2 8

1.1K 62 0
                                    

Rayyan hanya merenung skrin komputer yang menyala dihadapannya. Fikirannya kini melayang jauh. Kerja yang berselerak di atas meja kerjanya itu langsung tidak dilihat olehnya.

"You broke our promise, sayang." Rayyan meraup kasar wajahnya. Kecewa. Itu sahaja yang mampu dia ungkapkan waktu itu apabila mengenangkan apa yang telah isterinya lakukan.

Rayyan memejam rapat matanya. Cuba untuk mencari ketenangan. Kepalanya kini serabut memikirkan rahsia yang telah Qhaisara sembunyikan dari dirinya.

"Woi! Kau pehal?" Rayyan membuka perlahan matanya. Qhairil dan Shahir yang berada di hadapannya ditatap malas.

"Tak reti ketuk pintu dulu ke sebelum masuk?" Soal Rayyan mendatar. Wajahnya sekali lagi diraup sebelum dia menyusun semua fail di atas meja kerjanya.

Qhairil dan Shahir memandang pelik ke arah Rayyan. Jelas di penglihatan mereka, lelaki itu tampak sedikit serabut. Dengan rambutnya yang serabai dan tak terurus. Sah ada masalah yang dihadapi oleh lelaki itu.

"Kau okay? Nampak stress je."

Rayyan menghela nafas berat. Qhairil dan Shahir yang sudah mengambil tempat dihadapannya itu dipandang.

"Aku nak tanya sikit boleh?" Soal Rayyan dan mendapat anggukan sahaja dari kedua sepupunya.

"Apa perasaan korang kalau orang yang korang sayang mungkir janji?"

"Kalau aku mestilah marah. Dia dah janji, tapi dia hancurkan pula janji tu. Munafik namanya tu." Ujar Shahir bersungguh-sungguh. Rayyan angguk sebelum memandang ke arah Qhairil.

"Kalau dia tipu dan tak jujur dengan kau?" Soal Rayyan lagi.

"Maybe aku tanya dulu dia kenapa dia buat semua tu. Mungkin ada sebabnya tersendiri. Jangan sebab satu kesalahan yang dia dah buat, kau terus hukum dia. Maybe dia terpaksa buat semua tu untuk orang yang kau sayang."

"Ingat, kita ni manusia je. Manusia tak pernah lari dari buat kesilapan. Cuba tanya dulu, jangan terus tuduh melulu aje."

Rayyan dan Shahir hanya mengangguk sahaja mendengar kata-kata dari Qhairil. Lelaki itu sangat berfikiran matang.

"Even dia orang yang kita sayang, tapi kalau dia dah mungkir janji plus tipu kita, itu tetap salah." Kata Shahir tidak mahu kalah. Qhairil terus menjengilkan mata ke arah lelaki itu.

"Kan aku dah cakap, mungkin ada sebab tersendiri kenapa dia buat macam tu. Ish kau ni."

Shahir tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Dua jarinya naik membuat tanda 'peace' kepada Qhairil.

"Ah by the way, kenapa kau tanya ni? Ada masalah? Adik ke yang buat semua tu? Korang gaduh eh?"

Rayyan hanya diam. Soalan yang ditanyakan oleh Shahir itu hanya dibiarkan dibawa oleh angin.

Kepala diletakkam di atas meja. Terlalu banyak perkara yang harus dia fikirkan pada waktu sekarang.

Qhairil dan Shahir terus memandang sesama mereka sebelum kedua-duanya mengangkat bahu. Timbul perasaan curiga dalam diri mereka namun didiamkan sahaja.

Biarlah lelaki itu sendiri yang membuka mulut, menceritakan segala masalahnya. Tidak mahu dicop busybody nanti.

゚°☆☆° ゚

"Abang dah balik?" Soal Qhaisara bersama senyumannya. Briefcase serta kot milik Rayyan diambil lalu diletakkan di atas sofa. Wajah kacak milik suaminya itu dipandang.

"Abang nak makan? Sara ada masak." Rayyan hanya menggeleng. Dia terus melangkah ke arah tangga, menghiraukan pandangan pelik isterinya.

"Abang takde selera. Abang nak rest je."

Qhaisara hanya memandang Rayyan yang memanjat tangga untuk kebilik. Pelik apabila lelaki itu tiba-tiba sahaja bersikap dingin dengannya.

Rayyan menghela nafas perlahan. Badan dihempas kasar di atas katil. Syiling bilik ditenung tanpa perasaan.

"Kita dah janji untuk tidak berahsia, tapi kenapa Sara hancurkan janji tu?"

゚°☆☆° ゚

"Sayang-" Langkah Rayyan terhenti selepas matanya menangkap figura Qhaisara bersama seorang lelaki yang sangat dia kenali. Terus sahaja Rayyan menyembunyikan dirinya di sebalik dinding.

"You tengah fikirkan I ke sayang?" Qhaisara sedikit tersentak apabila tiba-tiba sahaja dirinya dipeluk dari belakang. Dengan pantas dia menolak badan lelaki itu.

"Kau kenapa Daniel?!" Jerit Qhaisara namun dalam keadaan berbisik, takut sekiranya didengari oleh keluarga dan tetamunya.

"I rindu you, sayang. I datang sini pun sebab I nak jumpa you je." Daniel tersenyum sinis. Badan Qhaisara dipandang dari atas hingga kebawah. Dia berjalan mendekati Qhaisara sebelum cuba untuk memeluk gadis itu.

"Stop it, Daniel Hakimiey?! Tak cukup lagi ke dengan apa yang kau buat dekat aku dulu?!"

Qhaisara mencerlung tajam wajah Daniel di hadapannya. Air mata yang dari tadi bertakung di tubir mata kini sudah menitis membasahi pipinya.

"Tak selagi you tak jadi milik I." Kata Daniel berserta senyuman sinis. Pipi Qhaisara diusap lembut olehnya.

"You selamat tau kalini sebab kita sekarang dekat rumah family you. Takpe I tunggu you balik rumah, nanti kita buat kerja kita macam dulu, okay sayang?"

Daniel berkata bersama tawa dihujung ayatnya. Pipi Qhaisara dicium sekilas sebelum dia terus melangkah keluar dari dapur.

"Tak cukup lagi ke kau seksa aku." Kata Qhaisara seorang diri. Dia terus jatuh terduduk di hadapan singki. Esakkan kecil kedengaran namun dengan pantas dia menekup mulutnya.

Rayyan yang berada di sebalik dinding itu hanya mendiamkan diri sambil melihat ke arah Qhaisara. Tangan digempal kuat selepas mendengar segala perbualan di antara isteri dan rakannya itu.

"Apa yang korang sembunyikan dari aku?"

*•.¸♡♡¸.•*

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now