"Besarnya rumah abang." Qhaisara melihat sekeliling rumah banglo milik Rayyan. Dia terpesona untuk seketika. Hiasan dalam rumah itu sungguh cantik.
"Bukan rumah abang, tapi rumah kita." Pangkal hidung mancung Qhaisara dicuit. Dia tersenyum sedikit melihat wajah gadis itu. Comel.
"Rumah kita?"
"Ya sayang. Mulai harini, rumah ni milik kita berdua. Bukan rumah abang dah." Kepala Qhaisara diusap. Melebar senyuman gadis kecil itu.
Kedua-dua mereka mula bergerak untuk duduk ke sofa. Tangan Rayyan terus naik memeluk bahu milik Qhaisara.
"Betul ni? Tapi rumah ni besar kot. Takkan kita tinggal berdua je?"
"Habistu Sara nak siapa lagi tinggal dengan kita?" Qhaisara pusing menghadap Rayyan. Terus dia tersengih menunjukkan barisan giginya yang tersusun rapi.
"Tak ada la. Tanya je hehe."
"Nanti kita kemas-kemas apa yang patut. Lepastu kita keluar cari barang dapur erh?" Rayyan mengusap bahu Qhaisara lembut.
"Okay!"
"Eh tapi kan abang, abang tahu kan yang Sara ni tak tahu sangat masak? Setakat goreng nasi tu boleh lah."
Qhaisara melaga-lagakan jari telunjuknya. Tergelak Rayyan melihat telatah isterinya itu.
"It's okay. Abang tahu masak. Tapi tak adalah hebat sangat."
"Tak apa. Asalkan boleh dimakan." Qhaisara sengih lagi. Tanpa amaran, Rayyan terus menggomol pipi tembam kemerahan Qhaisara. Geram melihat telatah comel milik isterinya itu.
"Eii geram betul abang tengok Sara ni." Memuncung wajah Qhaisara tatkala pipinya menjadi mangsa cubitan Rayyan.
"Abang ni dari dulu suka sangat cubit pipi Sara!"
"Nak buat macam mana, Sara comel sangat." Pipi Qhaisara diusap lembut. Habis memerah dek kerana dicubit suaminya.
"Abang tak cakap pun Sara dah tahu yang Sara ni comel."
Terus Rayyan buat muka menyampah. Angkat bakul sendiri pula budak ni.
"Eh sudah la tu. Jom naik atas. Kita simpan baju dalam almari dulu." Rayyan bangun dari duduknya. Terus dia tuju ke arah keberadaan bagasi miliknya dan Qhaisara.
"Meh Sara tolong angkat."
"Tak payah. Biar abang je angkat. Berat ni."
"Sara angkat yang ni la. Ringan je." Rayyan hanya membiarkan sahaja Qhaisara mengangkat beg pakaian kecil miliknya. Bukan makan saman budak ni. Keras kepala. Makin orang cakap tak boleh, makin dia nak buat.
゚°☆☆° ゚
"Kita beli barang basah dulu erh." Rayyan menolak troli menuju ke ruang barangan basah. Qhaisara di belakang ikutkan saja. Dia mana tahu sangat barang-barang dapur ni. Selalu pun Puan Linda yang beli.
Kalau dia ikut pun, dia akan pergi ke ruangan coklat atau chips saja. Tak ada nak menyibuk atau tolong ibunya itu membeli barang dapur.
"Abang tahu ke macam mana nak beli ni?" Mata milik Qhaisara fokus memandang ikan-ikan yang ada di depannya. Risau juga kalau dua-dua tak pandai nak beli barang.
"Mesti la abang tahu. Abang selalu kot ikut mummy beli barang. Sambil-sambil tu abang belajar la sekali."
"Ooo. Sara pun selalu ikut mama. Tapi Sara selalu pergi depan sana. Tak join mama cari barang hehe." Rayyan melihat ke arah tempat yang ditunjukkan Sara. Tergelak Rayyan apabila dia dapat menangkap tempat itu.
"Sara duduk situ sampai mama siap pilih barang ke apa?"
"Tak ada la sampai macam tu. Tapi selalu bila mama dah habis pilih barang basah dengan sayur, baru mama cari Sara kat sana." Qhaisara sengih.
"Buat apa kat sana lama-lama." Soal Rayyan namun matanya tidak menoleh ke arah Qhaisara. Sibuk memilih ikan yang elok.
"Pilih coklat yang Sara nak. Coklat kat situ banyak sangat yang sedap. Tapi mama bagi ambil satu je. Itu yang kena pilih betul-betul."
"Betul la cara mama buat macam tu. Sara tu kan hantu coklat. Tu kalau beli banyak-banyak memang sekali makan je. Coklat tu memang sedap sayang, tapi tak elok untuk kesihatan kalau terlebih makan. Banyak gula. Nanti rosak gigi, lepastu kena kencing manis ke, obes ke?"
Tutur Rayyan panjang lebar. Qhaisara di sebelah sudah pasang wajah cemberut.
"Kalau Sara gemuk, abang cari perempuan lain ke?!" Tanya Sara. Mata dikecilkan memandang sang suami yang sudah tersenyum senget.
"Maybe." Usai berkata begitu terus perutnya menjadi mangsa cubitan Qhaisara.
"Auch Sara sakitlah." Berkerut-kerut wajah Rayyan menahan sakit. Boleh tahan padu sepit ketam Qhaisara.
"Kita baru je kahwin seminggu dah rancang nak kahwin lain!" Qhaisara memuncungkan bibir. Merajuk. Terus dia jalan meninggalkan Rayyan yang sudah tergelak di ruang itu.
"Mengada nak kahwin lain. Tumbuk kang." Bebel Qhaisara seorang diri. Dia berjalan ke arah ruangan coklat. Tempat yang boleh tenangkan diri dia.
"Sayang merajuk ke?" Pertanyaan Rayyan dihiraukan. Matanya masih setia memandang je arah coklat-coklat yang ada di situ.
"Ada orang tu jealous la kita nak kahwin lain." Rayyan berkata dengan nada mengusik. Sengaja ingin melihat reaksi Qhaisara.
"Kalau jealous pun macam la orang tu kisah." Dingin sahaja kata-kata Qhaisara.
"Ish abang gurau je la tadi. Tak adanya abang nak duakan isteri kesayangan abang ni. Abang sayang Sara sorang je. Tak ada orang lain."
Qhaisara mengemam bibirnya. Menahan diri dari senyum. Rayyan berjalan mendekatinya. Pipi Qhaisara dicubit perlahan.
"Okay. Sebagai tanda minta maaf dan untuk pujuk isteri kecil abang ni, abang bagi Sara ambil apa je coklat yang Sara nak. Tapi dengan syarat tak boleh lebih dari lima dan tak boleh makan selalu. Boleh?" Rayyan mengangkat keningnya.
"Betul ni?" Soal Qhaisara inginkan kepastian.
"Iya sayang."
"Uwa thankyou abang! Sayang abang." Badan Rayyan dipeluk sekejap. Terus Qhaisara bergerak ke tempat coklat yang dia inginkan.
Rayyan tersenyum sedikit melihat gelagat isterinya itu. Matanya tidak lepas dari memandang Qhaisara. Sentiasa comel di mata seorang Tengku Rayyan Haqiem.
*•.¸♡♡¸.•*
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...