3 7

2.3K 75 1
                                    

Qhaisara menolak perlahan tangan Rayyan yang cuba untuk menyuapnya. Kepala digelengkan.

"Sayang baru makan sikit." Kata Rayyan lembut. Pinggan diletakkan di meja sebelah katil. Wajah isterinya itu ditatap sebelum diusap sayang.

"Dah kenyang." Qhaisara sengih. Gelas yang berisi air masak diambil sebelum diteguk perlahan.

"Badan sayang dah susut sangat lah. Kena makan banyak lagi."

Qhaisara memuncungkan bibirnya. Rayyan ditatap dari atas hingga bawah. Terus tangannya naik mencubit perut lelaki itu. Mengaduh sakit Rayyan apabila mendapat cubitan dari isterinya. Wajah Qhaisara yang sudah tergelak itu ditatap geram.

"Sakitlah sayang."

"Padan muka. Cakap orang badan susut. Dia tu sama je." Qhaisara menjeling manja suaminya. Tempat cubitan tadi diusap.

"Abang tak lalu makan lah." Qhaisara angguk perlahan. Faham perasaan suaminya itu.

Tuan Radzif dan Puan Linda ada juga cakap yang Rayyan asyik ulang-alik dari tempat kerja ke hospital sepanjang dia tidak sedarkan diri. Kesian pula dekat suaminya itu.

"Abang lah pula makan. Meh sini Sara suap." Qhaisara menawarkan diri namun dia hanya mendapat gelengan dari lelaki itu. Terus mencebik gadis itu.

"Kenapa? Tak sudi nak makan apa yang Sara suap?"

"Bukan macam tu lah. Abang kenyang lagi. Tadi abang dah makan dengan achik dan abang Shah." Qhaisara angguk perlahan.

"Sayang." Panggil Rayyan memecahkan kesunyian antara mereka. Qhaisara mengangkat kepala memandang suaminya.

"Kenapa?"

"Kalau abang tanya ni, tolong jujur dengan abang, boleh?" Soal Rayyan lembut. Qhaisara menggigit bibir bawahnya sebelum mengangguk.

"Kenapa Sara sembunyikan benda ni dari semua orang? Dari Abang? I'm your husband, sayang. Abang perlu tahu benda ni." Soal Rayyan lembut. Wajah isterinya ditatap sedikit kecewa.

Kecewa kerana gadis itu menyembunyikan perkara sebesar itu dari keluarga mereka.

"Sara minta maaf. Sara tak kuat untuk bagitahu semua ni. Sara takut semua tak dapat terima Sara lepas dapat tahu apa yang sebenarnya jadi pada Sara." Ucap Qhaisara perlahan. Bajunya diramas kuat, menghilangkan rasa takut.

"Tapi abang perlu tahu." Qhaisara mengangkat kepalanya. Mata menikam lembut mata milik suaminya.

"Kalau Sara bagitau dari dulu, abang masih pilih Sara ke untuk dijadikan isteri?"

"Kalau abang tahu benda ni, abang akan sayang dan cinta kan Sara macam sekarang ke abang?" Soal Qhaisara. Getaran pada suaranya sedaya upaya ditahan. Rayyan hanya diam, memberikan ruang untuk gadis itu bercakap.

"Abang masih boleh terima Sara ke lepas abang tahu semua ni? Abang sanggup ke nak memperisterikan perempuan kotor macam Sara? Bekas orang?"

Rayyan memejamkan matanya apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya. Tangan digenggam kuat sehingga menampakkan urat hijau di situ.

Qhaisara menarik nafas sedalam-dalamnya. Air mata yang dari tadi ditahan akhirnya mengalir laju di pipi kemerahan gadis itu.

"S-Sara sendiri pun rasa jijik dengan diri Sara." Rayyan memandang wajah milik Qhaisara yang sudah dikotori dengan air mata.

"Enough Qhaisara." Bergetar suara milik Rayyan ketika itu. Tangan gadis itu digenggam.

"Sara cuba untuk bagitau semua orang. Bukannya Sara tak cuba. Tapi setiap kali Sara ingat benda ni. Sara.."

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now