Rayyan melangkah masuk ke dalam ward yang menempatkan Qhaisara. Sudah sebulan berlalu, namun isterinya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sedarkan diri.
Selama sebulan itu juga lah dia asyik berulang alik dari rumah ke hospital, dari hospital ke pejabat. Badannya juga menjadi susut dek kerana itu, jauh bezanya dengan Tengku Rayyan Haqiem yang dulu.
"Ayyan dah makan ke belum ni?" Soal Tuan Radzif prihatin. Dia memandang wajah penat menantunya yang sudah mengambil tempat di sofa berhadapan dengannya.
Rayyan mengangguk perlahan. Begitulah rutin hariannya. Bergilir-gilir menjaga Qhaisara di hospital bersama keluarganya.
Tuan Radzif banyak juga menawarkan diri untuk menjaga anak gadisnya ini. Ingin menebus balik semua kesalahan yang telah dia lakukan pada gadis itu.
Menyesal. Itu sahaja yang mereka rasai selepas Faqeha menceritakan segala yang terjadi kepada Qhaisara dua tahun lalu.
Daniel Hakimiey juga sudah ditangkap atas tuduhan merogol dan cubaan membunuh.
Seminggu selepas kejadian, polis yang mengambil alih kes Qhaisara datang menemui mereka. Dan benar sangkaan Faqeha, kemalangan yang berlaku pada Qhaisara adalah kemalangan yang dirancang oleh Daniel Hakimiey.
Lelaki itu juga akan dikenakan hukumannya tidak lama lagi. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun dan 15 sebatan atas kesalahan yang dilakukan.
Rayyan melangkah mendekati katil milik Qhaisara selepas kedua mertuanya meminta diri untuk pulang. Dia melabuhkan punggungnya pada kerusi yang ada pada sebelah katil isterinya.
Wajah tenang isterinya itu ditatap. Tangannya menggenggam kemas tangan kecil Qhaisara sebelum wajahnya disembamkan di atas katil. Esakkan dari lelaki itu mula kedengaran dalam ruangan itu.
"I... I miss you, sayang." Tersekat-sekat suara Rayyan mengutarkan kata-kata itu. Air matanya laju mengalir di pipinya apabila dia melihat setitik air mata mengalir di pipi kemerahan Qhaisara.
"Bangun lah sayang. A-abang rindu nak peluk sayang. Abang rindu nak dengar suara sayang, rengekan manja sayang. Abang rindu semua tentang sayang." Tangan Qhaisara yang berada dalam genggamannya dicium lama. Mata ditutup rapat menahan rasa.
"Abang tahu Sara dengar-" Rayyan berdehem perlahan membetulkan suaranya yang sedikit serak akibat menangis. Air matanya dikesat kasar dengan tangan kirinya.
"Abang minta maaf. Abang tak patut layan sayang macam tu. Abang sepatutnya dengar penjelasan sayang."
"I'm sorry, I love you."
"Ayyan." Rayyan mengangkat kepalanya memandang gerangan yang menyeru namanya. Wajah Qharif dan Qhayyim memenuhi kornea matanya. Air mata yang masih bersisa dilap sebelum dia bangun dan bersalam dengan kedua abang iparnya.
"Sabar lah. Abang Yim tahu kau kuat." Qhayyim menepuk lembut bahu Rayyan. Wajah sembab lelaki itu ditatap sayu.
"A-Ayyan tak kuat, bang." Lemah suara Rayyan menerpa masuk dalam sistem pendengaran Qharif dan Qhayyim. Kedua lelaki itu memandang sesama mereka sebelum pandangan beralih pada adik ipar mereka.
Qharif menarik tangan Rayyan, membawa lelaki itu untuk duduk di sofa yang tersedia di dalam ward milik Qhaisara. Qhayyim juga turut mengambil tempat duduk berhadapan mereka berdua.
"Abang Rif faham apa yang kau rasa Ayyan. Tapi kau tak boleh terus lemah macam ni. Kau kena kuat untuk adik. Kau suami dia, kekuatan untuk dia." Qhayyim hanya mengangguk mempersetujui kata-kata abang sulungnya.
