"Ni buah apa?" Soal Qhaisara. Jari ditunjukkan ke arah buah yang baru sahaja dikutip oleh salah seorang pekerja datuknya.
Tadi lepas je kesemua abang dan kakaknya keluar, dia terus bergerak ke dapur. Mengadu kepada Tuan Rahman dan Puan Fatiman. Kesian punya pasal itu yang Tuan Rahman bawa dia sekali ke kebun. Alah cucu kesayangan kan hahaha.
"Ini buah kedondong. Takkan lah tak kenal?" Lelaki itu menyoal Qhaisara kembali.
"Tak pernah nampak hehe."
"Alahai. Betul ke ni cucu aki?" Lelaki itu tergelak sedikit. Takkan la tak kenal buah kedondong. Dekat KL tu tak ada ke?
"Dia tu mana kenal sangat buah-buah tempatan ni, Danish. Orang bandar kan." Tuan Rahman berjalan mendekati Qhaisara dan Danish.
"Ish aki ni. Adik still orang kampung lah. Sini kan tempat adik membesar." Bibir dimuncungkan. Wajah milik Tuan Rahman dipandang tidak puas hati.
"Ha yalah. Ni ada pisang lagi. Nanti suruh opah buat cekodok. Boleh lah adik lahap petang-petang nanti."
"Aki!! Ish benci lah."
"Aki memang kejam macam ni erh? Dengan kitorang pun selalu sangat dia perli macam tu." Zuffair yang baru sahaja tiba di pondok itu bertanya.
"Haah. Aki ni mana pernah baik. Jahat je selalu." Qhaisara menjeling manja wajah milik datuknya. Merajuk!
"Amboi adik sedap mengata aki. Aki jahat ya? Aki yang jahat ni juga lah bawa adik datang sini. Kalau tidak menangis dalam bilik sebab kenan tinggal." Tuan Rahman bercekak pinggang.
"Tengok arh tu. Benci lah!" Qhaisara menghentak-hentak kakinya. Ya Allah berdas-das dia bagi!
Terletus tawa milik Tuan Rahman. Bahagia apabila dapat kenakan cucunya itu.
゚°☆☆° ゚
"Assalamualaikum! Kitorang dah balik." Laung Shahir. Dia mula melabuhkan punggungnya di sofa diikuti yang lain.
"Waalaikumussalam. Lama betul keluar. Pusing satu Kuala Terengganu ke apa ni?" Zara memandang satu persatu wajah mereka.
"Tak ada lah kak. Dekat pekan tu hah ramai sangat orang. Sesak habis jalan kat situ." Adu Shahida. Bahu diurut sedikit. Lenguh lah pegang barang banyak sangat.
"Itulah tu. Parking pun susah nak dapat." Haziem pula mengadu.
"Nasib tak ikut tadi."
"Mai dengan adik mana kak Zara?" Soal Qhayyim apabila kelibat isteri dan adiknya itu tidak kelihatan.
"Mai ada kat dapur, tengah tolong opah masak. Adik pula dah lari rumah."
"What?!" Terbeliak mata semua yang ada disitu. Lari rumah?
"Kak serious lah!"
"Tak adalah. Opah yang halau adik. Menyampah tengok dari tadi macam kucing hilang anak." Zara tergelak sedikit.
Aduh reaction masing-masing tak boleh blah. Kalau lah dia bawa telefon tadi, boleh lah dia curi-curi ambil gambar tadi.
"Ish kak Zara ni. Jangan lah main-main. Sara mana?" Soal Rayyan pula. Kakak dia seorang ni ada juga kena baling dekat longkang kan.
"Tu lah korang. Tinggal dia lagi. Dia dah merajuk dengan korang tau. Adik dah bawa diri pergi kebun aki tadi. Katanya nak jadi tarzan kat sana. Aish ghisau betul."
"Sayang. Sayang salah makan ubat ke?" Soal Syafiq lembut. Risau melihat telatah isterinya itu. Macam tak betul pun ada.
Zara tergelak sedikit sebelum dia berlalu meninggalkan ruang tamu. Yang lain sudah memandang pelik gadis itu.
