3 2

1.7K 71 0
                                    

"Awal abang balik. Baru pukul 3 ni. Dah habis kerja ke?" Qhaisara berjalan mendekati Rayyan yang berada di tepi almari kasut. Tangan lelaki itu disalam sebelum briefcase milik suaminya diambil.

"Kerja abang semua dah siap. Itu yang abang balik awal." Qhaisara angguk sahaja. Mereka melabuhkan punggung di sofa panjang ruang tamu.

Rayyan meletakkan kepalanya di atas bahu milik Qhaisara. Pinggang gadis itu dipeluk erat olehnya.

"Abang nak rehat jap. Lepasni nak mandi. Sayang pun siap siap lah ya. Papa call tadi suruh pergi villa family kita. Ada hal nak bincang."

Qhaisara memandang sisi wajah Rayyan. Sebelah keningnya diangkat. Pelik.

"Papa nak jumpa? Kenapa Sara tak tahu apa-apa?" Rayyan sekadar mengangkat bahunya.

"Abang tadi pun Qhairil yang bagitau. Kebetulan papa call waktu kitorang lunch."

Rayyan mengangkat kepala memandang Qhaisara apabila sunyi menemani mereka berdua. Bahu gadis itu dipegang lalu badan gadis itu dipusingkan ke arahnya.

"Kenapa ni?" Pipi Qhaisara ditekup lembut dengan kedua belah tangan besarnya. Ibu jarinya mengusap pipi kemerahannya isterinya.

"Takde apa lah abang. Sara okay je." Mata hazel milik Qhaisara menikam lembut mata suaminya. Senyuman nipis terpancar pada wajahnya.

"Abang tahu Sara tipu." Qhaisara diam untuk seketika. Tangan Rayyan yang berada dipipinya diambil lalu digenggam.

"Kalau suatu hari nanti ada orang cuba runtuhkan rumah tangga kita, abang akan tinggalkan Sara ke?" Sara menatap mata Rayyan dalam. Genggaman pada tangan lelaki itu dieeratkan.

"Maksud sayang?" Tanya Rayyan walaupun dia dia sudah dapat mengagak maksud yang dikatakan oleh isterinya.

"Jawab je lah."

"Abang tak janji. Tapi InsyaAllah abang takkan tinggalkan Sara." Qhaisara angguk perlahan. Dalam hatinya hanya redha sekiranya suaminya tidak dapat terimanya suatu hari nanti jika rahsia itu terbongkar.

"Dah jom naik. Abang nak mandi. Nanti kan lambat pula kita sampai sana."

Belum sempat Qhaisara bangun, Rayyan dengan pantas mencempung tubuh kecil isterinya. Terjerit kecil Qhaisara dengan tindakan tiba-tiba dari suaminya itu.

"Abang! Ish terkejut Sara." Dada Rayyan ditampar lembut sebelum tangannya naik memeluk leher lelaki itu. Terlepas tawa Rayyan.

"Tunggu sayang jalan, lambat. Baik abang dukung je." Qhaisara memuncungkan bibirnya. Ye lah tu.

゚°☆☆° ゚

"Assalamualaikum." Rayyan dan Qhaisara berjalan beriringan masuk ke dalam villa milik keluarga mereka. Kesemua ahli keluarganya sudah berada di ruang tamu mewah villa tersebut.

Mereka berdua terus berjalan mendekati ahli keluarga mereka. Seorang demi seorang didekati untuk bersalam.

Qhaisara menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan papanya apabila dia sudah berdiri di hadapan Tuan Radzif namun dengan pantas tangannya ditolak oleh lelaki berusia itu.

"P-papa kenapa?" Soal Qhaisara terkejut. Wajah bengis milik ayahnya itu ditatap dengan perasaan takut.

Bukan sahaja Qhaisara, malah semua yang berada disitu kecuali Puan Linda juga turut terkejut dengan tindakan tiba-tiba Tuan Radzif.

Qhaisara cuba untuk mencapai tangan tua milik ayahnya namun kali ini tubuhnya pula ditolak kasar oleh Tuan Radzif sehingga badannya berlaga dengan meja kopi yang berada di tengah ruangan itu.

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now