Qhaisara hanya memandang keindahan pulau yang terbentang luas dari balkoni bilik hotelnya. Cantik dan menenangkan. Terbit satu senyuman manis di bibir gadis itu.
Sedang syok dia melihat pulau tersebut, tiba-tiba terasa sesuatu melingkar di pinggang rampingnya. Terus kepalanya dipalingkan memandang wajah Rayyan yang sudah berada di sisi kepalanya.
"Terkejut Sara." Rayyan tergelak perlahan. Matanya masih fokus menghadap ke hadapan, memandang pulau biru kehijauan itu.
"Tiga hari straight ni abang sibuk tau. Sara kena duduk diam diam dalam bilik. Tak boleh pergi mana-mana."
Qhaisara pantas memusingkan badannya menghadap Rayyan yang hanya bertuala paras pinggang. Bahu lelaki itu dipukul lembut.
"Ish pergi pakai baju lah! Tak malu betul. Kalau orang nampak macam mana?"
Rayyan senyum senget sebelum tangan kecil Qhaisara yang memukul bahunya itu digenggam. Wajahnya dirapatkan dengan wajah cantik milik isterinya.
"Kalau orang nampak pun kenapa?" Soal Rayyan bersama senyuman mengejek. Kedua tangannya diletakkan di sisi Qhaisara, mengunci pergerakkan gadis itu. Badannya dibongkokkan agar wajahnya menyamai wajah Qhaisara.
"Tak boleh lah. Badan abang tu Sara je boleh tengok!" Terletus tawa milik Rayyan. Badannya dirapatkan dengan badan Qhaisara. Menghapuskan jarak antara mereka berdua.
"Tak boleh erh?" Bisik Rayyan perlahan di telinga Qhaisara. Terus menegak bulu roma gadis itu tatkala mendengar suara garau Rayyan.
"A-abang ni kenapa?" Dada Rayyan ditolak lembut oleh Qhaisara. Rayyan tergelak sebelum menjarakkan semula badannya dengan Qhaisara.
"Pucat terus muka tu. Abang tak buat apa-apa pun lah." Kepala Qhaisara diusap lembut sebelum melabuhkan ciuman di dahi licin gadis kecil itu.
"Main-main kan!" Rayyan senyum senget. Gurau je cik kak oi. Itu pun takut.
"Tapi kan abang. Takkan Sara tak boleh keluar langsung bilik nanti? Sara nak pergi sana." Soal Qhaisara. Bibir dimuncungkan manakala jarinya ditunjukkan ke arah pulau di hadapan mereka.
"Kalau nak pergi kena tunggu abang balik dulu, okay? Ni bukan tempat kita sayang. Kalau jadi apa-apa kan susah nanti."
Pipi Qhaisara diusap lembut. Rambut yang terkeluar diselitkan dalam selendang yang dipakai gadis itu untuk menutup kepala.
"Bosan lah kalau macam ni." Qhaisara mencebik. Rayyan tersenyum nipis mendengar suara manja isterinya itu. Comel.
Kepala Qhaisara yang berlapikan selendang diusap lembut. Dahinya disatukan dengan dahi Qhaisara sebelum mata tajamnya menikam lembut mata hazel gadis itu.
"Alah kejap je. Nanti bila abang dah habis semua kerja, abang bawa Sara pergi Pulau Mabul, okay? Kita duduk sana dua tiga hari baru balik Selangor."
"Betul ke ni? Jangan pula nanti batal lagi?" Qhaisara menjeling Rayyan yang sudah mengemamkan bibirnya, menahan diri dari melepaskan tawa. Kan ada yang merajuk lagi.
"Iya. Yang ni abang betul-betul bawa. Lagipun resort tu pun dah tak jauh dari sini."
Qhaisara melebarkan senyumannya. Badan Rayyan terus dipeluk erat olehnya. Orang nak nampak? Biar lah diorang. Peluk suami sendiri juga. Nak jealous? Padan muka siapa suruh tak kahwin!
"Sayang abang!"
"Baru nak sayang ke? Sebelum ni tak sayang?" Kening sebelah kiri diangkat. Senyuman sinis terbit dibibirnya.
"Hehe. Dah lah abang. Pergi pakai baju. Tak payah nak show off sangat roti abang tu. Sara tak terliur pun."
Badan Rayyan ditolak lembut menjauhinya. Rayyan pula sudah tergelak kuat. Sempat dia mencium sekilas bibir gadis itu sebelum bergerak mendekati almari baju.
