"Nanti nak balik call abang tau. Jangan nak melencong tempat bukan-bukan. Jalan dengan Qeha je. Faham?"
Qhaisara menjulingkan matanya ke atas. Haih encik somi ni tak percaya kan kita ke. Dari rumah sehingga lah sampai ke destinasi, tak henti-henti dia bagi nasihat. Nak lawan kan, jadi isteri derhaka pula.
"Iya suamiku. Jangan risau lah. Sara nak teman Qeha beli barang kahwin dia je. Nanti dah settle semua, Sara call abang, okay?"
Rayyan mengecilkan matanya, tajam pandangannya kepada sang isteri.
"Mana tak risau. Kan ada yang pengsan lagi nanti." Perli Rayyan, terus dia mendapat cubitan di lengannya. Pergh padu bhai. Mahu sebulan lebam ni. Tu tangan ke sepit ketam?
"Taklah ish. Dah lah. Sara pergi dulu tau. Qeha dah tunggu dekat dalam." Qhaisara membetulkan sedikit awning tudungnya.
Pandangannya kemudian beralih kepada Rayyan yang setia memandang wajah cantiknya. Tangan kecil Qhaisara dihulurkan untuk menyalami tangan sang suami.
"Kerja elok-elok abang. Sara minta izin keluar dengan Qeha kejap tau. Apa-apa nanti Sara call."
Rayyan melabuhkan ciuman di dahi bersih Qhaisara sebelum dia memberikan senyuman semanis gula kepada gadis itu.
"Iya lah. Jaga diri tu."
"Sara pergi dulu. Bye, i love you!" Qhaisara terus bergerak keluar dari kereta. Dia melambai sekilas kepada Rayyan sebelum berjalan ke arah pintu masuk mall itu.
"Love you too, sayang." Balas Rayyan perlahan. Dia tarik senyum. Haih comel betul. Tak sangka budak cengeng tu sekarang sudah jadi isterinya.
゚°☆☆° ゚
"Asal kau tak beli je barang kau ni bulan depan?" Qhaisara menjeling malas wajah milik rakan baiknya yang sudah tersengih seperti kerang busuk di sebelahnya.
"Alah barang ni je aku tak sempat beli. Yang lain semua dah siap." Faqeha menggaru perlahan kepalanya yang berlapikkan tudung.
"Lagipun dua bulan ni aku sibuk sikit lah, dengan assignments lagi, siapkan hantaran, pergi kursus kahwin lagi."
Faqeha mengeluh perlahan. Hari ni aje dia sempat untuk keluar membeli barang keperluannya. Hari lain? Fully booked. Mengalahkan ahli korporat dah.
"Alah sabar je lah. Dua minggu je lagi kan majlis kau. Tak nak lah stress stress. Hilang seri nanti." Qhaisara memeluk erat lengan milik Faqeha, cuba untuk memujuk rakan baiknya itu.
"Kau senang lah cakap, kau tu semua keluarga uruskan. Tinggal kahwin je. Aku ni lain." Giliran Faqeha pula menjeling wajah cantik Qhaisara. Menyampah.
"Hehe. Dah lah jom masuk sana. Aku lapar lah." Lengan Faqeha ditarik lembut ke arah restaurant makanan Thai. Masuk je terus dapat bau aroma Tomyam. Perut ni pun apa lagi, terus buat concert lah. Tak menyabar langsung.
"Lapar je kerja kau. Ni dah ada isi ke apa?" Soal Faqeha. Kening diangkat berkali-kali bersama senyuman senget.
"Mana ada lah."
"Mana lah tahu kan."
"Dah lah order cepat. Aku ada benda nak bagitau kau ni." Faqeha angguk perlahan.
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...