"Abang ni kenapa?!" Qhaisara mendengus geram. Wajah Rayyan langsung tidak dipandangnya. Sakit hati.
"Sayang. Boleh tak sayang faham abang?" Soal Rayyan lembut. Belakang tubuh Qhaisara ditenung.
"Setahu Sara achik dengan abang Shah pun kerja macam abang. Tapi Sara tengok diorang takde lah se busy abang."
"Sara-"
"Abang tak pernah ada masa untuk Sara kan. Asyik busy je. Hari cuti pun macam tak cuti. Balik rumah pula dah nak malam, lepastu sambung lagi kerja tu!"
Rayyan terkaku mendengar segala luahan dari Qhaisara. Ya, dia mengaku dia terlalu workaholics, tapi dia masih ada masa untuk melayan isterinya itu. Dan dia langsung tidak mengabaikan Qhaisara walaupun dia dalam keadaan sibuk.
"Sayang kalini abang betul-betul minta maaf. Abang baru je dapat projek baru. Abang kena handle kerja tu dulu. Nanti abang janji akan bawa sayang balik kampung-"
"Jangan berjanji kalau abang tak mampu menepati." Qhaisara pantas membidas Rayyan. Wajah lelaki itu dijelingnya.
"Sara sedar tak Sara bercakap dengan siapa sekarang ni?" Soal Rayyan sedikit tegas namun dia masih cuba untuk berlembut. Takut sekiranya dia akan melukan hati gadis itu.
"Sara tahu. Sara minta maaf sebab dah tinggikan suara dekat abang. Takpe, kerja abang lagi penting kan? Itupun kalau betul lah abang buat kerja."
Sinis. Itu sahaja yang Rayyan dapat rasa disetiap perkataan yang dituturkan oleh Qhaisara.
"Apa maksud Sara?" Soal Rayyan perlahan.
"Jangan nak buat-buat tak tahu lah abang." Qhaisara tergelak perlahan.
"Tak, abang tak faham."
"Abang ada perempuan lain kan?! Sebab tu lately ni abang selalu balik lambat. Kononnya pergi kerja, tapi sebenarnya pergi menyundal dengan perempuan tu kan?!"
"Tengku Aryana Qhaisara! Watch your mouth!" Tengking Rayyan. Merah padam wajah miliknya ketika itu menahan marah. Urat-urat juga mula timbul di dahinya.
"Siapa yang sebarkan fitnah ni?" Tajam mata Rayyan memandang gadis yang berdiri tidak jauh darinya.
Qhaisara pantas mengeluarkan telefon pintar dari kocek seluarnya. Jari lincah menari di atas skrin telefon itu sebelum telefon canggihnya dibaling di atas sofa bersebelahan tempat Rayyan berdiri.
"Tu apa?" Soal Qhaisara dengan suara tertahan. Rayyan seakan terkedu. Jelas di penglihatannya yang lelaki itu mengetap kuat rahangnya.
"Sayang ni semua salah faham." Rayyan berkata perlahan. Wajah Qhaisara ditatap penuh harapan.
"Salah faham apa lagi abang? Jelas dalam gambar tu abang peluk perempuan tu!" Jerit Qhaisara sedikit kuat. Entah. Dia pun pelik dengan diri dia. Cemburu buta sangat.
"Abang cuma tolong dia je, tak lebih. Tolonglah percayakan abang." Qhaisara diam untuk seketika. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.
"Esok Sara nak ikut angah balik kampung-"
"Abang tak izinkan." Laju Rayyan memotong percakapan Qhaisara.
Perlahan-lahan dia berjalan mendekati Qhaisara sebelum badan kecil gadis itu dipeluk erat.
"Abang minta maaf dah tengking Sara. Abang minta maaf sebab tak pernah nak tepati janji abang. Abang minta maaf sebab tak banyak masa dengan sayang."
Rayyan mengeratkan lagi pelukannya. Wajahnya disembamkan di ceruk leher milik Qhaisara.
"Tapi sayang, percayalah. Abang tak pernah dan takkan sesekali curang dengan sayang. Buat apa abang nak pandang perempuan lain kalau depan abang ni dah ada bidadari hm?"
