2 6

1.1K 66 0
                                    

Qhaisara membuka perlahan matanya apabila terasa deruan nafas seseorang menampar lembut wajahnya.  Perkara pertama yang dia lihat waktu itu adalah wajah Rayyan yang masih lena dibuai mimpi.

Gadis itu pantas menjauhkan sedikit wajahnya dengan wajah Rayyan apabila merasakan jarak antara mereka terlalu dekat.

Tangan Rayyan yang elok melingkar di pinggangnya juga ditolak sebelum gadis itu cuba untuk bangun dari pembaringannya.

"Nak pergi mana?" Soal Rayyan dengan suara serak basahnya. Mata dicelikkan, memandang Qhaisara yang kaku ditempatnya.

"Abang tanya ni. Nak pergi mana?"

"Mandi." Rayyan mengeluh perlahan mendengar jawapan pendek dari isterinya. Merajuk lagi ke, sayang?

"Abang buat apa dekat sini? Kenapa tak tidur dalam bilik abang je?" Soal Qhaisara sekadar berbasa-basi. Rayyan senyum nipis sebelum badan kecil milik gadis itu ditarik dan dipeluk erat.

"Dah tu isteri abang ada dalam bilik ni, itu yang abang tidur kat sini. Sayang lupa ke yang suami isteri tak boleh tidur asing?" Ujar Rayyan lembut.

Qhaisara memusingkan bebola matanya. Dada Rayyan yang tidak berlapikkan apa-apa fabrik itu ditolak.

"Dah lah, lepas lah abang. Sara nak pergi mandi lah."

"Bagi abang tidur kejap. Abang penat. Semalam abang tak boleh tidur lena." Qhaisara mendengus geram.

Nak tidur tu tidur jelah sorang-sorang. Yang nak tarik dia sekali dah kenapa?!

"5 minit je sayang, please." Kata Rayyan, seakan merayu dengan suara penatnya.

"Tak kerja ke harini." Rayyan menggeleng. Pipi Qhaisara dicium sekilas.

"Abang ambil cuti. Nak pujuk budak merajuk ni."

"Jadi boleh tak abang nak tidur kejap ni?" Qhaisara mengeluh perlahan sebelum mengangguk.

"Thanks sayang." Dahi bersih milik gadis itu dikucup lembut sebelum matanya tertutup kembali. Tidak sampai beberapa saat, telinga Qhaisara menangkap bunyi dengkuran halus milik Rayyan.

Kepala Qhaisara diangkat perlahan. Jelas di penglihatannya wajah lelaki itu seakan-akan penat.

"Mesti tak cukup rehat kan?" Wajah bersih Rayyan ditatap penuh teliti oleh gadis itu. Terbit rasa bersalah dalam dirinya berkaitan kes semalam apabila melihat wajah polos suaminya yang sedang tidur.

"Sara minta maaf pasal semalam." Rahang tajam Rayyan dicium lembut. Matanya kembali menatap wajah kacak milik lelaki itu.

"Jangan lah kerja kuat sangat. Sara taknak abang sakit sebab tak cukup rehat. Sara taknak hilang abang. Abang cakap abang sayang Sara kan?"

Qhaisara mengusap lembut pipi Rayyan. Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja.

"Sara pun sayang abang. Sayang sangat sampai tak sanggup untuk hilang abang."

Bibir merah jambu asli milik Qhaisara mendarat di pipi Rayyan bersama linangan air mata yang tidak henti turun. Lama. Sehingga air mata gadis itu menitik di atas pipi lelaki itu.

"I'm sorry, I love you, abang." Badan Rayyan dipeluk erat. Wajahnya disembamkan pada dada bidang lelaki itu sebelum dia juga turut terlelap.

゚°☆☆° ゚

Qhaisara berjalan perlahan mendekati Rayyan yang tekun menonton televisyen di ruang tamu. Terus sahaja dia mengambil tempat bersebelahan lelaki itu.

"Abang." Rayyan menggumam perlahan bagi menyahut panggilan sang isteri. Mata masih tekun berada di kaca televisyen.

Qhaisara diam untuk seketika. Wajah Rayyan ditatap dari tepi.

"Sayang? Kenapa ni?" Soal Rayyan lembut. Rambut Qhaisara yang sedikit serabai dibetulkan. Kini tumpuannya beralih sepenuhnya kepada gadis itu.

"Sara..erm." Rayyan hanya memerhati Qhaisara yang seperti cacing kepanasan. Kejap garu kepala, kejap betulkan rambut.

"Ya sayang, kenapa?"

"Sara nak minta maaf pasal semalam-"

"It's okay. Abang dah maafkan dah pun." Rayyan pantas memotong percakapan Qhaisara. Kepala gadis itu diusap lembut bersama senyuman manis.

"Kenapa senang sangat abang maafkan Sara? Sara biadab sangat dengan abang semalam. Sara dah berdosa dengan abang."

Qhaisara menundukkan kepalanya. Tidak berani untuk memandang wajah suaminya. Perasaan bersalah terus menguasai diri.

Rayyan tersenyum melihat kecomelan isterinya itu. Dagu Qhaisara dipegang sebelum diangkat untuk memandang ke arahnya. Pipi gadis itu diusap lembut.

Jelas di penglihatannya mata gadis itu berkaca-kaca. Menunggu masa untuk empangan air mata itu pecah.

"Takpe abang faham. Sayang terasa kan sebab abang mungkir janji? Lepastu asyik sibuk kerja je sampai jarang luang masa dengan sayang?"

Rayyan menyoal lembut. Qhaisara tidak menjawab soalan itu malah hanya merenung anak mata hitam milik suaminya.

"Abang minta maaf pasal tu. Ya memang salah abang. Tapi pasal gambar tu abang berani bersumpah yang abang takde kaitan apa-apa pun dengan perempuan tu. Abang cuma nak tolong dia je sebab dia hampir jatuh. Tak tahu pula ada manusia busuk hati ambil gambar tu lepastu send dekat sayang."

Terang Rayyan panjang lebar. Qhaisara sekali lagi menundukkan kepalanya. Berdosanya dia sebab dah fitnah suami sendiri.

"Sara memang isteri tak guna kan?" Kata Qhaisara perlahan bersama esakkan kecil.

"Hey apa cakap macam tu. Dah lah. Kita lupakan je erh semua tu."

Rayyan menarik Qhaisara masuk ke dalam dakapannya. Belakang kepala gadis itu diusap lembut persis budak kecil. Sesekali bibirnya mencium ubun-ubun gadis itu.

"Tapi janji dengan abang, lepasni apa-apa tanya dulu bukan terus tuduh melulu. Faham?" Qhaisara yang berada dalam dakapan Rayyan hanya menggumam perlahan.

Tangan naik memeluk pinggang Rayyan. Kepala disandarkan pada dada bidang lelaki itu.

"Sayang abang tak?"

"Sayang." Kata Qhaisara lembut.

"Kalau sayang jangan buat macam tu lagi, okay?" Rayyan mencium sekilas dahi Qhaisara sebelum kepala disembamkan pada leher gadis itu.

Bau badan gadis itu menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya. Wangi dan menenangkan.

"Sorry again, abang."

"Hm."

"I love you, sayang." Bisik Rayyan perlahan di telinga Qhaisara. Pelukan pada gadis itu semakin diperketatkan.

*•.¸♡♡¸.•*

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now