0 4

1.7K 99 3
                                    

"Adik! Cepat la. Ayyan dari tadi tunggu ni."

"Iya ma. Sabar la." Qhaisara tergopoh-gapah turun tangga. Semalam dia sudah janji ingin pergi ke butik bersama Rayyan untuk fitting baju pengantin mereka. Tapi boleh pula dia terlewat bangun.

"Turun pun. Buat apa lama sangat dekat bilik tu?"

Qhaisara tersengih sedikit sebelum pandangannya beralih pada Rayyan yang duduk di sofa.

"Jom abang Ayyan. Adik dah janji dengan kak Bel nak jumpa pukul 11." Rayyan mengangguk. Dia terus bangun dari duduknya dan bersalam dengan Tuan Radzif.

"Kitorang pergi dulu ye. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Bawa kereta elok-elok."

"Baik makngah."

Rayyan terus berjalan ke arah keretanya, pintu belah penumpang dibuka. Memudahkan Qhaisara untuk masuk.

"Eceh. Fikir sweet ke tu tolong buka kan pintu?"

Qhaisara angkat kedua-dua belah keningnya berkali-kali.

"Practice dulu. Lepas kahwin nanti tengok lah macam mana. Confirm adik kena diabetes terus ni."

Terus terletus ketawa milik Qhaisara. Macam tu pon boleh la.

"Dah cepat masuk. Nanti jalan jem." Qhaisara mengangguk sebelum meloloskan diri ke dalam kereta BMW milik Rayyan.

Rayyan terus berlari sedikit ke arah tempat pemandu. Dia menghidupkan enjin dan kereta miliknya mula bergerak menuju ke destinasi mereka.

"Sorry tau buat abang Ayyan tunggu lama. Adik terlajak tidur pula tadi." Qhaisara menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Haih belum apa-apa dah buat hal.

"Tak apa lah. Abang pun baru aje sampai tadi. Tak ada la lama sangat." Qhaisara tersenyum. Suka pula dia dengan perangai Rayyan ini.

"Erm abang Ayyan. Adik minta maaf tau kalau lepas kahwin nanti adik tak boleh layan abang macam isteri-isteri lain. Adik harap abang faham la apa yang adik maksud kan ni."

Rayyan memandang Qhaisara sekilas sebelum pandangannya kembali fokus kepada pemanduannya.

"It's okay adik. Abang faham. Lagipun perkahwinan kita ni dirancang secara tiba-tiba. Tak apa. Slow-slow okay? Abang tahu adik pun masih muda lagi. Mesti tak ready lagi untuk masuk ke alam perkahwinan ni. Kalau lepasni adik nak layan abang macam dulu-dulu pun tak apa. Tapi lebihkan la sedikit. Dah halal kan."

Qhaisara tergelak perlahan sebelum mengangguk. Aduh comel pula abang sepupunya ini.

"Iya Abang. Thanks sebab faham adik. Adik cuba ya. Tapi kan, adik pelik la dengan abang Ayyan. Sejak bila Abang berubah jadi comel ni? Bukan ke sebelum ni cool je?"

Qhaisara diam sejenak sebelum menyambung percakapannya.

"Ouh lupa sebelum ni kan Abang single. Itu yang acah cool je manjang."

"Adik!"

Galak Qhaisara gelakkan Rayyan. Sampai memerah mukanya. Lagi-lagi sewaktu Rayyan menjelingnya kerana memanggilnya 'single'.

"Dia pun single juga kan?" Kening dijongket berkali-kali.

"Eh mana ada la. Siapa cakap adik single?"

"Adik dah ada orang lain ke? Siapa?" Dahi Rayyan berkerut. Gadis disebelahnya sudah berpunya ke? Kalau ya kenapa dia terima pinangan tu?

"Papa." Qhaisara senyum sumbing. Dapat juga dia kenakan Rayyan.

