3 4

2K 79 5
                                    

"Dah bangun." Rayyan terus mendapatkan Qhaisara yang berjalan kearahnya. Tangan gadis itu diraih sebelum ditarik untuk duduk di kitchen island.

"Duduk sini dulu. Abang buat sarapan jap. Nanti makan lepastu makan ubat ya." Qhaisara hanya memerhati pergerakan Rayyan yang sibuk menyiapkan sarapan.

Riak pelik terpancar pada wajahnya. Mana tidaknya, bangun sahaja tidur dia sudah berada dalam bilik. Lepastu dapat pula layanan baik dari Rayyan, sedangkan semalam lelaki itu sangat marah padanya. Dia bermimpi ke sekarang?

Qhaisara bangun dari duduk sebelum bergerak mendekati Rayyan yang sibuk menyapu jem pada roti. Belum sempat dia menyentuh lengan Rayyan, lelaki itu bertindak memusingkan badannya menghadap Qhaisara sehingga menyebabkan gadis itu terkejut.

"Auch." Qhaisara mengerutkan wajah apabila terasa sakit pada belakangnya yang berlanggar dengan kabinet dapur. Tanpa dipinta, air matanya perlahan-lahan mengalir turun.

"Sayang. Ya Allah, yang sayang berdiri belakang abang macam tu kenapa." Soal Rayyan. Riak risau terpancar pada wajahnya apabila melihat kerutan pada wajah isterinya.

Badan kecil Qhaisara diangkat sebelum diletakkan di atas kitchen island. Tangannya naik mengusap lembut belakang Qhaisara, menghilangkan rasa sakit yang dirasai gadis itu.

"Nanti abang letak ubat, okay?" Angguk tidak, geleng pun tidak. Matanya hanya fokus pada wajah risau suaminya.

"A-abang dah tak marahkan Sara, ke?" Tangan Rayyan yang mengusap belakang badan Qhaisara serta merta berhenti apabila soalan itu terpancul keluar dari mulut isterinya.

Mata hitamnya tajam menikam mata hazel Qhaisara. Dia mengeluh perlahan sebelum menjarakkan badannya dengan badan gadis itu.

"Abang taknak cakap pasal tu sekarang." Ujar Rayyan sebelum bergerak ke arah tempatnya tadi. Roti yang sudah siap disapu jem diambil lalu diletakkan di atas meja makan.

Dia kembali mendekati Qhaisara. Badan gadis itu diangkat untuk turun dari kitchen island dan membawa gadis itu ke meja makan.

"Makan lah dulu. Lepastu makan ubat. Abang nak naik mandi. Dah siap nanti biar je semua ni, nanti abang kemas." Rayyan terus berjalan meninggalkan Qhaisara seorang diri di meja makan. Gadis itu hanya memandang ke tempat terakhir suaminya berdiri. Keluhan dilepaskan perlahan.

"Salah aku tak terus terang."

゚°☆☆° ゚

"Tengku. Encik Hakimiey dah sampai." Qhairil memandang wajah Rayyan dan Shahir sekilas sebelum pandangannya beralih pada pembantu peribadinya.

"Panggil dia masuk." Pembantu peribadi Qhairil menundukkan sedikit badannya sebelum dia bergerak keluar.

Selang beberapa minit, Hakimiey masuk ke dalam pejabat milik Qhairil. Dia sempat tersenyum sinis sebelum senyuman dimaniskan.

"Kenapa nak jumpa ni? Pasal projek tu ke?" Soal Hakimiey. Wajah ketiga-tiga lelaki dihadapinya ditatap dengan wajah bersahaja.

Qhairil melepaskan keluhan kasar. Sampul surat yang berada di tangannya dibaling kasar di hadapan Hakimiey.

"Kau hantar semua ni?" Soal Qhairil. Rayyan disebelah hanya diam. Menunggu jawapan dari lelaki itu.

Dapat mereka tangkap senyuman sinis yang terpancar pada wajah Hakimiey. Tawa halus dari lelaki itu menyapa pendengaran ketiga mereka.

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now