Rayyan berkata perlahan. Qhaisara pula hanya diam mendengar kata-kata lelaki itu. Sesungguhnya dia berasa selesa berada dalam dakapan lelaki yang bergelar suaminya itu. Hilang terus perasaan marah dia sebentar tadi.
"Tolong lah jangan macam ni. Isteri abang bukan seorang yang suka marah marah orang. Aryana Qhaisara yang abang kenal takkan naikkan suara dekat orang lagi-lagi orang yang dia sayang, kan?"
"Pasal perempuan tu. Sumpah demi Allah abang hanya tolong dia je. Dia nak jatuh waktu tu. Dan abang pun tak tahu lah siapa yang busuk hati sebarkan fitnah ni."
Sambung Rayyan lagi, dia menundukkan kepalanya memandang wajah Qhaisara yang diam dalam dakapannya.
"Sayang percayakan abang, kan?"
Qhaisara memejam rapat matanya mendengar luahan Rayyan bersama suara bergetar. Badan tegap lelaki itu ditolak perlahan.
"Malam ni Sara tidur bilik tetamu. Sara perlukan masa." Perlahan sahaja suara gadis itu menerpa masuk ke dalam sistem pendengaran Rayyan.
Belum sempat Rayyan ingin menghalang, Qhaisara dengan pantas berjalan naik ke bilik. Meninggalkan Rayyan seorang diri di ruang tamu.
゚°☆☆° ゚
KLAK
"Sayang?"
Rayyan memandang sekujur tubuh yang elok terbaring membelakanginya. Kaki dihayunkan kearah katil bersama tangan yang menatang dulang berisikan makanan.
"Sayang bangun makan. Dari lunch tadi sayang tak makan. Nanti perut tu masuk angin."
Qhaisara menepis perlahan tangan Rayyan yang mengusap bahunya. Badan dipusingkan membelakangi lelaki itu.
"Sara."
"I told you, abang. Sara perlukan masa. Sara nak bersendirian."
"Okay abang faham. Tapi at least sayang jamah sikit makanan ni. Nanti sayang sakit." Pujuk Rayyan lagi.
"Sara tak lapar." Rayyan menutup matanya. Cuba untuk bersabar.
"Sara nak abang buat apa untuk Sara maafkan abang."
"Keluar." Mendatar suara milik Qhaisara. Rayyan mengeluh perlahan. Pinggan yang berisi makanan diletakkan kembali di atas meja bersebelahan katil.
"Abang tak tahu dah cara apa lagi abang nak guna untuk pujuk Sara. Susah sangat ke Sara nak percayakan abang? Susah sangat ke nak maafkan abang?" Kendur suara Rayyan ketika itu.
Jujur dalam hatinya, dia agak terasa dengan perlakuan Qhaisara terhadapnya, namun dia hanya diamkan saja. Tidak mahu besarkan hal tersebut.
"Abang tak suka kalau Sara asyik diam je. Tak layan abang macam ni. Tolong lah sayang. Abang nak isteri abang, bukan Qhaisara yang ini."
"Sara dah tak sayang abang ke?" Soal Rayyan perlahan bersama suara bergetar.
Qhaisara bangun dari baringannya. Matanya menikam lembut mata Rayyan yang sudah berkaca-kaca.
Sakit hatinya apabila melihat keadaan suaminya ketika itu. Namun egonya lagi kuat ketika itu.
Mata Qhaisara beralih ke arah dulang makanan yang dibawa Rayyan. Dia senyum segaris sebelum memandang wajah Rayyan kembali.
"Abang. Bagi Sara masa. Sara nak rehat, please." Pinta Qhaisara seperti merayu. Wajah Rayyan dipandang penuh berharap. Melihat sahaja anggukan dari Rayyan, Qhaisara tersenyum nipis.
"Okay. Abang bagi Sara masa. Tapi tolong jangan lama sangat. Abang tak suka kita macam ni."
"Sara tak pasti, tapi insya Allah Sara cuba."
*•.¸♡♡¸.•*
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...