"Ish adik ni. Abang Ayyan fikir dia dah ada orang lain tau."

"Hehe. Tak ada la. Mana la adik ni pernah bercinta. Siapa la yang nak adik ni kan."

"Abang ada."

Membahang wajah seorang Aryana Qhaisara ketika itu. Dia terus membuang pandangan ke arah tingkap.

"Bawa je la kereta tu. Tak payah nak banyak cakap." Rayyan ketawa perlahan. Susah kalau ada bakal isteri comel macam ni.

゚°☆☆° ゚

"Nanti apa-apa Bel atau Amy bagitau abang Ayyan dengan adik okay?"

Rayyan mengangguk. Dia alihkan pandangan ke arah Qhaisara yang dari tadi melekat dengan Amylia.

Nabila yang perasan pandangan Rayyan itu terus tersengih-sengih.

"Jaga pandangan tu abang. Nanti dah kahwin pandang la puas-puas. Time tu adik dah jadi milik abang sepenuhnya dah." Nabila tergelak sedikit.

"Ish Bel ni kacau la."

"Hehe."

"Ni lepasni abang Shah dengan abang Ril nak datang lunch. Korang dua ikut sekali la. Triple date. Amacam?" Amylia mencelah di antara Rayyan dan Nabila.

"Haah la. Abang Ayyan dengan adik join erh. Alah dulu kalau lunch sama-sama mesti abang terpinggir sebab single. Kalini adik ada. Boleh lah."

"Ya ya. Sudah jangan sebut perkataan single tu lagi." Rayyan menjeling Nabila dan Amylia. Tadi dah kena dengan Qhaisara, kalini dua orang ini pula.

"Eleh abang Ayyan ni. Memang abang single pun kan."

Rayyan memandang geram kearah tiga gadis dihadapannya. Sama aje macam suami dan abang diorang, bab mengejek nombor 1.

"Assalamualaikum ukhti."

"Waalaikumussalam." Keempat-empat mereka terus memandang gerangan yang memberi salam tadi.

"Amboi seronok gelak. Apa yang lawak tu?" Shahir bertanya. Tangannya mula naik memeluk bahu sang isteri.

"Tak ada la. Gelakkan abang Ayyan ni hah. Dulu nak ajak makan susah. Sekarang mentang-mentang dah ada adik, on je selalu."

"Ish apa-apa jela korang ni. Jom la. Tadi kata nak pergi makan."

"Iya jom." Qhairil menarik tangan Amylia dan Qhaisara supaya mengikutinya. Mereka terus berjalan meninggalkan Shahir, Nabila dan Rayyan di belakang.

"Aku kesian sebenarnya dekat kau. Tak apa meh sini aku pimpin kau. Nanti kau sorang-sorang lagi." Shahir berjalan ke arah Rayyan. Dia menarik tangan sepupunya itu supaya mengikutinya. Sebelah lagi tangan menggenggam erat tangan milik isterinya.

"Ish lepas la Shah. Geli aku." Rayyan tayang muka geli. Dah lah semua orang kat mall itu memandang mereka. Mesti diorang fikir Rayyan ni budak terencat yang perlu berkepit dengan abang atau kakak.

"Alah kau ni. Anggap je aku ni gay partner kau- Aduh." Shahir memandang Rayyan tak puas hati. Amboi sesedap mak nenek dia je nak pukul kepala aku.

"Merapu aje kerja kau. Tak hingin aku nak jadi gay partner kau. Aku ni straight lagi tau."

Rayyan terus berjalan meninggalkan pasangan itu. Kalau dilayan rasanya sampai ke malam tak habis.

"Padan muka Abang. Mengarut lagi. Dah la jom cepat. Diorang tiga tu mungkin habis makan dah." Nabila dan Shahir terus membontoti Rayyan yang berada di hadapan mereka, bergerak ke restaurant yang selalu mereka makan.

*•.¸♡♡¸.•*

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now