"Tak sejuk ke duduk dekat luar tengah malam macam ni?" Qhaisara mengangkat kepala, melihat gerangan yang menegurnya.
"Tak."
"Boleh abang Ayyan duduk?" Rayyan memandang Qhaisara yang lagi kusyuk bermain game di telefon pintarnya.
"Duduk la abang. Tak ada pula larangan kat situ cakap abang tak boleh duduk." Qhaisara tersenyum sedikit namun matanya masih fokus pada telefonnya.
"Iya la." Keadaan sunyi untuk seketika. Pada waktu itu, Rayyan mengambil kesempatan untuk menatap wajah cantik milik Tengku Aryana Qhaisara, gadis yang sudah lama mencuri hatinya.
Dari mata hazel, turun ke hidung mancung gadis itu, turun pula pada bibir merah jambu yang asli tanpa sebarang calitan lipstick. Senang kata wajah gadis itu sungguh sempurna di mata seorang lelaki bernama Tengku Rayyan Haqiem.
"Kenapa abang Ayyan tengok adik macam tu? Ada something erh dekat muka adik?" Qhaisara mengangkat sebelah keningnya. Pelik melihat abang sepupunya itu. Tangannya terus naik menyentuh permukaan wajah.
"Tak ada lah. Saja nak tengok muka bakal isteri abang."
Kata-kata milik Rayyan itu serta-merta membuatkan pipi milik Qhaisara memerah. Terus sahaja gadis itu menundukkan wajahnya. Tidak mahu bertentang mata dengan lelaki di hadapannya.
"Adik ikhlas kan terima lamaran tu? Bukan sebab nak jaga perasaan aki semata-mata?"
Qhaisara pantas mengangkat kepala. Memandang wajah Rayyan. Jelas di wajah lelaki itu seperti mengharapkan sesuatu.
"Erm adik-"
"Tak apa. Abang Ayyan faham kalau adik tak bersedia lagi." Suara Rayyan berubah kendur. Dia tersenyum nipis ke arah Qhaisara.
"Adik minta maaf abang. Ya. Jujur adik cakap adik belum bersedia untuk kahwin. Tapi kalau aki dah cakap macam tu, adik terima aje. Adik tak nak kecewa kan keluarga kita. Adik tak nak luka kan hati siapa-siapa-"
"Habis hati adik macam mana?" Mata Rayyan memandang tepat wajah Qhaisara.
"Adik okay je abang. Jangan risau la. Lagipun orang selalu cakap, aturan keluarga tu selalu betul. Adik tahu papa, mama, aki, opah dan yang lain nak yang terbaik untuk adik. Untuk kita." Qhaisara tersenyum sedikit.
"Jadi adik betul terima abang? Bukan sebab terpaksa kan?"
Qhaisara menggeleng kepalanya.
"Petang tadi maybe adik terima sebab terpaksa. Tapi sekarang adik terima dengan hati terbuka lepas dengar nasihat along, angah dan achik. Insya Allah adik cuba untuk jadi yang terbaik untuk abang nanti."
Rayyan tersenyum. Bahagia lepas mendengar semua luahan dari gadis itu.
"Thank you, adik." Qhaisara mengangguk.
Di sudut lain, kelihatan beberapa figura sedang bersembunyi di sebalik semak-samun, memerhati atau lebih tepat mencuri dengar perbualan di antara Rayyan dan Qhaisara.
"Adik aku dah matang nyah." Qhairil mengelap air mata palsunya. Bahagia selepas mendengar kata-kata adiknya itu. Seperti seorang yang betul-betul matang.
"Korang yakin diorang tu akan okay lepas kahwin?" Syafiq memandang satu-persatu wajah sepupunya yang berada disitu.
"Insya Allah. Lagipun diorang dua tu memang macam belangkas dari kecik lagi kan. Aku yakin diorang boleh bahagia."
"Kita doakan baik-baik aje untuk diorang. Sudah jom masuk, tak payah nak jadi spy sangat." Ujar Maisara.
Dia mula menarik tangan Zara dan Syafiqa untuk mengikutinya. Malas nak duduk di situ lama-lama. Banyak nyamuk. Nasib baik anak-anak mereka sudah tidur. Kalau tidak memang tak dapat la diorang join mengendap Rayyan dan Qhaisara.
"Jom. Sejuk la dekat luar ni." Nabila menarik tangan suaminya. Kalau tidak buat macam tu, sampai kesudah la suaminya duduk di situ mengendap Rayyan dan Qhaisara.
"Iya Sayang. Jangan jalan laju sangat. Ish." Shahir hanya memasang muka pasrah mengikuti langkah isterinya.
゚°☆☆° ゚
"Good morning." Sapa Haziem riang. Dia mula duduk di meja makan bersebelahan isterinya.
"Baru bangun? Mentang-mentang cuti."
"Sebab cuti lah Ajiem bangun lambat daddy."Tuan Razhan menggeleng kepala. Anak bongsunya ini tak ubah-ubah perangai. Dah jadi suami orang pun tetap macam tu.
"Ayyan. Kami dah bincang dah pasal tarikh kahwin kamu. Kita langsung kan pertengahan bulan depan. Boleh?"
Rayyan mengangkat kepala memandang Tuan Radzif. Senyuman manis dia berikan kepada bakal bapa mertuanya itu.
"Ayyan okay aje pakngah. Bila-bila pun tak apa."
"Bagus la kalau macam tu. Adik?" Qhaisara yang baru sahaja ingin menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya itu terhenti. Dia tersengih sedikit kepada Tuan Radzif.
"Adik pun ikut je pa. Kalau abang Ayyan okay, adik pun okay."
"Haa kalau macam tu petang nanti ikut kak Bel pergi butik. Kita ukur baju kahwin!" Ujar Nabila teruja.
"Tak nak lah dengan kak Bel. Nanti berjam-jam ambil masa." Qhaisara memuncungkan sedikit bibirnya.
"Kan. Macam dia pula nak kahwin." Maisara menjeling Nabila. Hampir tergelak dia melihat wajah merah adiknya itu menahan marah.
"Ishh korang dua ni kan!!"
"Bel~" Puan Amina merenung anak gadisnya itu. Haih perangai mengalahkan budak-budak aje.
"Pasal baju pengantin tu biar la Ayyan dengan Qhaisara tentukan sendiri. Mesti nak grand-grand juga kan?" Syafiq menjongket-jongket kan keningnya.
"Lagi-lagi bila Qhaisara ni satu-satunya anak perempuan Tuan Radzif dan Puan Linda. Of course lah kena grand. Lagi grand dari abang-abang dia. Kan dik?" Shahida tersenyum senget memandang Qhaisara.
Kesemua yang berada di meja makan itu tersenyum melihat Qhaisara yang sudah menunduk. Menyembunyikan muka merahnya. Malu pula bila dia dijadikan topik perbualan pada pagi itu. Lagi-lagi berkaitan perkahwinannya.
"Alolo bakal pengantin kita ni malu la." Qhayyim mencubit sedikit pipi Qhaisara yang berada disebelah. Makin memerah la wajah gadis itu.
"Ish diam lah Angah."
Qhaisara menampar lembut tangan Qhayyim. Makin kuat mereka yang berada di situ ketawa melihat gelagat puteri bongsu keluarga itu.
*•.¸♡♡¸.•*
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...