"Ayyan?"
"Duduk lah." Qhairil terus sahaja mengambil tempat disebelah Rayyan manakala Shahir pula duduk berhadapan dengan mereka berdua. Wajah milik sepupu mereka ditatap.
"Kau kenapa Ayyan. Dah hampir seminggu kitorang tengok kau ni macam serabut je. Kau ada masalah ke?" Soal Shahir namun hampa apabila lelaki itu hanya mendiamkan diri.
Shahir meraup kasar wajahnya apabila tiada satu pun jawapan yang keluar dari mulut sepupunya itu. Nak cakap bisu tapi tadi elok je bersuara.
"Kalau kau ada masalah, share aje dekat kitorang. Kitorang sudi dengar." Qhairil menepuk lembut bahu Rayyan.
"Pasal adik?" Soal Shahir lagi. Rayyan sekadar mengangguk bagi menjawab soalan itu.
"Kau taknak bagitau sebab aku ada ke?"
"Aku pun tak tahu, Ril. Aku buntu sekarang. Aku tak tahu patut ke aku bagitau korang." Rayyan diam untuk seketika. Wajah Qhairil dan Shahir dipandang silih ganti.
"Tapi aku memang perlukan someone untuk bercerita." Ujar Rayyan perlahan, namun masih jelas didengar oleh kedua jejaka itu.
"Kalau kau rasa kau akan lega bila ceritakan masalah ni, kau cerita je. Kitorang akan dengar. Kitorang ni sepupu kau, kawan baik kau. Kau percayakan kitorang kan?" Rayyan mengangguk perlahan.
"Kau anggap je aku kawan baik kau harini, bukan abang ipar kau, okay? Cerita semua benda tu. Lepasni aku taknak tengok muka stress kau ni."
Rayyan menghela nafas berat. Pelipisnya diurut lembut sebelum dia mengangkat kepala memandang kedua sepupu sebayanya itu.
"Kalau aku cakap yang Sara dengan Kimiey tu dah lama kenal, korang percaya tak?" Keadaan diantara mereka sunyi untuk seketika. Rayyan menatap kosong wajah Shahir dan Qhairil, menanti jawapan dari mereka berdua.
"Mungkin tak mungkin ya."
"Maksud kau?" Shahir memandang wajah Qhairil. Rayyan disebelah hanya diam menunggu jejaka yang bergelar abang ipar kepadanya itu menyambung bicara.
"Kau ingat tak dulu Kimiey pernah berhenti belajar sebab ada masalah peribadi?"
"Jadi? Apa kena mengena dia kenal Sara dengan benda ni?" Rayyan memandang pelik Qhairil. Benci betul dengan manusia yang cakap tak habis ni.
"Well aku dapat tahu dia sambung balik belajar. Dekat universiti sama dan tahun yang sama dengan adik. So boleh jadi juga diorang dua tu kenal each other and maybe sekelas sebab dua-dua ambil course yang sama."
Rayyan hanya sekadar mengangkat bahunya. Air milo yang sudah tinggal separuh dikacau perlahan dengan straw.
"Tapi asal Sara macam takut dengan Kimiey?" Bisik Rayyan perlahan pada diri sendiri. Cukup hanya dia sahaja dengar.
"Kenapa kau tanya macam tu? Ada apa-apa ke antara adik dengan Kimiey?"
"Entah. Aku rasa macam something dekat diorang dua. Macam ada yang diorang rahsiakan dari kita. Tapi aku tak tahu apa."
"Bukan nak besarkan masalah. Tapi ingat tak waktu kenduri doa selamat minggu lepas? Waktu Kimiey sampai tu adik terus naik bilik katanya perut sakit balik?" Shahir menjongketkan keningnya. Melihat sahaja muka sepupunya yang inginkan penjelasan terus dia menyambung kata-katanya.