"Takut arh tengok kak Zara tu."
"Abang Fiq. Qhairil rasa lah kan, abang patut bawa kak Zara pergi buat pemeriksaan otak. Ghisau-"
Kata-kata milik Qhairil terhenti apabila mulutnya ditampar kuat oleh Qharif.
"Mulut kau memang tak ada insurans erh. Aku rasa orang yang patut buat pemeriksaan otak tu kau, bukan kak Zara."
"Alah orang gurau je." Qhairil memuncungkan bibirnya.
"Buruk arh kau buat macam tu Ril." Rayyan dan Shahir berkata serentak. Makin cemberut muka Qhairil. Ish menyampah betul aku dengan dua ekor mamat ni.
゚°☆☆° ゚
"Adik."
"Ya aki. Kenapa?" Tuan Rahman melabuhkan punggungnya bersebelahan Qhaisara. Wajah gadis kecil itu ditatapnya.
"Adik okay dengan Rayyan?" Soal Tuan Rahman lembut. Qhaisara terus sahaja memusingkan kepalanya, mencari mata milik datuknya.
"Okay je. Kenapa aki?"
"Adik bahagia dengan Rayyan? Aki bukan apa, aki takut adik terima untuk berkahwin dengan Rayyan semata-mata untuk jaga hati kami semua." Bahu milik Qhaisara dipeluknya.
"Adik bahagia je dengan abang Ayyan. Aki jangan risau erh. Abang Ayyan jaga adik dengan baik."
Qhaisara menghadiahkan satu senyuman kepada Tuan Rahman sebelum menyambung percakapannya.
"Buat masa sekarang ni hubungan kitorang macam dulu lagi. Tapi adik cuba untuk terima abang Ayyan dengan sepenuh hati. Dan adik cuba untuk layan abang Ayyan macam suami."
"Baguslah kalau macam tu. Aki tak nak minta banyak, aki hanya nak tengok anak cucu aki hidup bahagia sebelum aki pejamkan mata aki. Aki taknak tengok anak cucu aki menderita. Aki taknak keluarga kita berpecah belah. Aki hanya harapkan aki meninggal dalam keadaan keluarga kita bahagia aje."
Tuan Rahman tersenyum nipis. Kepala milik Qhaisara diusapnya.
"Apa aki ni cakap macam tu. Adik tak suka lah!" Qhaisara mencebik. Apa lah cakap pasal meninggal ni. Babap kan.
"Aki dah tua dik. Umur dah tak panjang dah. Sebab tu aki nak adik kahwin cepat. Aki nak tengok adik jadi isteri orang sebelum aki pergi buat selamanya."
"Aki!" Qhaisara memandang wajah Tuan Rahman tidak puas hati. Matanya juga sudah berkaca. Sumpah tidak suka apabila datuknya itu bercakap soal kematian.
"Adik. Setiap yang bernyawa tu akan meninggal juga. Ajal maut tu kan semua di tangan Allah SWT. Jadi kita sebagai manusia kena lah ingat pasal kematian."
Qhaisara memeluk Tuan Rahman erat.
"Tapi adik tak suka aki cakap macam tu." Qhaisara memuncung.
"Iyalah. Yang penting untuk aki sekarang, adik dan Rayyan bahagia."
Qhaisara menggumam perlahan. Aki ni kalau tak merapu benda bebukan tak sah. Tahulah kena ingat pasal kematian, tapi jangan lah melebih sangat. Kan ada yang menangis tak henti nanti, dia juga yang risau.
"Dah jom balik. Aki dah lapar ni." Tuan Rahman mula bangun dari duduknya. Tangan kecil milik Qhaisara digenggamnya. Menarik gadis itu untuk pulang.
"Tapi aki, adik merajuk lagi dengan diorang dan opah."
"Adik cakap dengan aki jelah ya. Abaikan aje diorang tu." Qhaisara tergelak sedikit. Menghasut orang pula aki ni. Nasib comel.
*•.¸♡♡¸.•*
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...