Pintu bilik dikuak dari luar. Terjengol kepala milik Qhaisara di sebalik pintu itu. Matanya melilar ke seluruh ruangan bilik, mencari keberadaan sang suami.
"Tak naik lagi ke?" Bahu diangkat sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam bilik. Meja solek dituju. Qhaisara mula melabuhkan punggungnya di kerusi yang berada di hadapan meja solek itu.
Satu demi satu pin yang ada di tudungnya dicabut. Lilitan tudung yang melitupi kepala itu dibuka. Rambut yang diikat kemas itu dilepaskan.
"Ya Allah lega." Tutur Qhaisara perlahan. Lehernya diurut sedikit apabila terasa lenguh. Mana tidaknya dari pagi sehingga petang dia tidak berehat melayan tetamu. Dapat rehat pun waktu solat Zohor saja. Itu pun sekejap.
"Penat?" Qhaisara pantas memusingkan kepala mencari suara yang menegurnya.
"A-abang. Dah lama ke dekat situ?" Tanya Qhaisara sedikit gagap. Terkejut melihat Rayyan yang bersandar di dinding berdekatan tandas. Sudah la hanya bertuala paras pinggan.
"Boleh tahan la. Sejak Sara buka tudung tadi. Tak perasan erh abang kat sini?" Rayyan menyilang tangan di dada. Wajah cantik milik Qhaisara ditatap.
Qhaisara menggeleng bersama sengihan.
"Hehe sorry." Rayyan tersenyum sedikit. Kakinya mula dihayun ke arah bagasi yang berada di tepi almari.
"Takpe. Ni Sara nak mandi ke?" Qhaisara yang lagi sibuk membuang make-up di wajah dipandang sekilas.
"Haah." Qhaisara memusingkan badan menghadap Rayyan.
"Iyalah. Abang tunggu Sara. Kita solat Maghrib sama-sama ya. Sebelum balik."
"Okay! Sara mandi dulu erh. Kejap je tak lama." Qhaisara terus mencapai tuala yang tersangkut di pintu almari.
Kelibat Qhaisara yang berjalan ke tandas itu ditatap Rayyan. Senyuman tidak lekang di bibir memandang gadis kecil itu.
"Cute."
゚°☆☆° ゚
"Yang lain dah balik ke?" Qhaisara menyoal sebaik sahaja Rayyan datang mendekatinya. Matanya sibuk melilar ke arah lobi hotel itu, mencari kelibat keluarga yang lain.
"Haah. Diorang balik sebelum maghrib lagi."
"Tinggal kita dua jela ni?" Qhaisara memandang tepat wajah milik Rayyan dengan mata bulatnya.
"Yes kitten." Rayyan mencuit hidung mancung Qhaisara. Memerah wajah gadis kecil itu, malu apabila diperlakukan begitu oleh Rayyan.
"Dah jom kita gerak." Kedua bagasi miliknya dan Qhaisara diangkat keluar. Kereta milik Rayyan dituju.
Selepas selesai meletakkan beg ke dalam bonet, Rayyan terus meloloskan diri ke dalam kereta.
"Kita nak balik rumah siapa?" Qhaisara bertanya sebaik sahaja kereta yang dipandu Rayyan keluar dari perkarangan hotel milik keluarga mereka itu.
"Rumah mama. Tadi Ajiem ada bagitau abang sebelum balik. Semua ada kat sana."
Qhaisara mengangguk. Dia terus melemparkan pandangan ke luar tingkap. Menikmati keindahan pada waktu malam.
Keadaan dalam kereta itu sunyi seketika. Hanya bunyi radio yang menghiasi suasana di dalam kereta itu.
Rayyan memandang Qhaisara sekilas sebelum pandangannya kembali fokus ke arah jalan raya.
Tanpa izin tangan kirinya terus menarik tangan milik Qhaisara dan dibawa ke ribanya. Tangan kecil itu digenggam erat oleh Rayyan.
Qhaisara yang terasa tangannya ditarik terus memalingkan wajah, menghadap wajah kacak milik suaminya sebelum pandangan beralih ke arah tangannya yang sudah berada dalam genggaman milik Rayyan.
"A-abang ni buat Sara terkejut aje la. Lain kali bagitau la dulu."
