1 0

1.4K 74 5
                                    

"Okay! Jumpa kat sana jelah. Kitorang pun dah nak dekat ni. Ha ye. Alright." Rayyan meletakkan telefonnya di atas riba. Dia kembali fokus pada pemanduannya.

"Siapa call?"

"Shah. Diorang suruh berhenti kat R&R. Nak makan and solat." Qhaisara angguk.

"Elok lah. Sara pun memang dah lapar ni, hehe." Qhaisara sengih sumbing. Padahal tadi baru aje makan roti. Haih perut ni tak reti rilek betul.

"Makan je erh. Gemuk nanti baru tahu." Rayyan tergelak untuk seketika sebelum dia mengaduh sakit apabila lengannya dicubit oleh Qhaisara.

"Sakitlah." Bibir dicebikkan, pandangan kasihan diberikan kepada isterinya.

"Eee ingat comel buat muka macam tu." Qhaisara tergelak kecil. Dia terus melemparkan pandangan ke luar tingkap. Malas layan perangai mengada suaminya itu.

"Eleh tahulah jealous sebab abang lagi comel dari dia." Rayyan membuat suara mengejek.

"Tak ada masa lah nak jealous dengan abang. Abang bukannya comel sangat pun, baik Sara jealous dengan budak-budak kecik tu."

Qhaisara sudah tersenyum bangga. Bukan selalu boleh cakap macam tu dekat Rayyan.

"Amboi Puan Qhaisara. Mengutuk suami depan-depan ya?"

Rayyan sudah pandang Qhaisara tidak puas hati. Amboi amboi ni mesti belajar dengan achik kesayangan dia tu.

"Well kutuk depan-depan lah elok." Qhaisara cubit sikit pipi Rayyan sebelum dia keluar dari perut kereta.

Rayyan? Hanya mampu bersabar layan kerenah isteri kecil dia tu. Haih nasib badan dapat isteri perangai macam budak. Sudahlah mulut boleh tahan puaka. Confirm Qhairil yang ajar.

゚°☆☆° ゚

"Semua dah solat ke?" Qharif yang baru sahaja muncul bersama Syafiq memandang satu-persatu wajah sepupu-sepupunya.

"Dah. Tunggu korang je ni nak makan."

"Pergi solat ke pergi bina masjid?" Perli Qhairil.

Mana tidaknya, tadi mereka berdua paling awal sampai, alih-alih orang lain yang siap solat dulu.

"Banyak lah korang. Dah lah baik aku pergi order makan. Dari lawan mulut dengan korang ni." Syafiq terus bangun dan berlalu ke arah gerai makanan.

"Ceh abang siapa lah tu." Shahir menggelengkan kepalanya.

"Abang kau lah, Shah." Syafiqa mengeluh perlahan. Penat layan perangai adiknya seorang ni. Salah makan ubat agaknya.

Dalam banyak-banyak sepupu mereka, Shahir, Qhairil, Haziem dan Nabila lah yang paling nakal. Ya Allah dia punya nakal mengalahkan budak-budak.

Kalau dah datang perangai nakal diorang tu, Tuan Rahman pun diorang boleh kena kan.

Pernah sekali diorang prank Tuan Rahman cakap kambing-kambing datuknya itu mati sebab mereka tersalah bagi racun. Hampir-hampir kena serangan jantung orang tua tu.

Lepas je dapat tahu perkara sebenar, memang naik angin lah Tuan Rahman. Seharian juga lah mereka berempat kena denda berjemur tengah-tengah sawah padi. Kasi pelajaran sikit.

"Aki dengan opah memang tak tahu kan kita nak balik ni?" Semua menggeleng bagi menjawab soalan dari Shahida.

"Adik?" Qhayyim memandang wajah adik bongsunya yang lagi sibuk mengasingkan sayur dari makanannya itu.

[C] I'm Sorry, I Love YouWhere stories live. Discover now