"Papa! Mama! Adik taknak!" Jerit Qhaisara. Mata hazel miliknya tajam menikam mata kedua orang tua nya.
"Adik terima je la. Lagipun aki yang rancang semua ni." Kata Qharif, abang sulung Qhaisara.
Qhaisara pantas pusingkan kepalanya. Mencari datuknya. Selepas menjumpai keberadaan datuknya, pantas kakinya bergerak mendekati lelaki berusia itu.
"Aki~ please. Adik taknak. Selama ni adik ikut je apa yang aki suruh. Tapi kalini adik tak boleh."
Qhaisara meletakkan kepalanya di atas riba milik datuknya, Tuan Rahman. Kononnya ingin memujuk lelaki berusia itu.
"Kenapa taknak? Cuba bagitahu aki." Lembut sahaja suara Tuan Rahman ketika itu. Tangan kedutnya naik mengusap kepala cucu bongsunya.
"Adik kan kecik lagi. Tak ready lagi nak kahwin. Bagi la adik enjoy dulu. Aki cari orang lain je la erh untuk kahwin dengan abang Ayyan." Tutur Qhaisara.
Mulutnya sudah dimuncungkan. Kalau dengan datuknya, dia secara automatik akan berubah manja. Ye la cucu kesayangan kan.
"Kepala brain dia kecik lagi. Adik dah besar panjang kan. Dah boleh tu jadi isteri orang." Qhaisara pantas menjeling abang ketiganya, Qhairil.
"Diam la achik. Tumbuk kang."
"Adik terima je la erh. Lagipun aki dah bincang dengan keluarga paklang. Ayyan pun setuju. Adik pon setuju la ye. Adik tak sayang aki ke?"
Qhaisara mengangkat kepalanya, memandang wajah tua datuknya. Dia mengeluh sedikit sebelum bangun dari duduknya.
Kalau ayat itu sudah terpancul keluar dari mulut datuknya, memang dia sudah tidak boleh berbuat apa-apa la.
"Iyalah. Adik setuju. Kalau tu buat aki, opah dengan yang lain bahagia." Perlahan sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Qhaisara.
Dia terus berlalu dari situ, meninggalkan semua ahli keluarganya di ruang tamu.
"Sah cucu bongsu abah tu merajuk." Kata Tuan Radzif. Tahu sangat perangai anak bongsunya itu macam mana.
"Takpe. Nanti kitorang pujuk. Pandai la kitorang rasuah dia apa-apa nanti." Kata Qhairil bangga.
"Yela. Aki tahu cucu aki sorang tu dengar kata walaupun keras kepala."
゚°☆☆° ゚
Tok! Tok!
"Adik oo adik!! Kami datang nak beraya!" Laung Qhairil dari luar bilik Qhaisara.
"Raya dah lepas la chik."
"Arh kisah pula achik. Raya ke puasa ke sama je."
Qharif menggulingkan matanya. Menyampah pula dengan adik keduanya itu.
"Adikku sayang! Buka pintu please. Achik ada beli kek favorite adik ni!"
Qhaisara merengus kasar. Dia terus bangun menuju ke pintu biliknya. Buka sahaja pintu, terpampang wajah kurang hensem abang-abangnya sedang tersengih macam kerang busuk.
"Nak ape!" Tanya Qhaisara dingin.
"Uish garang nya adik along ni." Qharif mencubit pipi Qhaisara. Comel sahaja muka merajuk adiknya itu.
"Nak masuk boleh?"
"Tak boleh! Dah blah!" Qhaisara menjeling ketiga-tiga mereka. Baru sahaja dia ingin menutup pintu, ada satu tangan menghalangnya.
"Taknak. Kitorang nak masuk juga."
Tanpa amaran, Qhayyim, abang kedua Qhaisara mencempung badan kecil Qhaisara dan membawa gadis itu masuk kedalam biliknya.
"ANGAH!!" Jerit Qhaisara terkejut. Pantas tangan kecil nya memukul-mukul bahu abang keduanya itu. Geram.
"Mengada erh budak kecik ni." Qhaisara diletakkan di atas katilnya. Mulut dia jangan cakap lah, sudah muncung seperti itik.
"Tak payah muncung-muncung sangat. Achik cium kan, marah kak Amy kau nanti. Nah untuk adik. Achik belanja." Qhairil tersenyum bangga sambil menghulurkan kek yang ada di tangannya kepada Qhaisara.
"Arh mengada. Kau belanja tapi yang bayar angah."
Qhayyim menjeling adik lelakinya yang sudah menunjukkan riak tidak bersalah itu.
"Ni kenapa tiba-tiba je beli adik kek? Nak rasuah adik erh?!" Qhaisara mengecilkan matanya memandang wajah abang-abangnya.
Sudah masak dengan perangai abang-abangnya setiap kali mereka ingin memujuknya. Pasti ada sahaja sesuatu yang mereka akan beli untuknya.
"Hehe. Adik ni jangan la garang sangat. Nanti berkedut muka tu kan." Qharif melabuhkan punggungnya bersebelahan Qhaisara. Bahu adiknya itu dipeluk dari tepi.
"Malam ni diorang semua nak datang rumah tau. Rayyan pun ada. Nanti adik cuba cakap dengan Rayyan pasal ni. Demi aki dengan opah. Boleh?"
Qhaisara melepaskan keluhannya. Dia memandang wajah Qhayyim.
"Adik tak sedia lagi nak kahwin. Kenapa aki dengan opah kena buat adik macam ni?"
"Ye kitorang faham. Tapi Adik cuba lah. Perlahan-lahan pun tak apa." Qhayyim mengusap lembut kepala adik bongsunya itu.
"Kitorang dulu pon macam tu juga. Tapi sekarang adik tengok kitorang macam mana? Dah bahagia kan. Adik jangan risau la. Mungkin apa yang aki dengan opah rancang tu yang terbaik untuk kita semua." Senyuman terukir di bibir Qharif.
"Erm dik ikut aje apa yang terbaik untuk adik. Tapi adik tak yakin yang adik mampu bahagiakan abang Ayyan, mampu layan dia macam isteri lain layan suami diorang."
"Alah rilek la. Lagipun adik kan rapat giler dengan Ayyan. Layan dulu macam biasa. Lama-lama nanti ok la. Ingat adik, tak ada manusia yang sempurna atas muka bumi ni. Jadi adik tak perlu fikir bukan-bukan. Insya Allah adik boleh."
Qhaisara mengangguk. Dia terus memeluk badan tegap milik Qhairil yang berdiri tegak di hadapannya.
"Thankyou along, angah, achik sebab bagi nasihat dekat dik. Insya Allah adik cuba."
"Macam tu la adik Aryans." Qharif mengusap lembut belakang badan Qhaisara. Bahagia hatinya melihat adik bongsu mereka itu mendengar kata-kata dari mereka bertiga. Bukan senang untuk mereka bertiga memujuk seorang Aryana Qhaisara yang keras kepala ni.
"Insya Allah adik boleh."
*•.¸♡♡¸.•*
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...