"Kau nampak bahagia sekarang. Dah lupakan aku ke?" Soal seorang lelaki bernada sinis. Matanya tajam memandang gambar-gambar milik perempuan yang digilainya tertampal di dinding.
"Kau taknak bahagia dengan aku ke, sayang?" Lelaki itu tiba-tiba berubah sedih. Air matanya menitis mengena pipinya.
Namun untuk beberapa minit sahaja sebelum dia mengesat kasar air matanya yang mengalir itu. Senyuman sinis kembali terukir di bibirnya.
"Tak apa. Aku biarkan kau bahagia dulu. Hargai kebahagiaan yang kau rasai sekarang Tengku Aryana Qhaisara."
Kata-katanya terhenti. Dia berjalan mendekati gambar-gambar yang tertampal di dinding biliknya.
"Sebelum kebahagiaan tu bertukar menjadi penderitaan yang perit untuk kau!" Jerit lelaki itu kuat.
"Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun tak akan dapat kau lah perempuan!" Pisau yang elok berada di atas meja diambil lalu ditikam pada gambar itu. Melepaskan semua kemarahannya.
"Tunggu lah nasib kau."
゚°☆☆° ゚
"Sara. Minggu depan abang cuti dalam dua minggu. Kita pergi honeymoon nak?" Rayyan menjongketkan keningnya berkali-kali.
"Honeymoon?"
"Iyalah. Kita tak pergi lagi honeymoon sejak kahwin haritu. So alang-alang abang cuti ni kita pergi nak?" Soal Rayyan.
Qhaisara menongkat dagunya dengan tangan. Wajah kacak suaminya itu menjadi tatapannya.
"Kita nak pergi mana?"
"Jepun?" Terus bersinar-sinar mata milik Qhaisara. Wajah Rayyan dipandang penuh minat.
"Serious lah abang?" Soal Qhaisara tidak percaya. Honeymoon dekat Jepun?! Oh tuhan ini akan jadi honeymoon paling berharga untuk gadis bernama Qhaisara.
"Iya sayang. Nak tak?" Qhaisara cepat-cepat angguk menjawab soalan Rayyan. Arh siapa aje taknak. Sudah lah Jepun negara kegemaran Qhaisara, memang tidak lah dia nak tolak.
"Mesti lah nak! Sara dah lama tau berangan nak pergi Jepun. Tak sabarnya!" Rayyan tergelak melihat perilaku isterinya itu. Excited betul.
"Sabtu nanti kita keluar cari barang erh? Kat sana tak silap abang dah musim sejuk." Cadang Rayyan.
"Kena beli banyak baju tebal. Ya lah orang tu kan tak boleh kalau sejuk-sejuk ni." Qhaisara gelak perlahan apabila melihat wajah Rayyan berubah cemberut.
"Ooo perli abang erh?" Rayyan mengecilkan matanya. Kecik besar kecik besar aje aku tengok budak ni.
"Eh terasa ke?"
"Tak ada lah. Tak terasa pun. Happy je kena perli. Sara tak nampak ke abang tengah senyum ni?" Rayyan melebarkan bibirnya. Terus Qhaisara ketawa besar.
"Macam joker." Qhaisara memegang perutnya, senak pula perut ni gelak banyak sangat.
"What? Sara cakap abang apa tadi." Soal Rayyan dengan suara garaunya. Dia bangun dari duduknya lalu berjalan mendekati Qhaisara.
Qhaisara yang melihat wajah sinis milik lelaki itu terus menelan air liurnya.
"Cakap abang apa tadi?" Ulang Rayyan. Senyuman nakal dia berikan kepada gadis di hadapannya.
"Gurau je lah abang hehe. Sara minta diri dulu ya." Usai berkata begitu, terus dia membuka langkah untuk melarikan diri daripada Rayyan.
Namun belum sempat pergi jauh, Rayyan dengan pantas menarik Qhaisara dan memeluk gadis itu dari belakang.
"Nak pergi mana, sayang?"