"Waktu tu aku terpandang Kimiey tau. Aku perasan dia smirk. Tapi time tu aku buat tak tahu jelah. Fikir takde apa berlaku, sebab tu aku diamkan je. Tapi lepas kau buka cerita ni."
Shahir tidak menghabiskan ayatnya, sebaliknya hanya mengangkat bahu.
"Tak cuba tanya adik." Rayyan menggeleng perlahan. Bercakap pun tidak, ini kan pula nak bertanya pasal ni. Memang tidak lah.
"Dah lah kita biarkan dulu. Nanti kita cuba siasat sama-sama erh? Dah tak payah nak stress stress." Qhairil menepuk bahu Rayyan separa kuat.
"Tah. Muka tu tak payah tegang sangat. Seram aku tengok." Shahir menjeling manja Rayyan yang sudah tergelak. Entah apa yang lawak pun tak tahu.
゚°☆☆° ゚
"Balik lah Daniel! Jangan kacau aku lagi boleh tak?!" Qhaisara menolak kuat badan Daniel yang cuba untuk mendekatinya.
"Wah. Dah pandai tengking aku sekarang? Dah tak takut ke?" Soal Daniel. Senyuman sinis terpancar pada wajahnya.
Qhaisara hanya mendiamkan diri. Dalam hatinya sibuk berdoa agar tiada sesiapa melihat dia dan lelaki itu. Lagi parah kalau suaminya sendiri melihat mereka berdua. Sudahlah lelaki itu sekarang tidak mahu bercakap dengannya. Entah apa masalah pun dia tak tahu.
"Taknak bagi aku masuk ke? Suami kau takde kan? Jom. Aku nak lepaskan rindu aku dekat kau." Daniel membelai lembut pipi kemerahan Qhaisara. Makin membuak nafsunya apabila melihat wajah ketakutan gadis itu.
Daniel bertindak mendekatkan wajahnya pada leher milik Qhaisara. Namun dengan spontan tangan gadis itu naik menampar kuat pipi milik jejaka itu.
"Kau-"
PON!
Kedua-dua mereka terus menoleh memandang ke arah kereta BMW milik Rayyan yang berhenti di belakang kereta Daniel. Terus sahaja dia tersenyum sinis.
"Suami kesayangan kau dah balik."
"Kimiey? Buat apa kat sini?" Soal Rayyan sebaik sahaja dia keluar dari kereta. Wajah milik Qhaisara dipandang sekilas sebelum matanya menatap Daniel yang sudah tersenyum manis.
"Sara masuk dulu." Qhaisara menundukkan sedikit badannya sebelum dia berjalan masuk ke dalam rumah, meninggalkan Rayyan dan Daniel berdua di luar.
"Ni hah nak bagi fail kerja. Aku pergi pejabat kau takde, datang rumah pun wife kau cakap kau takde. Ingatkan nak call tadi." Daniel menghulurkan fail tebal berkulit hitam kepada Rayyan.
"Bukan ke sepatutnya kau bagi Shahir ke?" Soal Rayyan pelik.
"Ah ye ke? Bukan haritu suruh bagi kau?" Rayyan mengangkat sebelah keningnya. Lelaki di hadapannya ini cuba auta dia ke apa?
"Kau lupa lah tu. Eh dah lah aku minta diri dulu. Ada kerja nak kena settle. Nanti kita jumpa lagi ya?" Belum sempat Rayyan menghalang, Daniel terus bergerak masuk ke dalam keretanya. Dia mengangkat sebelah tangannya ke arah Rayyan sebelum kereta miliknya dipandu laju meninggalkan kawasan perumahan itu.
"Dah lama ke dia datang?" Qhaisara menoleh melihat Rayyan yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.
"Baru je. Waktu abang balik tu dia dah nak pergi." Rayyan mengangguk sebelum bergerak naik ke tingkat atas. Dia mengetap kuat rahangnya, geram apabila isterinya itu tidak jujur dengannya.
"Sampai bila Sara nak menipu abang?"
*•.¸♡♡¸.•*
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...