0 2

2K 109 2
                                    

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Haa sampai pun. Mari masuk." Puan Linda bergerak ke tepi memberi ruang untuk tetamunya masuk.

"Yang lain dah lama ke sampai kak Linda?"

Puan Hanisah bertanya sebaik sahaja dia melihat keluarga suaminya yang lain sudah berada di ruang tamu.

"Abang long sekeluarga dari pagi tadi ada dekat sini. Usu pula baru aje sampai." Puan Hanisah mengangguk sedikit.

"Makngah. Yang lain mana?" Haziem melihat sekeliling ruang tamu rumah banglo mewah itu, mencari kelibat sepupu-sepupunya yang lain.

"Ada dekat ruang tamu atas. Pergi la naik." Haziem mengangguk. Dia terus menarik tangan isterinya naik ke tingkat atas meninggalkan Puan Linda, Puan Hanisah dan abangnya di pintu masuk.

"Hah Ayyan pergi la naik sekali. Diorang tu dari tadi tunggu korang sampai." Puan Linda berkata lembut.

"Iya la makngah. Ayyan naik dulu ye." Rayyan menunduk sedikit di hadapan ibu dan ibu saudaranya sebelum berjalan mengikuti Haziem dan isterinya.

"Sampai pun korang. Ingat kan tak jadi datang tadi."

Kesemua mata yang berada disitu terus beralih memandang tiga ketul manusia yang baru sahaja tiba di ruang tamu itu.

"Salah diorang dua ni ha. Bersiap mengalahkan pengantin."

Haziem dan Shahida hanya mampu tersengih mendengar bebelan dari Rayyan itu. Arh biasalah tu. Mesti terasa diri tu single. Maklum la dia sahaja yang belum kahwin diantara sepupu-sepupu lelakinya yang lain.

"Biasalah. Suami isteri. Nanti dah kahwin kau tahu la macam mana." Qhairil bersuara. Saja ingin mengusik sepupu yang bakal menjadi adik iparnya itu.

"Diam la." Rayyan bersuara datar. Terletus ketawa semua yang berada di situ.

"Alolo sian dia. Muka merah-merah ni kenapa? Jealous tengok orang lain dah kahwin?"

Giliran Shahir pula mengusik Rayyan. Makin galak mereka ketawa. Lagi-lagi apabila mereka melihat wajah Rayyan yang tiba-tiba sahaja berubah merah.

"Bel, Amy. Kalau korang jadi janda nanti jangan tanya kenapa." Mata hitam milik Rayyan tajam memandang wajah Qhairil dan Shahir yang masih mentertawakannya.

"Rilek la abang Ayyan. Gurau aje la. Alah tak lama dah pun. Adik pun dah setuju kan."

Rayyan terus memandang Amylia. Minta penjelasan.

"Adik dah terima la lamaran tu." Shahir menjawab.

"Happy la tu?"

Haziem menyenggol bahu Rayyan berkali-kali. Yang lain juga sudah membuat wajah mengejek. Mana tak nya Rayyan tiba-tiba sahaja senyum lepas mendengar kata-kata Shahir tadi.

"Eii annoying la korang ni." Rayyan memusingkan bebola matanya. Menyampah dengan sepupu-sepupunya yang suka mengejek tu. Mentang-mentang dia seorang sahaja yang belum kahwin.

゚°☆☆° ゚

"Kalau dua-dua dah setuju. Kita tetapkan tarikh la ye." Kata Tuan Razhan. Dia memandang wajah abang keduanya.

"Ha abang ngah, kau rasa bila tarikh yang sesuai?"

"Kita langsung kan aje bulan depan. Benda baik tak elok tangguh-tangguh." Tuan Rahman memandang kedua-dua anak lelakinya. Minta persetujuan.

"Kalau alang ok, Zif pun setuju aje abah." Tuan Radzif memberi kata putus.

"Bagus la macam tu. Kamu berdua bincang la tarikh yang sesuai untuk akad nikah. Lagi cepat lagi bagus."

"Amboi aki, macam dia pula nak kahwin." Puan Fatimah yang baru sahaja keluar dari dapur bersuara.

Suami nya itu kalau bab jodohkan cucu memang kerja dia la. Dari Syafiq, cucu sulung mereka sehingga la Qhaisara dia tentukan. Cucunya pon hanya mampu reda sahaja. Tapi bila dah lama-lama bahagia juga diorang tu.

"Iya la opahnya. Bila semua dah kahwin ni tak ada la nak risau sangat. Zaman sekarang ni bukan senang macam kita dulu."

"Abah ni. Cuba bagi ayat lain sikit. Dari Syafiq lagi abah asyik guna ayat tu aje. Sampai Redza pun dah boleh hafal." Tuan Redza menggelengkan sedikit kepalanya.

"Ayat macam mana lagi. Dah itu je yang abah tahu."

"Malam ni tidur sini je la ye. Boleh kita bincang-bincang apa yang patut." Puan Linda memberi cadangan.

"Iyalah. Budak-budak tu pun macam dah taknak turun je." Tuan Rafiqi memandang tingkat atas rumah abangnya. Dapat mereka dengar suara gelak ketawa anak menantu mereka dari atas sana. Entah apa yang dibualkan pun tidak tahu.

*•.¸♡♡¸.•*

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now