Dua tahun kemudian...
Qhaisara tersedar apabila sistem pendengarannya dihentam dengan suara tawa dari seseorang. Perlahan-lahan matanya dicelikkan sebelum penglihatannya terarah pada Rayyan yang bersandar pada kepala katil bersama Qhairisya di dakapan lelaki itu.
Ternaik senyum gadis itu apabila melihat anak gadisnya tidak henti ketawa apabila diagah oleh suaminya. Harta dunia akhiratnya. Syurga dan bidadari kecilnya.
Qhaisara mengesot perlahan mendekati Rayyan. Pinggang suaminya dipeluk sebelum wajahnya disembamkan pada sisi pinggang lelaki itu. Mata kembali ditutup.
"Tengok tu sayang. Mama dah start mengada dengan papa." Ujar Rayyan bernada mengejek. Badan kecil milik Qhairisya diusap lembut olehnya.
"Abang.." Qhaisara mencelikkan mata. Rayyan dijeling manja sebelum wajahnya kembali disembamkan pada tempat tadi.
Rayyan tergelak perlahan. Kepala Qhaisara diusap olehnya.
"Mamama." Qhairisya menepuk-nepuk dada terdedah milik Rayyan. Mata hanya memandang Qhaisara yang masih memejamkan mata.
"Sayang bangun lah. Anak lapar ni." Rambut Qhaisara yang menutupi wajah ditolak ke belakang bahu. Pipi kemerahan gadis itu diusap lembut.
Qhaisara membuka kembali matanya sebelum menatap wajah mencebik anak gadisnya. Terus dia tersenyum. Kepala dirapatkan dengan pipi milik Qhairisya sebelum pipi itu menjadi mangsa ciumannya.
"Kalau lapar baru nak cari mama. Kalau tak, memang melekat je dengan papa kan." Qhaisara berpura-pura marah. Pipi tembam milik anaknya dicubit lembut.
"Mesti lah. Anak papa kan." Qhaisara memuncungkan bibirnya. Qhairisya diambil dari Rayyan sebelum dia mendukung gadis kecil itu.
"Kita mandi dulu ya, sayang. Nanti mama siapkan nestum Risya. Biarkan papa tu. Jangan kawan dengan dia." Qhairisya tersengih melihat ibunya itu membebel. Wajahnya terus disembamkan pada bahu milik ibunya.
"Mengada."
"Nak mandi sekali." Pinta Rayyan. Selimut tebal ditolak ketepi sebelum dia bangun mendekati isteri serta anaknya.
"No."
"Nak juga!"
"Tak payah mengada." Rayyan tergelak kuat. Tuala diambil sebelum dia bergerak masuk ke dalam tandas. Macam lah dia kisah dengan amaran isterinya itu.
゚°☆☆° ゚
"Dapat dia!" Rayyan mendukung Qhairisya seraya pipi anak perempuannya itu dicium berkali-kali. Terkekek suka gadis kecil yang baru menginjak usia 2 tahun itu.
"Sejak dah pandai jalan ni memang tak reti duduk diam ya." Soal Rayyan. Wajah dibuat-buat garang pada Qhairisya. Terus mencebik bibir gadis kecil itu. Leher Rayyan dipeluk sebelum wajahnya disembamkan pada bahu bapanya.
"Alolo. Papa gurau je lah sayang." Rayyan melabuhkan punggungnya di sofa. Qhairisya didudukkan di atas ribanya. Wajah kemerahan gadis kecil itu ditatap.
"Abang." Rayyan memusingkan kepala memandang Qhaisara yang baru sahaja keluar dari dapur. Di tangan gadis itu terdapat botol susu berwarna biru.
"Kenapa ni?" Soal Qhaisara. Dia mula duduk bersebelahan Rayyan sebelum anak perempuan mereka itu diambil daripada Rayyan. Pipi si kecil itu dicium geram.
"Biasalah sayang. Merajuk dengan abang sebab abang acah nak marah dia." Ujar Rayyan. Rambut depan Qhairisya dibetulkan.
"Manja dia ni." Qhairisya senyum kepada ibunya sebelum tangan digapai-gapai seolah meminta sesuatu.
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...