"Takkan nak pegang tangan isteri sendiri tak boleh?" Rayyan senyum senget.
"Bu-bukan macam tu. S-Sara--"
"Sorry love." Tutur Rayyan, matanya menikam lembut wajah milik Qhaisara. Qhaisara hanya merenung wajah Rayyan. Dia seolah-olah terpukau dengan senyuman manis yang menghiasi wajah lelaki yang sudah sah menjadi suaminya itu.
Pipinya juga sudah membahang tatkala Rayyan memanggilnya dengan panggilan 'love'.
"S-sorry for what?"
"Sebab dah buat Sara terkejut. Abang dari haritu tau berangan nak pegang tangan kecik ni. Tapi abang tahan je. Sebab waktu tu kita tak halal lagi. Harini baru dapat peluang."
Rayyan ketawa perlahan selepas berkata begitu. Dia terus menyambung pemanduannya selepas melihat lampu isyarat sudah bertukar hijau.
"Ish abang ni." Muka dialihkan. Tidak mahu Rayyan melihat mukanya yang sudah tiada beza dengan tomato.
"Ya Allah memang betul-betul kena diabetes aku lepasni." tutur Qhaisara perlahan bersama senyuman. Senyuman bahagia.
゚°☆☆° ゚
"Uwa pengantin baru dah sampai." Shahir yang duduk di ruang tamu kedua itu bersuara setelah melihat Rayyan dan Qhaisara masuk ke dalam rumah. Senyuman mengejek diberikan kepada kedua mereka.
"Ololo baru kahwin pun dah sweet nyah. Tengok tu. Pakai baju pun warna sama."
"Huh?" Qhaisara memandang Qhairil pelik sebelum pandangannya jatuh kepada baju milik Rayyan dan miliknya.
"Lah takkan tak perasan kot. Sibuk main mata ke apa sampai tak perasan benda yang jelas macam ni?" Nabila menjongket-jongket keningnya.
"Ish diam la. Korang ni tak habis-habis kan." Rayyan menjeling ketiga-tiga mereka. Ya Allah bila diorang ni nak berhenti mengejeknya.
"Pengantin baru kita ni malu ke?"
Haziem mencucuk-cucuk pinggang milik Rayyan. Sengaja nak mengusik abangnya itu.
"Sudah-sudah la tu mengusiknya. Ni Ayyan, adik pergilah naik bilik. Rehat dulu. Mesti penat kan seharian melayan tetamu."
Puan Hanisah memandang kedua anak menantunya itu. Tengok muka mereka sahaja sudah tahu mereka pasti penat.
"Sara nak naik dulu pergi la. Abang nak duduk dengan diorang dulu."
Qhaisara hanya mengangguk. Terus dia meminta diri untuk naik kebilik. Memang dalam kepala dia hanya ingin baring saja. Satu badan sakit dek kerana sibuk melayan tetamu tanpa rehat. Ingat senang ke jadi pengantin?
Jam yang menunjukkan waktu 11 malam dipandang sekilas sebelum membaringkan tubuhnya ke katil.
"Ya Allah selesanya. Rasa macam dah sebulan tak baring." Matanya ditutup. Selang beberapa minit, dengkuran halus kedengaran menghiasi bilik itu.
Rayyan yang baru sahaja menjejakkan kaki kedalam bilik itu tersenyum sikit. Dia melangkah mendekati Qhaisara yang sudah tertidur.
"Dengan tudung pun dia tak buka. Memang betul-betul penat ni." Rayyan menggeleng. Terus dia membuka tudung milik Qhaisara. Posisi tidur gadis itu dibetulkan.
Punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan Qhaisara. Wajah polos gadis itu ditenung lama. Tangannya mula naik mengusap pipi kemerahan gadis itu.
Sungguh dia bersyukur. Bersyukur kerana gadis yang sudah lama dia cintai sudah menjadi miliknya yang sah. Bibirnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman.
"I love you, Aryana Qhaisara." Bisiknya perlahan. Bibirnya mendarat di dahi bersih milik Qhaisara. Wajah gadis itu kembali ditenungnya. Tak tidur pun takpe kalau hari-hari dia dapat melihat wajaht cantik milik isterinya itu.
*•.¸♡♡¸.•*
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...