"Orang tua miang!"
゚°☆☆° ゚
"Abang cepatlah. Sara lapar ni." Qhaisara menarik lembut tangan Rayyan supaya berjalan dengan lebih pantas. Orang tengah lapar dia boleh pula jalan macam siput.
"Ya, sabar sayang. Tak menyempat langsung."
Rayyan menarik tangan Qhaisara supaya gadis itu berjalan seiring dengannya. Tangan kecil Qhaisara digenggam erat olehnya.
"Orang lapar ni." Qhaisara mengembungkan pipinya. Rayyan tergelak sedikit sebelum tangan Qhaisara ditarik untuk bergerak ke arah meja kosong.
"Nak makan apa? Abang nak pergi order."
"Apa-apa jelah. Yang penting taknak ada sayur." Rayyan menjengilkan matanya ke arah Qhaisara. Anti betul dengan sayur.
"Iyalah. Abang pergi order jap. Duduk sini diam diam. Jangan nak gatal pergi sana pula." Pesan Rayyan bernada lembut tapi kedengaran sangat tegas di telinga gadis itu.
Qhaisara hanya sengih sebelum angguk laju. Cis dia ni macam tahu-tahu aje aku nak pergi sana.
Rayyan usap lembut kepala Qhaisara sebelum bergerak ke arah tempat membuat tempahan. Usai membuat tempahan dan bayaran, terus Rayyan bergerak ke arah keberadaan isterinya.
BUK
"Allahuakbar. Sorry salah saya."
"No, it's okay." Rayyan menyerahkan dompet lekaki itu yang terjatuh. Dia mengangkat kepala, memandang wajah lelaki yang baru sahaja berlanggar dengannya tadi.
"Tengku Rayyan?" Soal lelaki itu. Rayyan senyum sedikit sebelum mengangguk.
"Hakimiey, right?" Lelaki yang bernama Hakimiey itu pantas mengangguk sebelum menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Rayyan.
"Ingat lagi kau dekat aku kan."
"Of course. Kau apa khabar? Buat apa dekat sini? Qhairil dengan Shahir ada sekali ke?" Soal Hakimiey bertubi-tubi.
"Satu-satu lah bro. Aku alhamdulillah sihat aje. Ni aku datang sebab urusan kerja. Qhairil dengan Shahir takde pun. Aku datang dengan wife aku. Tu hah tengah main fon."
Rayyan menjuihkan bibirnya ke arah Qhaisara yang tekun bermain telefonnya. Lelaki itu tersenyum sedikit melihat Qhaisara sebelum pandangannya beralih kepada Rayyan kembali.
"Lah kau dah kahwin ke. Congrats bro."
"Thanks. Kau pula buat apa kat sini? Ke memang dah menetap kat sini?" Hakimiey menggeleng bagi menjawab soalan Rayyan.
"Aku pun ada kerja kat sini. Eh aku dah lewat sebenarnya ni. Aku gerak dulu erh. Oh sebelum tu, ni kad aku. Apa-apa nanti call lah."
Hakimiey menyerahkan sekeping kad kepada Rayyan. Tangan lelaki itu bersatu dengan Rayyan.
"Ya lah. Nanti kalau ada jodoh kita jumpa lagi ya." Hakimiey tergelak perlahan sebelum mengangguk.
"Aku pergi dulu. Nanti kirim salam dekat Qhairil dengan Shahir ya. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Rayyan hanya memerhati kelibat Hakimiey yang semakin menjauh dengannya. Hilang sahaja kelibat lelaki itu, terus Rayyan bergerak mendekati Qhaisara.
"Lamanya abang pergi order. Sara ingatkan abang masuk dapur tolong siapkan makanan tadi."
"Kesitu pula dia ni." Rayyan menggelengkan kepalanya bersama senyuman. Ada-ada aje budak kecik ni.
"Abang terjumpa kawan lama tadi. Berbual kejap dengan dia. Itu yang lama." Qhaisara angguk.
Selang beberapa minit, makanan yang dipesan mereka sampai. Terus melebar senyuman Qhaisara melihat makanan yang berada di hadapannya.
"Baca doa dulu sayang."
"Hehe. Sara lapar sangat lah abang sampai lupa nak baca doa." Rayyan menggelengkan kepalanya. Pipi kemerahan Qhaisara dicubit perlahan olehnya. Haih nasib comel.
"Macam-macam lah Sara ni."
*•.¸♡♡¸.•*
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...