"Kalau kau lemah, macam mana adik nak kuat. Ayyan ingat apa yang doktor cakap haritu. Dia dengar apa yang kita cakap. Jadi kau sebagai suami teruskan bagi semangat untuk dia. Abang Yim yakin dia akan sedar nanti."
Rayyan hanya diam mendengar pesanan dari kedua abang iparnya. Sedikit sebanyak mereka memberikan semangat kepadanya.
"Kalau kau tak larat sangat, rehat. Jangan paksa diri kau, Ayyan. Takut kau pula sakit." Rayyan angguk perlahan. Wajah kedua abang iparnya ditatap dengan senyuman nipis.
"Thank you sebab bagi semangat dekat Ayyan."
゚°☆☆° ゚
"Makan lah lagi Ayyan. Sikit sangat lah kau ambil tu." Shahir mendengus apabila melihat Rayyan yang langsung tidak menghiraukan kata-katanya. Pandangan tajam diberikan kepada lelaki itu.
"Kau dengar tak aku cakap ni?!" Rayyan mengangkat sebelah keningnya. Dia menggeleng sebelum sambung makan.
"Kau ni ish!" Shahir menjeling tajam Rayyan. Dengan kasar dia menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Menyampah dengan lelaki di hadapannya itu.
"Kau sedar tak yang kau makin kurus sekarang?" Soal Qhairil yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Rayyan tidak menjawab malah hanya mengangkat bahunya.
"Benci aku cakap dengan kau ni."
"Siapa suruh kau cakap dengan aku." Selamba Rayyan berkata menaikkan darah kedua lelaki dihadapannya.
"Bab- astaghfirullah, aku tak nak carut." Qhairil menarik nafas sedalamnya, cuba mencari kesabaran untuk menghadap perangai Rayyan.
Sejak kejadian itu, perangai Rayyan terus berubah 360 darjah. Serious je selalu. Tiada lagi perangainya yang suka bermain. Dia sekarang lebih kepada beku dan pendiam. Hanya bercakap apabila perlu.
Titt titt titt
Terhenti segala perkara yang dilakukan oleh mereka selepas mendengar mesin ventilator milik Qhaisara berbunyi nyaring. Terus Rayyan bergerak ke katil isterinya.
"Panggil doktor!" Jerit Rayyan kuat. Perasaan risau mula menguasai dirinya apabila melihat dada milik isterinya itu berombak hebat. Tangan gadis itu digenggam kuat.
"Sayang... Tolong jangan buat abang risau." Bisik Rayyan perlahan ditelinga milik gadis itu.
"Tolong kuat untuk abang."
Titttttt
Membuntang mata milik Rayyan apabila mesin ventilator itu menunjukkan garis lurus. Detak jantung milik gadis itu juga turut berhenti.
"Adik!"
"Tak tak. Sayang..."
"Encik, sila tunggu diluar." Nurse yang baru masuk bersama doktor bersuara. Dia membuka pintu untuk memberi laluan kepada Rayyan dan Qhairil, namun Rayyan masih setia di tepi katil Qhaisara. Enggan untuk keluar.
"Encik-"
"Ayyan kita keluar dulu. Biar doktor uruskan." Pujuk Rayyan lembut. Tangan milik lelaki itu ditarik untuk keluar dari ward Qhaisara.
"Ril, Shah. Sara.." Rayyan tidak dapat menghabiskan ayatnya. Badannya perlahan-lahan jatuh terduduk di atas lantai. Menggigil teruk badannya selepas melihat tubuh kaku isterinya.
"Sabar Ayyan. Kita banyakkan doa. Insya Allah takde apa. Adik kuat." Shahir menarik tubuh tegap milik Rayyan ke dakapannya. Belakang badan lelaki itu diusap.
"Kita doakan adik, okay." Ucap Qhairil lembut. Rayyan memejamkan matanya. Mencari kekuatan. Ya Allah ujian apa pula ni.
'Sayang, tolong jangan tinggalkan abang.'
*•.¸♡♡¸.•*
YOU ARE READING
[C] I'm Sorry, I Love You
RomanceRumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisara menyelamatkan rumah tangganya bersama Rayyan selepas kebenaran diungkap? "Kenapa Sara sembunyikan...