalanya ke dalam bilik. Figura isterinya yang lagi sibuk mengemaskan pakaian dipandang dengan satu senyuman nipis.

Rayyan terus bergerak mendekati Qhaisara. Punggung dilabuhkan di hadapan gadis itu. Wajah cantik Qhaisara ditatap penuh teliti olehnya.

"Sayang." Qhaisara menggumam perlahan tanpa memandang wajah Rayyan.

"Sorry." Qhaisara mengangkat kepala, memandang wajah Rayyan yang sedang tersenyum nipis ke arahnya.

"Sorry? Abang takde buat apa-apa salah pun dekat Sara." Qhaisara memandang pelik wajah Rayyan. Dah kenapa pula ni tiba-tiba minta maaf.

"Abang terpaksa batalkan percutian kita ke Jepun." Perlahan sahaja suara Rayyan namun masih dapat didengari oleh Qhaisara.

"Huh? Abang ni jangan lah main-main. Tak lawak lah."

"Abang serious sayang. Abang kena pergi Sabah lusa. Ada kerja yang abang kena buat. Abang dah cuba minta tangguh tapi tak dapat." Panjang lebar penerangan dari Rayyan. Qhaisara mengeluh perlahan.

"Abang minta maaf."

Qhaisara senyum nipis sebelum menggeleng. Pakaian yang bersepah di atas katil diambil sebelum dia bangun dan bergerak ke almari.

"Tak apa lah abang. Sara okay je. Kerja abang tu lagi penting kan." Rayyan sedikit tersentak. Belakang badan Qhaisara ditenungnya. Merajuk?

"Sayang-"

"Sara nak pergi dapur. Haus pula." Rayyan hanya memandang kelibat Qhaisara yang sudah keluar dari bilik. Nafas dihela perlahan.

"Padan muka kau Rayyan. Ha sekarang pandai-pandai lah pujuk budak kecik tu." Guman Rayyan perlahan. Bagasi yang terletak di tepi katil itu dipandang sekilas sebelum dia bergerak keluar dari bilik.

゚°☆☆° ゚

"Abang nak pergi berapa lama ni?" Soal Qhaisara mendatar. Wajah Rayyan langsung tidak dipandangnya. Masih merajuk dengan lelaki itu.

"Seminggu. Tapi kalau urusan tu cepat siap, cepat lah abang balik."

"Hm okay." Baju-baju Rayyan dikeluarkan dari almari dan diletakkan di atas katil. Merajuk tak merajuk, tanggungjawab sebagai isteri tu kena buat juga kan?

"Merajuk dengan abang erh?" Soal Rayyan. Dia berjalan mendekati katil, punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Qhaisara.

"Mana ada."

"Macam ada je." Rayyan tersengih ke arah gadis itu. Pipi kemerahan Qhaisara dicubit perlahan.

"Ish tak payah lah." Qhaisara menjengilkan matanya ke arah Rayyan. Baju milik Rayyan diambil dengan kasar sebelum dilipat dan diletakkan ke dalam bagasi.

"Betul lah tu tengah merajuk."

Rayyan menarik lembut tangan Qhaisara. Terletus tawa miliknya apabila melihat Qhaisara yang sudah mencebik.

Badan kecil gadis itu diangkat dengan mudah oleh Rayyan sebelum didudukkan di atas ribanya. Terkejut Qhaisara dengan perlakuan dari suaminya itu.

"Abang apa ni?!" Qhaisara menolak perlahan dada bidang Rayyan. Tangan kekar Rayyan yang melingkar pada pinggangnya pula cuba dirungkaikan.

"Cakap dulu merajuk ke tak?" Soal Rayyan bersama sengihan nakal. Qhaisara mencebik. Wajahnya yang membahang itu diabaikan.

"Tak lah!" Rayyan mengeratkan pelukannya di pinggang Qhaisara menyebabkan wajah gadis itu semakin memerah.

"Ish ya ya Sara merajuk. Puas? Dah lah abang lepaskan Sara!" Qhaisara memukul lembut bahu jejaka itu. Rayyan pula sudah tersenyum senget. Ha kan dah kata anak itik ni merajuk.

"Sayang, sorry okay? Abang nak pass kerja tu dekat Haziem, dia dah ada banyak kerja. Abang bukan sengaja nak batalkan semua tu sayang, tapi kerja tu memang abang yang kena settle kan."

Mata hitam Rayyan menikam lembut mata hazel milik Qhaisara. Rambut Qhaisara yang terjuntai diselitkan di belakang telinga. Wajah gadis itu ditatap penuh rasa cinta. Dah sayang, kena lah sabar layan kerenah tak matang isterinya itu.

"Ha ya ya. Kerja tu lagi penting kan. Lain kali baik tak payah janji apa-apa. Fake hope!"

Rayyan tergelak kecil. Pipi kemerahan Qhaisara dicium sekilas. Qhaisara berdecit sedikit sebelum dada bidang Rayyan ditumbuk olehnya.

"Gelak gelak! Orang tengah marah ni. Abang tahu kan Sara dah lama nak pergi sana. Minta dengan papa bukannya dia bagi pun. Sekarang abang pula bagi harapan palsu. Benci tau tak-"

CUP

Terus terdiam Qhaisara. Terkejut dengan perlakuan drastik suaminya. Bibir disentuh perlahan sebelum matanya tajam memandang wajah kacak Rayyan yang sudah tersengih.

"Eii abang!"

"Apa muncung-muncung? Nak abang kiss lagi?" Qhaisara menggeleng laju kepalanya. Arh taknak lah. Kan tak pasal-pasal jadi air dia nanti.

"Sorry okay? Tak nak lah merajuk macam ni. Tak comel lah sayang abang ni buat muka macam tu." Qhaisara tersenyum sedikit. Leher Rayyan dipeluk sebelum wajahnya disembamkan pada leher lelaki itu.

"Ya lah. Sara tak merajuk dah. Sorry abang." Rayyan senyum nipis. Belakang badan gadis itu diusap lembut. Susah betul nak memujuk budak sorang ni.

"Sayang nak ikut abang tak?"

"Pergi mana?" Qhaisara menggumam perlahan. Wajahnya langsung tidak diangkat. Bagi dia bermanja kejap dengan encik suami. Bukan selalu dapat macam ni.

"Pergi Sabah lah takkan pergi ke hati abang pula-"

PAP

"Aww sakitlah." Rayyan memuncungkan bibirnya. Orang tanya elok-elok kan, dia boleh pula pukul kita.

Qhaisara mengangkat wajahnya, memandang Rayyan dengan padangan tidak puas hati. Rayyan pula hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Nak ikut tak ni?" Soal Rayyan lagi.

"Boleh ke?"

"Boleh lah. Nanti Sara boleh teman abang kat sana. Takde lah abang bosan and rindu~"

Qhaisara tergelak perlahan. Melihat sahaja anggukan dari Qhaisara, terus Rayyan mengucup sekilas pipi gadis itu. Ceh mengada betul. Suami siapa lah ni.

"Sayang."

"Ish apa lagi?" Wajah kacak Rayyan ditatap, menunggu lelaki itu untuk menyambung percakapannya.

"Ringan betul sayang. Abang rasa macam anak beruang kutub yang duduk atas riba abang sekarang ni."

"Ish dia ni kan!"

Rayyan tergelak. Pelukkan pada pinggang ramping Qhaisara dieratkan. Suka melihat wajah gadis itu yang semakin membahang. Comel!

'Love you, my little angel'

*•.¸♡♡¸.•*

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now