1 1

1.2K 102 12
                                    

"Korang jom lah!" Nabila memandang wajah suami serta sepupu-sepupu lelakinya.

"Malas la Bel. Kitorang ni penat drive pun tak habis lagi." Qhayyim menjeling Nabila. Arh orang nak tidur ni. Dia boleh pula kacau. Dah lah sakit belakang drive lama sangat tadi.

"Ish benci lah."

"Kak Bel biar je lah diorang tu. Kita pergi kita je. Ida dah tak sabar ni nak panjat pokot rambutan kat kebun aki tu!" Shahida berkata teruja. Terus sahaja dia mendapat jelingan maut dari Haziem.

"Tak payah mengada nak panjat pokok. Jatuh kan sia-sia je." Haziem mencerlung isterinya. Haih susah nau ada isteri ganas ni.

"Suka hati lah." Shahida pantas bergerak ke arah pintu, sempat dia jelirkan lidah kepada Haziem. Lu siapa mau halang gua.

"Suka hati korang lah. Kitorang pergi dulu."

"Adik nak ikut!" Nabila yang baru sahaja ingin melangkah ke pintu terhenti apabila mendengar jeritan nyaring itu. Terus sahaja dia pusingkan badannya.

"Jom. Nanti kita buat pertandingan panjat pokok kelapa macam dulu-dulu erh." Tangan milik Qhaisara ditarik lembut. Meninggalkan kesemua jejaka-jejaka yang sedang bermalasan dia ruang tamu.

Orang dah taknak, buat apa nak paksa kan. Drive sikit dah penat. Lemah.

"Macam kena ikut je." Syafiq bangun dari pembaringan. Wajah sepupu-sepupunya dipandang.

"Malas lah. Ish diorang ni tak berperikemasusiaan betul lah." Rungut Shahir. Dia baru sahaja nak lelapkan mata, alih-alih Nabila tampar bahu dia semata-mata nak ajak pergi kebun. Hampeh betul.

"Macam tak kena je."

"Arh diam lah. Tadi nak pergi sangat kan. Jom la. Bini aku tu bukan boleh percaya sangat. Kalau dia cakap nak panjat, memang dia panjat betul-betul."

Shahir membetulkan sedikit rambutnya yang serabai. Pantas dia bangun dan bergerak ke pintu.

"Membebel kalah perempuan." Rayyan menggelengkan kepalanya. Haih sepupu siapa la ni.

゚°☆☆° ゚

"Tadi cakap taknak ikut. Sekarang menyibuk pula kat sini." Qhaisara menjeling Rayyan yang duduk disebelahnya.

"Eh ada orang bercakap ke tadi." Rayyan menoleh ke kiri dan kanan. Mencari suara yang didengarinya tadi.

Melihat sahaja perlakuan Rayyan, pantas tangan Qhaisara naik menampar bahu jejaka itu. Geram pula dia.

"Eh Sara. Bila Sara duduk sebelah abang? Tak perasan pun."

"Jangan sampai tangan Sara mendarat kat pipi abang pula." Qhaisara mengecilkan matanya. Sudah lah, dia ni tak habis-habis nak cari pasal. Tumbuk kan.

"Sini sini." Rayyan mendekatkan pipi dia ke arah Qhaisara. Senyuman mengejek diberikan kepada gadis kecil itu.

"Tapi taknak lah tampar dengan tangan, nak tampar dengan bibir Sara. Boleh?" Usai berkata begitu, terus bahunya dipukul berkali-kali oleh Qhaisara. Ya Allah kenapa miang sangat suami aku ni.

"Sakit lah sayang." Rayyan memuncungkan bibirnya. Pandangan sedih dia berikan kepada isterinya.

"Siapa suruh gatal sangat. Padan lah muka."

"Tak baik tau pukul suami." Rayyan senyum senget. Adalah tu nak kenakan Qhaisara. Amboi bang. Guna kuasa veto dia ya.

"Kalau suami yang start dulu takpe." Qhaisara beriak biasa. Wajah Rayyan langsung dia tak pandang. Pandangan hanya fokus pada abang-kakaknya yang lagi sibuk mengutip buah yang dikait Tuan Rahman.

"Siapa pula yang ajar tu?" Rayyan menjongketkan keningnya. Ada erh macam tu?

"Sara lah hehe." Qhaisara tersengih menampakkan barisan giginya.

"Ish budak kecik ni." Rayyan hanya memandang figura milik Qhaisara itu berjalan meninggalkannya. Haih bini siapa lah ni. Kutip cepat.

゚°☆☆° ゚

"Tada~" Nabila meletakkan sambal kicap beserta buah mangga dan dua bilah pisau di atas meja yang ada di ruang tamu.

"Uish. Kecur liur aku. Dari tadi lagi rasa nak makan ni." Amylia diikuti Shahida dan Maisara pantas bergerak mendekati Nabila. Kalau buah mangga, sekejap aje dah habis kalau diorang yang lahap.

"Amboi makan tak ajak erh." Zara yang baru sahaja turun memandang tajam keempat-empat gadis itu. Penat-penat dia petik, orang lain pula yang makan.

"Kitorang pun baru aje nak makan kak. Mari lah."

"Adik taknak join diorang?" Qhaisara mengangkat kepala memandang wajah Qharif sebelum pandangannya kembali ke telefonnya.

"Lah along ni. Sejak bila pula adik makan buah mangga. Ee taknak lah. Nanti perut buat hal."

"Dia je perempuan duduk dekat sini. Yang lain semua duduk kat bawah."

"Berdosa ke?" Qhaisara mengangkat keningnya. Terus sahaja pipinya dicubit kuat oleh Qhairil. Ada juga aku sepak kepala budak ni kan.

"Sakitlah achik! Ish takde pipi sendiri ke sampai nak cubit pipi orang?" Jelingan maut dihadiahkan kepada abang ketiganya. Geram betul.

"Tu kan aku cakap, mulut Sara sekarang boleh tahan pedas."

"Mana tahu pedas? Pernah rasa ke?" Qhaisara berkata acuh-tak-acuh. Terus semua mata beralih ke arahnya. Ada yang seperti terkejut mendengar kata-katanya, ada yang senyum mengejek.

Qhaisara  yang dapat mengagak dirinya diperhatikan berdehem sedikit apabila terasa kurang selesa. Erk aku ada salah cakap ke sampai diorang pandang macam tu?

"Abang ayyan? Pernah rasa ke?" Haziem mengangkat keningnya berkali-kali.

"Rasa pedas ke manis?" Giliran Shahir pula mengejek. Senyuman senget diberikan kepada jejaka itu.

"Dik~" Nabila senyum mengejek. Makin galak mereka mengusik tatkala melihat pipi milik Qhaisara merah. Rayyan pula hanya menundukkan kepalanya, menyembunyikan wajahnya yang sudah berona merah.

"Ish menyampah." Terletus tawa semua apabila melihat Qhaisara berlari meninggalkan ruang tamu. Nak mengadu dekat aki lah tu.

"Ada orang tu malu lah!"

"Uit telinga kau merah lah Ayyan." Qhairil mencucuk-cucuk pinggang milik Rayyan. Sengaja ingin buatkan lelaki itu semakin malu.

"Diam arh." Rayyan menjeling Qhairil. Wajahnya bukan main dikawal. Taknak nampak malu. Qhaisara yang cakap, aku yang malu. Haih nasib badan.

*•.¸♡♡¸.•*

Jangan lah jadi silent readers :(( Vote and comments please. Support sikit. Baru lah ada semangat nak update huhu

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now