"Abang, Sara gurau je. Jangan lah bunuh Sara. Sara bukan batman untuk abang bunuh." Pelukkan pada pinggangnya itu cuba dileraikan, namun gagal. Ya Allah kuat betul dia peluk, memang taknak aku lari ke apa ni?
"Abang punya lah handsome, tapi joker juga yang Sara panggil?"
"Hehe. Sorry. Ya abang handsome. Abang joker paling handsome yang Sara pernah jumpa tau- eh abang!" Jerit Qhaisara apabila pipinya ditarik kuat oleh Rayyan.
"Sakit tau." Pipinya miliknya diusap perlahan. Mulut dimuncungkan, merajuk kan.
"Sorry sayang." Rayyan melabuhkan ciumannya pada pipi Qhaisara yang dicubitnya tadi. Habis memerah pipi isterinya itu.
"Sayang abang tak?"
Qhaisara pusingkan kepalanya memandang wajah Rayyan yang sudah diletakkan pada bahunya.
"Tak."
"Sayang!" Panggil Rayyan meleret. Qhaisara tergelak sebelum memusingkan badannya menghadap Rayyan.
"Mesti lah sayang. Abang kan suami Sara." Sara mengusap lembut pipi bersih Rayyan. Senyuman penuh ikhlas dia berikan kepada lelaki itu.
"I love you, sayang." Dahi milik Qhaisara dicium sekilas sebelum Rayyan menarik gadis itu masuk ke dalam pelukannya.
゚°☆☆° ゚
"Dengar cerita orang tu nak pergi honeymoon." Rayyan memandang Shahir dan Qhairil yang sudah memberikan senyuman mengejek kepadanya.
Tch cepat betul diorang tahu. Sudah lah dua-dua otak terlebih air longkang. Ada lah tu nak ejek apa-apa.
"Kenapa? Ada masalah dengan korang?"
"Amboi kau Ayyan. Sejak ada bini ni makin sombong erh. Dengan kitorang pun kau layan dingin je." Qhairil berkata tidak puas hati.
"Ni lah rupa kacang lupakan kulit. Dah berjaya terus lupa orang yang dah bantu dia tu. Weh Ayyan kau dah lupakan kitorang ke? Kita kecik-kecik dulu main sama-sama, mandi sama-sama, membuang sama-sama. Kau lupa ke semua tu?"
Soal Shahir. Pandangan sedih dia tayang kepada sepupunya itu. Rayyan pula sudah menutup matanya, cuba untuk mencari kesabaran.
"Kau merepek apa anak syurga?" Rayyan paksakan diri untuk senyum. Kalau ikutkan nak aje dia luku kepala sepupu sebaya dia ni, tapi apabila mengenangkan nasib mereka bertiga sekarang berada di tempat public, jadi dia hapuskan aje niat tu.
"Alah rilek lah. Tu pun nak marah." Shahir memuncungkan bibirnya. Ish majuk dengan kau seminit!
"Ni kau nak bawa adik aku pergi mana?"
"Jepun." Jawab Rayyan sepatah dan mendapat anggukan dari Qhairil.
"Mesti happy kan budak tu. Dah lama dia naj pergi sana tapi papa tak bagi."
"Lah kenapa?"
"Sebab dia cakap nak pergi travel sorang-sorang. Memang tak lah papa nak bagi. Budak tu bukannya pandai jaga diri. Lagi-lagi dekat tempat orang." Bebel Qhairil.
"Kat sana nanti jaga adik elok-elok tau. Kau tu bawa budak umur 5 tahun bukan 20 tau." Kata Shahir, sempat dia selitkan perlian kepada Qhaisara.
"Tahulah aku nak jaga bini aku."
"Ha ye lah. Lupa member dah kahwin." Rayyan menghembus nafasnya kasar.
"Ya Allah kau kuatkan lah aku untuk melayan dua ekor tenuk di hadapan ku ini. Ishh nak aje aku bunuh korang guna straw ni!" Rayyan berkata geram.
"Okay okay stop. Dah makan cepat, aku nak pergi ambil anak aku pula ni." Ujar Qhairil. Eleh tadi dia juga yang main-main time makan.
*•.¸♡♡¸.•*
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...